Wednesday, February 3, 2010

Remuk

Remuk juga tulang gua bila terpaksa berkerja dari jam 12 tengah hari sampai 2 pagi. Esoknya masuk lagi kerja jam 10 pagi. Macam macam kesan sampingan yang gua dapat. Contohnya :-

- Baju gua tak sempat nak basuh. Dah le gua ada 1 helai baju saja, kolar dah cenderung nak berdaki saja. Nak tegur makwe pun segan. Nanti dituduh pendaki tegar.

- Tidur gua jadi tak berapa nak cukup jam jadinya. Belum campur gua terjaga tengah malam sebab mimpi² yang tak berapa sedap.

- Scene fesbuk gua tak berapa nak in sangat dah. Nak kemaskini status fesbuk pun gua tak sempat. Inikan pula nak jenguk fesbuk makwe² lain. Komen gambau? peh! toksah nak kabor. Nak kena upah orang dah. heh!

- Baju kotor gua dekat rumah dah menimbun lain macam. Cecah juga 2 kaki ketinggian dia. Cilakak! gua kena upah bibik ini macam!

- Duit nak makan, minum, isi minyak motor pun gua tak sempat nak pergi cucuk. Ada sesetengah kes sampai gua lantik teman serumah gua jadi Ah Long. Nasib baik bunga dia tak kembang macam bunga Ah Long yang selalu masuk surat khabar tuh. Kalu tidak kesian juga gua, silap² motor yamaha R1 berkuasa rendah gua kena simbah cat.

- Kucing jiran gua pula makin berani curi² masuk rumah gua sebab dia tahu gua tak ada masa sangat nak halau. Gua syak dia nak tunggu gua belanja terajang tulang rusuk baru dia reti masuk rumah sendiri.

- Bab hanset gua malas nak kabor. Tak sempat gua nak cas. Kadang² dia auto mati sebab kehabisan bateri. Mesej² dari makwe² pun gua tak sempat nak balas. Gua baca pun secara turbo saja, tak sempat nak 'feeling²'. Ada sesetengah kes makwe² nyaris lari. Mesej Niki Gudex dengan Mellanie dari Ostrolia minggu lepas pun gua tak balas lagi. Gua syak hampa dah deme tu dengan gua.

Sekarang ni apa kes gua bangun jam 6.15 pagi sebab nak basuh baju. Gua jemur bawah kipas yang berkelajuan 5 kuasa kuda. Mintak dia kering weh. Gua nak pergi kerja jam 10 pagi ni. Cilakak!

Tuesday, February 2, 2010

Good Nite, Sweet dreams!

Malam tadi, selepas gua pulang dari mencari rezeki untuk sesuap nasi, ( tapi gua dapat gaji tak beli nasi, beli burger saja! ) gua pun terus layan baring atas katil. Peh! lain macam weh dapat baring atas katil bila badan ada sengal² ubi ni. Padahal tilam gua tu dah tak macam tilam Ziana Zain langsung, berat ke macam karpet orang Pakistan saja dia punya empuk. heh!

Punya la tinggi dia punya spirit baring tu mari, sampai gua tertidur tak tanggal sarung kaki. Nasib baik sarung kaki tu gua baru beli petang tu dekat kaki lima. Dia punya bau pun berat ke bau kedai lagi. Bukan macam bau hapak sarung kaki tu. RM 5 dapat tiga pasang. Jenama Adidas lagi brader. Al-Ikhsan pun tak mampu nak bagi diskaun ini macam.

Sedang gua sedap tidur, gua bermimpi gua naik kapal terbang jenama Emirates. Alah, Syarikat penerbangan yang belanja pasukan Arsenal tuh. Takkan lu orang tak tahu? Itu jam gua naik kapal terbang dari model Airbus A380-800 dengan kapasiti 656 tempat duduk. Dia muat 656 orang saja sebab gua amik penerbangan yang kelas bisnes. Kalu kelas ekonomi tu kapasiti dia cecah juga 969 orang. Peh! muat satu kampung! Lupa gua nak kabor, penerbangan ni dari Sydney ke Zurich.

Sedap² kapal terbang tu tengah terbang pada ketinggian google earth, tiba² kapol terbang gua naik ni terjunam, laju juga dia punya speed junam. Gua syak pemandu dia saja nak bergurau, nak kasi penumpang yang tido bangun. Rupanya gua salah! Makwe pramugari kabor kapal terbang nak terbabas! Gua itu jam jadi macam cemas tak tentu hala. Sempat juga gua mengucap 5 6 kali.

Tiba², "tebabo!" kapal terbang gua terhempas. Gua tak pasti pula tibai apa, Tapi macam tibai hutan saja, bukan tibai bangunan² pencakar langit. Semua orang mati, ada yang pecah kepala sampai keluar isi otak, ada yang putus kaki, ada yang keluar usus, ada satu tu gua tengok keluar jantung ikut mulut. Memang lain macam!

