Wednesday, December 14, 2011

Hudud


Gua ni bukan jenis kutu sokong mana mana parti. Tak kira parti PAS, UMNO, BN, DAP ke ataupun partimah binti kasim sekali pun. Tapi gua kalu boleh nak tengok la parti mana yang memerintah tu buleh perintah dengan adil dan saksama. Amanah, tolong rakyat bukan tolong hulur duit dekat rakyat. Hulur duit ni budaya palem gua tak berkenan.

Ni video gua tengok tengah kecoh dekat fesbuk, tuiter serta mana mana medium internet. Kecoh betei, bukan kecoh runcit runcit. Memang kecoh lain macam juga. Jadi komen gua ringkas saja. Gua tak berpihak kepada mana mana parti, pihak atasan ataupun pihak bawahan. Lu orang nak bahan gua lu orang punya pasal. Jangan santau sudah, gua muda lagi ni. ha ha

"Pendapat gua, hudud ni hukum dari Allah s.w.t. Dia memang tak dok hudud PAS ke hudud UMNO ke hudud nik aziz ataupun hudud najip razak. Cuma yang gua nampak PAS ni dia cuba menjalankan hukum hudud. Tapi tak salah sebab dia cuba membawa hukum dari Quran. Lagi molek dari duduk ikut hukum oram kapir. Cubaan membawa hukum hudud ni hanyalah retorik politik PAS ke apa gua tak tahu lah kan. Tapi lagi molek la dari yang cuba menolak hukum Allah s.w.t. Yang gua nampak pula, kutu kutu yang tak tahu ni bukan main menolak lagi. Tolak tapi duduk diam ok lagi, tapi pesen tolak menghina pula. Apa gila terbongkok bongkok siang malam sembahyang tapi tolak hukum tuhan. Kalu tak tahu ni kena tanya alim ulamak, jangan main hina saja. Mende mende agama ni kalu tak kena cara boleh bawa ke terpesong akidah. Kalu malas nak tanya, duduk diam diam. Bukak kompiter main fesbuk. Apa pun gua tengok video ni agak melepasi batas. Kalu orang kapir yang buat video ni kita panggil deme tu tak hormat agama islam. Tapi kalu dah islam sendiri yang buat, kita nak panggil mende? Jahil buleh juga rasanya."

haish! macam macam juga negara najip razak ni.

Tuesday, December 13, 2011

Industri Pemakanan Negara Najip Razak

nasi dagang, nasi kerabu, nasi sup, nasi kukus, nasi beriani, nasi kandar, nasi lemak puyuh goreng, mee rojak, rojak buah, char kueh teow, kueh teow kung fu, sup belut, asam pedas pari, daging tetel, popiya rojak, colek perut, laksa penang, laksam, sate kajang, sate tak kajang, meggi ketam, pulut durian, pulut mangga, pulut ikan kering, pulut pagi, segala jenis kuih muih yang sampai gua sendiri tak tahu nama, durian, rambutan, rambai, nangka, mata kucing, pauh, salak, jeruk kelubi, jeruk pala, jeruk kedondong, jagung rebus, etak, kacang rebus, petai jeruk, ubi keling, ubi badak, Pizza hut, sikret resipi, KFC, McDonalds, tutti frutti, coconut shake, air tuak, som tam, keropok lekor, yong tau foo, roti telur, putu halba, putu mayam.

Peh! ini yang gua ingat, yang gua makan time tidur tu gua tak pasti la apa dia. Harapnya makanan makanan ni tak pupus bila gua pulang lagi sekali. Tapi kalu tanya budak budak bangfes, putu halba pun tak kenal! Memang tak buleh harap. Hafal lagu "lelaki seperti aku" buleh pula.

Friday, December 9, 2011

Pengembaraan melihat tanah air : Seat "Google Earth"

Sepanjang gua menjadi kutu dekat dunia ni, dah belas belas ke puluh juga kapo terbang yang gua dah naik. Kira dia buleh tahan banyak juga. Macam macam pengalaman ada.

