Monday, June 6, 2011

Art Of Ibu

Selama gua berpijak kt bumi tuhan ni, dah macam2 jenis makwe dah gua jumpa. Dari yang adik adik suka tangkap gambau 'angle' dahi, sampai ke yang makcik makcik jual tudung bawal dekat pejabat. Dari muka cantik cantik sampai le ke muka sipi sipi tayar bas. Begitu juga peel, dari peel molek molek, sampai jenis peel celaka celaka.

Banyak banyak yang gua kenal tu pun ada yang memang terbaik dari ladang, geng time susah senang, geng minam dgn sembang time gua bosan, geng gosip panas time gua ada benda sedap nak mengata. Tapi lu orang jangan tak tahu, yang jenis tahi pun tak kurang juga. Jenis habis madu sepah dibuang, jenis kencing serta jenis time hilang time gua susah. Jenis tinggal kawan sorang sorang waktu susah pun gua dah jumpa.

Tapi apahal pun, ada 1 makwe yang gua jumpa ni memang tip top, terbaik dari ladang serta magandan umaga! Memang sekali pun tak pernah kecikkan hati gua, robek hati gua serta kencing gua secara terus. Ya, beliau adalah mak gua! Mak gua yang tip top! Jadi sempena hari ibu 2 3 minggu lepas, gua nak ucapkan selamat hari ibu kat mak gua. Tahun ni juga masuk kali kedua gua terlepas 'chance' nak kabor slamat hari mak secara depan depan. Masuk ari ni dah genap berapa puluh belas purnama ntah gua tak tengok mak gua. Raya puasa serta raya haji pun gua 'missed' ibadah bersalaman dengan mok gua. Dan mende yang gua kompem lagi satu, sah sah tahun ni gua terlepas acara puasa dan raya dengan mok gua lagi sekali. Cilakak! kecil betul hati gua.

Kepada mok gua, gua ucapkan selamat hari ibu. Semoga puan senantiasa berada dalam suasana terbaik dari ladang. sihat sihat alhamdulillah. Dan solid solid selalu.

*peh! buleh tahan lambat gua punya ucapan! Janji ikhlas! heh!

2 comments:

Fadh Rahman said...

selamat mencari ibu untuk anak lu hehehehe

Darab Dua said...

ha ha! tajam komen lu! kah kah kah!