Tuesday, March 15, 2011

360

Masuk hari ni genap 360 hari gua chalos dari negara Najib Razak. Secara teknikalnya, nak makan tahun juga gua tak jumpa abah dengan mak gua, tak merasa angin kampung halaman, tak pekena makanan sedak sedak seperti nasi dagang, nasi kerabu, cendol, mee rojak, nasi beriani, nasi kandar serta kuih muih. Aaah.. senang cerita apa saja makanan dari negara Najib Razak gua tak merasa. Tapi bukan hal makanan gua nak cerit, gua lebih cenderung cerit liku liku 360 hari.

Dalam 360 hari gua tanggung segala liku liku secara solo. Ikutkan pengajaran, 3000 muka surat buku latihan pun tak habis gua nak cerita. Palem jelas, perjalanan 360 hari ni juga mengajar gua agar lebih dekat dengan Tuhan, mengajar gua macam mana nak handle bab nafsu serta aturan aturan yang ditegah secara jelas oleh tuhan dalam kitab. Menda macam ni sebenarnya bukan mudah, hidup pula di bandar hanya lu seorang yang beragama islam dan bermazhab Syafie. Ujian dia makin 'champion'. Tapi apa yang penting kita kena 'setup' 1 konsep dalam diri iaitu 'tepuk dada tanya iman'. Bukan iman nama makwe sekolah gua tuh.

Dalam 360 hari juga gua belajar, bukan saja hubungan dengan tuhan, tapi hubungan sesama manusia. Macam mana menilai sebuah hubungan tanpa melihat warna kulit, pegangan agama atau budaya sekali pun. Susah. Sumpah gua kabor, susah. Lagi lagi bila orang melihat lu sebagai seorang yang beragama islam. Ada sesetengah musibat memang pesen tak buleh 'in' dengan orang islam. Ada musibat yang tak pernah tahu tentang islam sampai tahap dia punya minat nak tahu tuh, nak tengok gua sembahyang. Peh, ingat teater ke apa weh? Bila gua ditanya tentang indahnya agama gua, gua bangga untuk bercerita. Sudah cukup kuat untuk gua balik stadi depan kompiter agar gua buleh bercerita lebih jelas kepada mereka. Tapi bila mereka berkata "menarik juga agama lu ni, tapi kenapa ada member gua dari Malaysia kabor, kaum macam lu selalu terlibat dengan jenayah rogol, ragut dan bunuh?" Kes macam ni buat spirit gua down secara turbo. Nak kencing tak buleh sebab mende betul.

Dalam 360 hari juga gua sudah berhijrah ke beberapa buah bandar, hidup dalam pelbagai budaya yang jauh berbeza daripada apa yang ada dekat negara Najib Razak. Hidup dalam lingkungan mereka yang kebanyakan tiada agama dan pegangan. Tapi gua rasa jauh lagi selamat sebab gua berada dalam suasana harmoni, tak pernah gua dengar rumah kena pecah, kes rogol, kes ragut dan macam macam jenayah. Tapi petik bunga dekat taman tu tak kira jenayah weh. Mereka mereka inilah yang paling ringan untuk membantu orang dibawah. Gua pernah diberi tempat berteduh waktu gua tiada tempat berteduh, pernah orang tumpangkan kereta sehingga beratus kilometer tanpa membayar sesen pun. Perkara perkara macam ni buat gua bertanya, "kenapa negara Najib yang dikatakan negara islam tiada cara hidup begini?" Yang ada banyak ke perkara negatif? Bukan nak kabor gua sudah berkiblatkan tempat gua tinggal sekarang, tapi inilah yang gua lalui selama 360 hari sebagai perantau, sebagai warga asing, sebagai orang luar.

Dalam 360 hari juga gua banyak mengajar gua tentang kesabaran, susah senang semua datang dari tuhan. Kadang kadang Dia uji gua dengan kesusahan dan kadang kadang dia uji gua dengan kesenangan. Ada masa gua mungkin gua tergelincir sedikit. Tapi itu jam mesti ada yang akan mengingatkan gua. Terkadang yang mengingatkan gua bukanlah mereka yang mempunyai pegangan. Pelik dok? Tapi inilah yang berlaku.

Dalam 360 hari juga, gua tak pekena coconut shake klebang! woiii... sapa nak tolong tapaukan untuk gua? Gua belanja like dekat fesbuk! amcam? keh keh keh! tidak lupa juga, dah lama gua tak berak dalam jamban yang ada paip air. kah kah kah!



12 comments:

hanie said...

eh...sejak bila lu ada blog ni?? apsal wa tak tau ni..??





wakakaka...wa rasa dh cukuplah keji kot komen pesen gini. igt jgk lu dkat blog ni ye..

Darab Dua said...

cilakak! gua belanja paranwei 2 3 round baru tahu. keh keh keh!

3 bulan tak update tu kira belog gua dalam idah la. kah kah kah!

Fatt said...

negara Najib Razak...kah kah kah! gua setuju...tapi ape2 hal pun memang negara yg lu duduk tu terbaik..gua jalan sorang2 tengah malam pun takde orang nak kacau

poyotito said...

power juga lu nih, kalu gua taktau la apa jadi..

Darab Dua said...

power tak power. silap hari bulan berkaca juga mata. kah kah kah!

@tune® said...

HAKHAKHAK...sedih ke?

rugila lu..lemang ketupat rendang,,,

masyaAllah..sekarang Imam Muda da nk stat da...xdapat lu jadi juri ttap,,,

Jay Harun said...

yang ayat last skali tu aku syak ko dh expert. kehkeh!

❀aRaBeLLa❀ said...

kat sana tu belajor hape?

Fadh Rahman said...

biler nok balik ke negara najib?

tasekM said...

gua tak pernah merasa hidup merantau gini gaya. nnti cerita lagi bro...





.

Darab Dua said...

@atune gua bangga beb. bangga sbb tidak dibelengu negara najib. kah kah kah!

@jay xpert tak expert sangat la. kah kah kah!

@arabela gua kerja sini. tak mengaji.

@fadh gua pun tak tahu.

@TM nnt ada kelapangan gua kasi cerit lg

mart gee said...

berkacha mata aku baca entri ni. cuma aku tahan x bg jatuh ja ayaq mata ni. :) take care bro!