Ada yang sampai makwe pramugari dah jerit jerit nama gua suruh naik baru gua terhegeh hegeh nak naik. Ada juga kes gua pegang boarding pass tu sampai kapo terbang "landing" sebab gua ingat bila kita duduk ni makwe pramugari datang check lagi sekali. Kes gua beratur depan sekali sebab nak dapat seat Google Earth pun ada.

Walaupun dah banyak kali gua naik kapo terbang, tiap kali gua dapat seat google earth mesti gua auto senyum secara turbo. Perasaan gembira tu menaik lain macam. Lagi menaik dari dapat 9A dalam peperiksaan SPM. Palem sedap bila kapo terbang nak naik, dapat tengok dia punya condong menaik tu brader peh! Bila abam juruterbam tarik minyak tu pun sedap juga. Kapo terbang punya pergi, sampai gua rasa tertinggal roh dekat belakang! Gua rasa macam ni bila duduk seat google earth saja. seat seat kebiasaan ni, tak rasa mende. Dia banyak rasa down saja lebih. Rasa nak maki pramugara contohnya.

Lagi satu time sedap, time kapo terbang nak "landing". Kalu lu dapat seat google earth ni buleh nampak sayap kapo terbang time kapo terbang brek. Lain macam dia punya berkepak. Ada sesetengah kes tu sayap dia mengibas ngibas macam burung sedang terbang. Sumpah gua tak kencing! Pengalaman ni gua tengok sendiri time nak landing dekat lapangan terbang di Perth, Ostrolia. Juruterbang dah warning awal awal yang angin kuat dan sayap akan berkepak kepak mengibas. Itu jam gua tengok pramugari pun pucat. Juga ada anak nak kecil serta ibu ibu yang menangis dan menjerit. Tapi gua maintain steady walaupun pucat sikit sikit.

Tapi dalam banyak banyak sedap tuh, king of sedap dapat seat google earth ni ialah time kapo terbang layan lap. Time dia nak naik atau nak turun ni kapo terbang rajn juga layan lap. Haa.. time dia layan lap ni la gua palem king of sedap. Dia lap saja, peh! terus nampak bumi dekat bawah. Sebijik macam dalam google earth. Sebab tu la seat tepi tingkap ni gua panggil seat google earth. Waktu gua tak pernah naik kapo terbang dulu, gua ingat google earth ni menipu. ha ha

Okeh, makwe jaga pintu dah panggil masuk kapo terbang, gua chow dulu. Ada rezeki gua kembali ke negara najip.

Sunday, November 27, 2011

siri pengembaraan melihat tanah air : warna warna pelangi

hari ke berapa gua mengembara gua pun dah tak ambil port. yang gua tahu bekalan seluar dalam bersih gua dah menyusut, makna dia dah banyak hari juga. Kalu tinggal kucing dekat rumah kalu, dia dah buleh mati kebuluran macam mogadishu. heh!

Selepas gua pekena roti canai telur double dengan air teh tarik, gua mengarahkan haji budin men'drop' gua dekat stesen kereta api berdekatan sebab gua nak ke kl sentral. Apa mende kategori kereta api tu gua tak pasti yang gua tahu gua naik dari stesen dekat shah alam mentala ke kl sentral.

Pelbagai bau, bahasa, warna kulit, bangsa serta pesen. Yang palem padu adalah bau. Ya, itulah yang gua nak gambor kereta api yang gua naik tu. Sumpah kesam, masam, stokin, petai jeruk serta bulu ketiak dia punya bau woiii!

Tapi, makwe madu yang tersengguk sengguk tidur dalam kereta api tu tetap 'menten' madu tanpa menghiraukan bau. Gua syak dia membaca buku sampai matahari terbit. Itu mengantuk mari lain macam. ha ha

Monday, November 14, 2011

ibadah bekpeking

Di masa kecederaan yang gua alami beberapa minggu yang lalu, buleh tahan banyak masa juga gua habiskan didepan kompiter. Bukan banyak yang runcit runcit, tapi dia pesen banyak yang sampai gua lupa gua kena makan.