Tapi apa kes gua sihat walafiat. Sikit punya gua tak cedera. Kat tangan gua masih lagi pegang capucino yang gua pesan dari makwe pramugari. Mende weh maksud mimpi gua? Gua bangun tadi pagi ada juga gua syak gua dah jadi kuat macam dalam cerita bersiri tahyul tu, Heroes. Takpun bakal jadi gagah perkasa macam superman. Tapi dia punya mimpi memang macam real! Sumpah!

Gua google tengok tak jumpa pula maksud mimpi pesen ni. heh!

Saturday, January 16, 2010

Orang Putih Kabor "Back To The Future"


kejuruteraan masa dan kejuruteraan kereta api

Gua pun tak reti nak kabor mende dah. Gua pun tak pasti sebab apa scene² macam ni berlaku. Gua malas nak tuduh yang bukan². Pemandu keretapi pergi main dam haji dekat kedai kopi tok ayah contohnya. Takpun juruteknik kereta api lupa nak bubuh minyak kereta api. Orang dadah pun buleh disalahkan juga dalam sesetengah kes. Curi besi rel. Macam mana kereta api nak lalu. Cilakak! Nasib baik ada makwe² pejabat sedap² mata memandang itu jam. Sejuk sikit hati gua. Tunggu 4 jam gua rasa macam tunggu 4 minit saja. heh!

Monday, January 4, 2010

2010 Juga Ni

dan daun daun senja telah pun gugur
tiba detik malam terampas
ada perih disudut hati
membenci bukan satu opsi
terus menyayangi itu adalah pasti



amcam gua punya entry kali ni? rare dak?
macam cilakak! bila cerita bertajuk "siti nur iman" gua nak siap nih?

Friday, January 1, 2010

2 0 1 0

Azam gua tahun ni tak mega macam tahun dulu². Kalu tahun dulu azam gua memang mega super. Kalu Azam bin Mamat dengar gua punya azam pun buleh terkesima. Silap hari bulan buleh masuk wad kecemasan. Berkahwin dengan Niki Gudex contohnya. Lu orang kenal tak Niki Gudex ni? Aaah.. cilakak! sorang pun tak kenal.

Ini belum masuk lagi azam gua tahun 2009 ari tu, gua berazam menceburi bidang MLM. Orang kabor masuk 3 bulan dah buleh pakai Honda sivik, 6 bulan tukau ke BMW yang siri kodi², masuk setahun. Peh! kereta sukan dari jenama Nissan 3 buah kat depan rumah. Kat bibik pun gua mampu kasi Mini Cooper yang model paling baru dalam pasaran Italy. Cilakak punya MLM. Penat gua tulis azam tahun 2009 dulu. Sikit pun tak tercapai. Memang terguris betul hati azam itu jam.

Untuk tahun 2010, azam gua nak ringkas, tenang, padu, mazidul akmal sidik, karamsingh walia serta renung renungkan dan selamat beramal. Gua nak potong rambut gaya Mark Dacascos, baru la semangat paranawei gua untuk 2010 ni lebih in dan mari. Mana weh kedai gunting yang buleh buat gaya rambut Mark Dacascos ni?



Tapi gua syak kalu pekena MLM lagi setahun sedap jugak! heh!

Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru. Moh Kita Hijrah Ke Arah Gaya Hidup Yang Sedap² Mata Memandang Sikit. Jangan Intifada sangat, Nanti Gua Tuduh Tabligh Pula.

"Salam Maal Hijrah 1431. Jangan dok ralit melompat bersorak sebab pasukan bola sepak negara menang 1 - 0 saja." kata gua

"Salam Maal Hijrah 1431. May we become a better Muslim." orang sebelah gua.














dengan ingatan tulus ikhlas dari,
Darab Dua & isteri di Interlaken, Switzerland

Friday, December 11, 2009

Hasil Nukilan Gua.

Gua sekarang macam gigih menulis puisi² hati, lirik² serta "quote²" dalam bahasa kebangsaan juga bahasa penjajah. Gua taknak kemaskini disini. Gua tulis dalam buku latihan sekolah tu, gua simpan dalam laci saja. Gua harap bila gua meninggal ke esok lusa, hasil² nukilan gua menjadi rebutan. Macam mana hasil² arwah Yasmin Ahmad. Untung² buleh juga buat bayau hutang yang gua tinggalkan sebab gua tahu, mende alah PTPTN tu sampai ke kubur dia hantau surat hutang. heh! Rebutan, rebutan juga. Gua taknak rebutan tahap agung², runcit² saja. Jangan berebut rebut sampai pergi persembahkan 7 ekor ayam golek, pulut kuning, kentang mekdonal, serta beberapa jenis buah buahan import yang sedap² menelan. Anggur yang RM16 sekilo contohnya. Amalan syirik tu saudara saudari! heh!

Wednesday, November 18, 2009

Luka Luka Kepulangan

Gua balik sekejap ni gua ingat gua makin tenang, gua makin aman damai serta "peace". Rupanya gua salah. Peh! makin kucar kacir, kepala gua punya serabut macam ada kesesakan lalu lintas dari Jalan Sultan Ismail ke Jalan Bukit Bintang pun ada. Makin gua fikir dia makin kucar kacir. Cilakak!

Layan lagu dekat laman youtube lagi sedap. heh!


