"Mak, ari ni Mi ada kelas tambahan. Pukul 5 baru balik." Kata Helmi. Helmi ni anak kedua pasangan encik Ismail dan puan Rohani. Hari ni sebenarnya Helmi takda pun kelas tambahan. Dia chong mak dia saja. Dia punya 'setup dressing' memang gaya nak pergi kelas tambahan. Sebelum keluar rumah tadi sempat lagi Helmi suruh mak dia tajamkan pensel. Katanya hari ni kelas Bahasa Melayu, cikgu nak ajar buat karangan jenis laporan. Pensel kena tajam. Baru sedap nak mengarang. Hah! kemain kemas lagi modus operandi dia. Helmi juga tak lupa galas bag. Bag dia jenama Swan. Jangan tak tahu, kat dalam kelas 3A, Helmi dan Suhaili saja yang pakai bag jenama Swan ni. Peh! memang up habis!
Dah dapat duit RM2 dari puan Rohani, Helmi pon jadi auto senyum. Dengan auto senyum dia kayuh basikal gaya nak ke kelas tambahan. Basikal Helmi jenama nexus. Jenama ni tengah hit kat pasaran. Pesen canggih jugak. Skali kayuh buleh pergi jugak 30 meter. Tapi kalu turun bukit tuh, peh! toksah kayuh pun dah jalan. Memang mantap. Tambahan pula ada sistem brek cekera depan dan belakang. Cengkaman dia tok sah nak kabor la. Memang solid! Motor cikgu Zaki kat sekolah pun takda sistem brek sebegini.
5 minit mengayuh Helmi pun sampai ke destinasi sebenar. "Bang, nak main pc 10, RM2." kata Helmi kepada brader di kaunter pusat internet. Baru saja Helmi nak start main, akid selaku member kacip Helmi menyapa "Mi, banyak gila pedang Rohani ko tuh. Kasi la aku satu." Lantas Helmi membalas " mana buleh! nak bayar la!" . Helmi ni champion 'game online'. Dia main game 'Jin Online'. Watak helmi dalam permainan tuh bernama Rohani. Katanya sempena nama mak dia. Baru berkat nak lawan penjahat. Ntah mende akal Helmi ni. Kecik² dah culas!
Tengah sedap² Helmi layan berlawan, tiba² "tap!" bunyi telinga helmi kena jentik. Kuat bunyi ni. Kena kalu, sah merah telinga. Helmi tak pandang. Dia main 'sound' saja. "Gilo! jangan kaco! Rohani aku tengah lawan penjahat kuat ni!" "Tapp!" lagi sekali telinga Helmi kena jentik. Kali ni belah kiri pula. "Jangan kaco la gila! Mati Rohani aku ni sapa nak bayar?" Marah Helmi. Itu jam kawan Helmi tiba² jadi diam. Ada yang blah pelan². Helmi apa kisah. Janji Rohani dia tak kalah.
**************
Betul² posisi belakang Helmi tu, puan Rohani dah hayun tangan tinggi² dalam posisi melepuk. Tinggi benar, macam nak hayun kayu golf pun ada. Tunggu masa saja nak lepuk Helmi. Jentik tak berkesan. Memang lepuk saja lah yang menjadi. Helmi... Helmi.. Culas lu kecundang itu hari.