Secara luar sedar gua dah jelajah berbagai pesen jenis belog. Ada belog cerita dia pergi makan mekdonel dengan pakwe sidai spek atas kepala, ada juga gua jumpa belog pesen tunjuk gambau tengah muncung mulut macam itik kena sembelih. Aaaahh.. macam macam lagi juga pun. Palem gua tak buleh nak in pesen belog gambau atas dia tu ada besar tapak kaki saiz 11UK. Dia punya serabut lain macam jadinya. Tidak lupa juga belog pesen bubuh lagu auto menyanyi. Terkejut woiii! Mende mende macam ni mengundang jantung berlubang dikalangan pembaca yang dah berumur macam gua contohnya.

Tapi dalam banyak banyak belog yang gua terjah, gua perasan makin ramai rupanya kutu yang menulis dengan konsep travelblog. Ada yang tunjuk dia pergi berjalan konsep holiday, ada konsep rombongan mak kiah, konsep bekpeking juga dilupa tidak. Macam macam pesen gua jumpa, tapi apa kes travelblog nak bubuh gambau muncung itik juga? potong 'feel' gua nak baca betul.

Sebenaunya gua memang tabik betul dekat kutu yang buat travelblog ni. Deme ni memang merancang perjalanan dengan solid molid. Habis dia kaji selidik dari nilai matawang sampai harga sebotol air mineral. Itu belum cerita lagi kes kes seperti merancang 'route' dengan detail dan teliti. Ada yang lukis route dia dekat google map pehtu pin satu satu tempat nak terjah. Tabik woiiii!

Yang gua nak kabornya, sebenarnya gua tabik spring lima enam belas ratus kali juga dekat kutu kutu yang buat menda alah kajian sebelum gerak. Sebab gua tahu mende nak kaji selidik ni bukan mende mudah. Dia memang serabut juga jadinya. Silap hari bulan gua syak buleh bawak bergaduh dengan makwe atau pakwe. Dia memang betul punya makan masa.

Gua nak pesan dekat lu orang, teruskan usaha murni lu orang sebab mende mende yang lu orang buat ni membuatkan kutu pemalas macam gua ni jadi senang sikit. Sebab gua ni jenis pemalas nak membaca apa lagi mengkaji. Gua pesen pandai beli tiket kapo terbang saja. Ni kejap lagi gua bakal mendarat disebuah lapangan terbang yang tak pernah gua jejak lagi. Masalah palem besau ialah gua lupa nak tukau matawang negara tersebut. Nak lagi besau masalah dia, gua buleh pula lupa nak aktifkan kad ATM untuk acara amik duit dari bank luar negara. Cilakak betei. Gua dah kebulur sipi sipi mogadishu dah ni. Macam mana nak hendel ni woii! Gua harap air paip dekat tandas dia selamat diminum macam dekat Niu Zilen.


*entry ni gua tulis masa dalam kapo terbang dari oklen ke singapura. Sebelah gua ada makwe jerman yang gelak pesen 1 kapau terbang buleh dengar. Terus gua jadi down bila di ajak berpungpang pungpang

Saturday, November 12, 2011

Ruzana

Waktu darjah 3 dulu, gua ada sorang cikgu bahasa melayu yang namanya cikgu Ruzana. Cikgu Ruzana ni garang dia bukan main champion lagi. Memang pesen garang nak 'celen'' cikgu besar yang nama dia gua lupa. Nama penolong kanan pun gua lupa. Cikgu Ruzana ni dia popular dengan cubit dekat perut, ataupun pulas telinga. Tapi pulas telinga dia tak king macam cubit perut. Hasil pulasan telinga cikgu Ruzana palem champion pun takat merah saja, itu pun kalu pelajar berkulit cerah. kalu pelajar pesen berkulit kaler lepas isyak ni, takda kesan sampingan sangat. Haa.. kalu cubit perut dia, peh! lebam tu makan 3 4 hari juga baru hilang. Sakit dia toksah kabor lah, Dimitri pernah kena cubit 5 6 belas puluh kali juga. Walaupun sakit, muka kena steady, berkaca kalu, malu dek makwe kacukan siam, Maswan Fatihah namanya.

satu hari ni cikgu ruzana ada bagi kerja rumah dekat budak budak kelas gua. Kerja sekolah cikgu ruzana ni memang umum ketahui, hardcore macam kasi kerja sekolah dekat banduan penjara dadah. Hari tu cikgu ruzana suruh budak budak dia salin 20 karangan dari mana mana sumber. Dia kabor tak kira buku dekat perpustakaan, berita dalam surat khabar mahupun surat cinta abang darjah enam. Asal jangan salin resepi memasak dalam buku resipi. Mende akal cikgu ruzana suruh buat macam tu gua pun tak tahu. Tambahnya lagi, kena buat dalam buku skrap, bukan salin dalam buku latihan garis banyak tuh.