Friday, November 13, 2009

Sukan Lasak Baru Yang Gua Ceburi. Lasak Tak Lasak Sangat Tapi Kalu Jatuh Tuh, Padu Juga Rasanya

Bermula hujung minggu ni gua macam jadi sibuk sikit. Gua sudah mempunyai aktiviti sukan baru. Lasak juga sukan ni. Tak sangka gua yang gua memang mempunyai bakat terpendam dalam sukan ini. Baru sekali gua mencuba, terus into. Kebetulan masa gua mencuba sukan ni buat pertama kali dalam hidup, ada beberapa musibat lain yang tahap profesional tengah berlatih sama. Secara tak sengaja pengurus deme tu ternampak gua sedang dalam aksi tersendiri. Apa lagi, terkesima juga deme tu menengok bakat gua

Minggu ni saja berpuluh puluh panggilan gua terima dari pasukan bertaraf antarabangsa. Deme ni memang memerlukan gua dalam sukan ni. Kebetulan lagi 2 minggu ada kejuaraan peringkat antarabangsa akan berlansung di Warsaw, Poland. Itu kucar kacir deme tuh cari gua. Ada satu pasukan ni 'offer' gua kontrak seumur hidup dengan gaji AUD 15000 sebulan belum masuk elaun rumah, elaun anak pergi sekolah, bini mengandung, tayar kereta pancit dan beberapa elaun yang tak berapa penting.

Bab penaja toksah nak kabor la. Pagi tadi Sinar Harian dari Malaysia kucar kacir talipon gua kabor nak taja gua. Jumlah tajaan cecah RM 1.2 juta juga untuk setahun. Dia nak suruh gua tepek perkataan "Sinar Harian : Cakna Komuniti Anda" dekat jersi gua yang belah depan paras dada. Malam tadi pula, gua nyaris pitam. Apa kes 'Carefree Pantiliner' nak taja gua. Gua lelaki weh. Mana ada seksyen mari bulan dalam kamus hidup gua. heh!


orang kampung gua panggil panggil 'sandboarding'
Beberapa saat lepas gambau ni dipetik oleh seorang jurugambar kelas kodi, gua tersungkur jatuh. kepala berat ke tertanam dalam pasir. Sumpah sakit. Tapi gua tetap menten macho. Makwe² omputih tengah tengok weh!

Tuesday, November 3, 2009

Memang Tak Kena Musim Gua Punya Kemaskini Kali Ni. Tapi Gua Nak Juga Kemaskini Gaya Macam Ni.

gua dan keluarga di sini
Gua tahu, kemaskini gua ni menimbulkan perasaan dengki, jelek, membara, menyampah, choi, santau, ongbak, paranawei, tabligh, Drogba, kencing malam, tayar pancit dan banyak lagi perasaan yang huduh² menaip. Tapi gua nak tulis juga. heh!

Selamat hari raya aidiladha dan aidilfitri, selamat hari krismas, selamat tahun baru cina, deepavali, wesak, taik musang, cap goh meh, sumazau, gawai, salam satu malaysia, islam hadari dan kawasan sewaktu dengannya gua ucapkan dengan hati yang eklas dari kejauhan. Semoga senang² selalu hendaknya. Kita juga lihat ekonomi dunia sekarang semakin merudum. Lihat saja sudah beberapa buah bank di London bangkrap atas sebab tiada suntikan modal dari kera jaan. Gua juga berharap kedai runcit Shamsul depan rumah gua terus berkembang maju walaupun gua tahu anak dia tiap² hari kebas duit dalam laci buat pergi main game dekat pusat komputer berinternet. Tidak lupa juga kepada kedai air buah dekat melaka nuh. Gua harap semakin cemerlang dan terbilang, bukan tunggang langgang. Jangan duduk campur air paip sangat dalam gelas tu. Hilang habis rasa buah dia. Peh! macam ahli parlimen Interlaken la pula gua berucap. heh!

Kepada ayahanda dan bonda di kampung, semoga sihat senantiasa. Anakanda di sini sihat² saja. Cuaca pula nyaman² berjalan, makwe² pula memang sedap² memandang. InsyaAllah jikalau dimurahkan rezeki oleh Yang Esa nanti anakanda bawa pulang 2 3 orang. Yang pasti mata mesti biru! Baru omputih. Rutin anakanda juga sudah semakin berubah. Anakanda dah tak berapa into mandi pagi sebab cuaca dia memang menghalang anakanda berbuat demikian. Menurut sesetengah penduduk tempatan di sini, kalu anakanda buat juga, anakanda berkemungkinan terkena hypertermia. Buleh bawak maut mende ni kalu ayahanda dan bonda nak tahu. Nanti senang² ayahanda dan bonda BUZZ! la anakanda dekat Y!M tu. Hoh! macam anak yang soleh pula gua rasa.

Terakhir sekali kepada kawan² alam nyata, alam maya, atas talian, tepi tasik, dalam bilik dan di ruang tamu. Senang² lu orang datang le sini. Meh gua belanja ais kepal. heh!

Cilakak! dah masuk 8 hari gua tak pekena nasi sambil bersembang dalam bahasa melayu! Sape nak jawab weh?