Tapi ada lagi satu syarat yang buat gua betul punya down, apa jambannya cikgu ruzana suruh tulis pakai pen. Kalu lu orang nak tahu, zaman gua mengaji, pen palem kodi harganya 60 sen. 60 sen ni besau nilainya diwaktu pemerintahan mahathir,Jadi hal macam ni buat gua gusar sebab waktu darjah 3 aboh gua kasi duit belanja 20 sen saja. Secara matematik asasnya gua memerlukan 3 hari baru mampu nak beli pen. Cilakak betei. Itu jam gua baru nak menabung beli gasing baru bagi memulakan musim gasing pangkah peringkat zon. Lupa gua nak kabor, cikgu ruzana kasi masa seminggu untuk siap mende lahanat ni

*******

'dateline' untuk kerja sekolah cikgu ruzana telah tiba. Buku skrap yang cikgu ruzana nak ni gua tak guna teknik 'binding'. Apa gila gua pergi tanya dekat kedai runcit hassan kos membinding ni cecah RM1.20. Mahal champion punya. "syaiton punya mahal! nak pergi haji cepat betul hassan!" maki gua dalam hati. Jadi gua guna teknik kacip dan salitep ( eja salitep yg betul mcm mana woii! ). Teknik palem jimat sebab pengacip gua pinjam dengan Nurul Najwa, Salitep pula gua suit maswan fatihah. keh keh keh!

Cikgu ruzana memulakan proses menge'check' hasil kerja budak budak kelas gua. Berderbar juga dibuatnya sebab cikgu ruzana ni pesen suka panggil budak budak pergi depan. Kalu bukan sebab ada kesalahan, mesti sebab hasil yang champion. "Muhaimin!" jerit cikgu ruzana, pungpang pungpang, gua tengok Muhaimin senyum. Cilakak, kalu Muhaimin boleh senyum, maknanya gua dah boleh stenbai nak senyum juga sebab Muhaimin ni benak dia lagi benak dari gua. Memang selalu kena cubit perut dengan cikgu ruzana. Kemudian nama Maswan Fatihah dipanggil. Yang ni toksah kabor la, muka madu, mengaji pandai, tiap2 hari makan puji cikgu ruzana saja.

"Dimitri Kalkanov!" jerit cikgu ruzana. Itu jam gua setting muka habis intifada agar kelihatan nur dimata cikgu ruzana. Gua pun kedepan sambil melintasi meja Maswan Fatihah. Cikgu ruzana belek satu per satu muka surat buku skrap gua. Tiba tiba, "zasss!!!" Buku skrap gua terbang sampai keluar pintu kelas 3B. Cikgu ruzana baling buku skrap gua. "Pergi ambil buku awak!" jerit cikgu ruzana dekat gua. Steady tak steady mana dah itu jam, tapi maswan fatihah punya pasal gua jalan steady pergi kutip buku skrap yang cikgu ruzana baling tadi. Kemudian gua kembali ke meja cikgu ruzana.

Sambil cubit teknik pulas perut gua, cikgu ruzana berkata, "ni siapa suruh awak tulis pakai pen merah? awak tahu kan pen merah cikgu pakai buat tanda kertas?" Gua diam tak reply. Apa gila gua nak reply. Reply kalu memang cikgu ruzana pulas lagi kuat jadinya.

*****

Ruzana... Ruzana... sapa suruh lu tinggal pen merah tu atas meja time lepas mengajar minggu lepas? kan gua dah kebas.


Gua harap anak cikgu ruzana tak kena macam ni. Anak zaman bangfes ni bukan buleh sentuh sikit. Cubit sikit report polis, cubit sikit report bomba. Tak urban langsung!

Friday, October 28, 2011

Bahaya

Teknologi ni sebenarnya merbahaya dan melalaikan. Apatah lagi teknologi yang pesen buleh sambungan internet. Dan bila ada sambungan internet, secara tak langsung dia buleh main tuiter dengan fesbuk.

Tuiter dan fesbuk itu adalah Oksigen di zaman millenium. Tak Login 1 hari kalu, mula jadi kucar kacir dan pucat pucat. haish! Bahaya betei. Mintak jauh gua jadi macam ni. heh!

Tuesday, October 25, 2011

208 : Hilang Dalam Kabus Pekan Mataura

Hari tu hari ke 208 gua dekat bumi Niu Zilen. Dengan kata lain hari tu hari ke 22 gua 'jobless' serta 'homeless'. 10 hari pertama gua 'homeless' gua masih mengamalkan cara hidup sihat lagi, tidur di backpacker hostel contohnya. ha ha! Tapi lepas 10 hari tu gua rasa gua makin miskin. Gua mula 'downgrade' ke scene tido dalam khemah serta dalam kereta. Amcam? Niu Zilen ni bukan macam negara najip. Lu tak buleh main pacak khemah ataupun main 'parking' kereta ikut sedap. Sebab dia buleh mengundang saman itu jam sebanyak NZD100 juga. Tapi pandai cari 'port' kalu selamat. Orang tua kabor malang tidak berbau, jadi baik gua mengambil langkah selamat. Tido di 'campsite' yang deme sediakan. Bayau dia pun runcit runcit.

Scene scene tido dalam kereta dan khemah ni sebenarnya tak king. Dia king hanya di negara Najip Razak. Berkhemah dengan budak budak pengakap pehtu makwe makwe puteri islam join sama. Yang ni baru king rasa perkhemahan dia. Tapi bila tido dalam khemah sebab lu takda tempat berteduh yang lain, rasa dia tak king lagsung. Macam celaka jadinya. Waktu gua ber'homeless' itu hari. Suhu waktu malam sesetengah tempat gua cari port tu masih lagi cecah 0 darjah juga. Apa gila gua buleh tido selimut pakai kain pelikat. Sipi sipi nak beku juga. Dapat malam yang suhu 5 darjah tu gua dah auto senyum sorang sorang dah.

Gua berhijrah dari satu bandau ke satu bandau nak cari kerja. Mende cari kerja ni bukan senang. Dia susah macam peperiksaan matematik tambahan. Sebab tu SPM gua dapat C. kah kah kah! Ditambah pula itu jam visa pekerjaan gua hanya tinggal lagi 4 minggu nak luput. Menambahkan lagi kesukaran mencari tempat kerja. Dari pekan Oamaru membawa ke pekan Dunedin, gua memandu pula terus ke pekan Gore, terus lagi memandu ke pekan Bluff kemudian naik ke pekan Invercargill. Haram takda 1 kutu yang sudi memberi pekerjaan kepada gua. Cilakak! tak bidang sangat kah dada gua ni woiii?

Melihat ke akaun gua yang ada tak sampai NZD250, gua dah jadi pucat juga runcit runcit sebenarnya. Hero hero juga,tapi apa gila kerja takda, tempat berteduh takda, duit takda. Komplit lain macam dia punya pakej itu jam. Itu belum tambah gua ni takda tiket untuk pulang ke negara Najip. kah kah kah! Ditambah pula dengan gua itu jam menjalankan ibadah mencari kerja serta berjalan secara solo dan bujang. Dia punya kacip mula jadi lain macam. Gua mana ada kawan dekat sini itu jam. weh Ini nama dia King of Komplit!

Apahal pun terima kasih kepada sebatang sungai dan beberapa jenis pokok liar yang gua tak tahu nama di pekan kecil bernama Mataura. Sebab lu orang gua mampu memancing untuk mendapatkan ikan buat lauk, serta pucuk pokok menda ntah gua petik buat sayur campur. tapi sedap lain macam. Buah berry meliar sebagai pencuci mulut memang terbaik. Tanpa lu orang, dah lama gua makan rumput macam biri biri. heh!

kalu nak tahu pekan Mataura tu di mana, sendiri gogel. Takkan semua mende gua nak suap. Siku rusuk belah kiri baru tahu. Nak baca cerita Niu Zilen gua yang lain, sendiri cari. Yang ada nombor nombor tu kira betul la tuh

Sesal Dahulu Kemakwelan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya.

Walaupun gua masih lagi dalam ibadah MC disebabkan bahu gua yang terkehel ni, tapi gua buat buat berani pergi minta cuti raya haji dengan boss gua. Entah mende akal gua pagi tadi buleh pergi minta cuti pakai SMS saja dekat boss gua. Harapnya cuti raya haji gua diluluskan. Lulus kalu, gua ingat nak pergi memburu biri biri dalam 4 5 ekor. ha ha!

Untuk kasi up sikit 'spirit' raya gua, gua menghayati semua gambau gambau raya tak haji ari tu. Lain macam meriah suasana raya dekat Sidni hari tu. Dengan scene makan dia semua king! Scene makwe makwe juga cukup Champion. Jenis makwe makwe luar negara ni lu orang tahu lah. 'Dressing' dia memang mari betul.

Tapi... tapi yang ni memang tak sedap sikit nak dikabor. Tapi apa kes satu orang makwe pun gua tak 'say hello'. Apa lagi minta email fesbuk. Buleh kabor gua tak amik port sangat. Cilakak betul! Bila gua selidik balik, gua memang silap, king punya silap. Silap gua terlalu menumpukan perhatian kepada scene makan. Makanan yang dekat open house yang gua terjah tu lain macam dia punya king. Rupanya mende makan ni memang buleh mengaburi scene "suit suit" makwe. Silap.. memang gua silap. Kena raya dekat Sidni lagi la tahun depan dok? heh!

Monday, October 24, 2011

24 Oktober 2009

Tarikh ni memang 'king' betul bagi gua. Selagi gua tak kena ketuk kepala dengan batu, kompem gua tak lupa. Hari ni tapi dua tahun lepas, kali pertama gua jejak negeri yang bercakap dalam bahasa oram putih sepanjang gua dewasa kini pun. Naik kapo terbang 6 jam untuk sampai ke Perth ni sebenarnya tak sedap rasa dia. Lagi lagi bila gua tak dapat seat 'google earth'. Spirit ibadah bekpeking tu down lain macam.

Gua sampai saja semua mende dalam bahasa oram putih. Palem king sekali, brader imigrasi tu tanya gua dalam bahasa oram putih. Sumpah gua paham 2 3 kerat saja. Gua main 'yes' 'no' saja itu jam. Nak suruh gua 'reply' memang barai. Sesungguhnya inggeris gua sangatlah barai. Entah mende akal gua buleh nak pergi Perth walaupun dah banyak halangan. Kalu lu orang nak tahu, nak masuk Ostrolia ni dia tak mudah macam nak masuk Indonesia. Brader imgiration banyak soalnya. Muka pula bengis, dada bidang, ada tatu bahasa israel. Itu jam Ong bak tak Ong bak, Paranawei tak Paranawei, semua dah tak buleh pakai dah. Lain macam gua jadi pucat. ha ha!

Pung pang pung pang kena soal siasat, "pang!" dia cop passport gua. Itu jam gua auto sengih secara turbo lain macam juga. Lepas kena spotcek bag lebih kurang, gua lepas dengan gayanya. Dia punya perasaan itu jam, peh! gembira macam dapat 9A peperiksaan SPM.

***

Tengok airport lebih kurang, pukul gambau 2 3 keping lebih kurang, gua pun keluar dari airport. "PEHHH!!!!! Luar negara!!!!! sejuk dia King lain macam!! Rugi tak bawak toto dari kampung!" Jerit gua dalam hati. keh keh keh!

Tapi apa kes lepas gua naik bas pergi ke bandar. Gua dah tak tahu nak tuju mana. Penginapan nak tidur malam tu pun gua tak tempah. Macam celakak! Ini lah kita kabor, hidup mesti ada tujuan. ha ha! Tapi apa kes gua tidur hospital malam tu? Sapa nak jawab woii?