Thursday, September 8, 2011

Siri Bercakap Dengan Juki

Juki dalam kurungan bukan nama sebenar ni adalah member lama zaman sekolah dulu, Budak Juki ni baik orangnya. Zaman sekolah dia tak pernah tinggal surau. Dia punya khusyuk sembahyang pun dah lain macam gua tengok. Ada satu kali tu time imam tengah berdoa, Juki punya khusyuk watawaduk dia sampai menangis. Segan pula jadinya gua sebab itu jam gua tengah main jentik jentik tahi cicak dengan member gua yang lagi satu.

Berbalik ke cerita Juki ni. seminggu sebelum puasa hari tu gua ada bersembang dengan Juki. Ntah mende yang buat Juki terlintas untuk tegur gua dekat fesbuk punya kotak sembang. Pungpang pungpang kami sembang, Juki ni sudah berjaya. Dia dah jadi jurutera minyak dan gas. Jenis jenis kejuruteraan macam ni gua tahu sangat. Gaji bukan runcit runcit. Setakat nak pakai kereta sukan tu boleh saja. Tapi gua tahu, Juki ni istiqamah orangnya. Dia pakai proton Pesona saja. Katanya buah apa kereta mahal, mati nanti bukan buleh jadi kereta mayat gua pun.

Banyak juga topik gua sembang dengan Juki ni. Dari isu semasa ke isu kereta, Dari isu kereta pula membawa ke isu politaik dan hal hal intifada. Hal budak tabligh contohnya. Tapi isu makwe dilupa tidak. ha ha!

***

pungpang pungpang sembang, sebelum gua meminta izin nak belah untuk mencari sekuntum rezeki dibumi asing. Sempat gua berpesan pada Juki "Juki, rezeki dan jodoh ni mende Allah taala dah tulis siap siap dah. Contohnya kalu muka lu macam tombol gear bas, tak semestinya lu dapat orang rumah muka macam penapis minyak hitam. Kalu lu kerja korek minyak, tak semestinya lu dapat beli stesen minyak. Jadi lepas kita usaha tu, kita tinggal tawakal saja. Jangan mudah sangat mengalah." Gua harap pesan gua dekat Juki ni kasi sikit kesan dekat Juki. Sebenaunya gua dengar Juki baru lepas putus tunang. Juki.. Juki..

11 comments:

❀aRaBeLLa❀ said...
This comment has been removed by the author.
❀aRaBeLLa❀ said...

cam haram lu punye bidalan! hahaha..
dok sembang2 pasal juki,up le gambau senang potential makwe nak tengok...

❀aRaBeLLa❀ said...
This comment has been removed by the author.
Fadh said...

nie apasal sampai 2 komen di'delete' atau kena 'delete' nie?

Darab Dua said...

@arabelah ok apa. gua nak kasi jelas sikit. kan kabur juki salah paham pula. haa.. juki tak mcm koriya. tak payah bubuh gambau

@padh ntah le padh. gua pun tak tahu. tp bukan gua dilit. kot pesen salah eja, takut kena bahan baik dia dilit. ha ha ha!

Fatt said...

lu pun kena reflek diri lu, takleh nak tarbiah Juki je. lu salah dengan orang lu dah betulkan belom?

Darab Dua said...

@fatt pesanan utk juki, pesanan juga untuk gua. haish. lu ni. mende2 mcm ni pun tak buleh nampak kah?

Firdaus said...

gua harap juki bersabar dan lu pun meneruskan usaha. ingatlah wahai brader ku, sesungguhnya industri makwe-makwe ni tidak akan sunyi. sentiasa ada saja makwe-makwe baru dilahirkan saban hari. Tinggal lu nak usahakan ajer apa yang patut. ingatlah...

FarhanaLicious said...

putus tunang? tolong forward dia kat fesbuk aku.

@tune® said...

muke macam pedal lori boleh jadi jodoh dgn ustazah alim!!

sabar Juki!

k.e.r.i. said...

dia punya contoh macam harommm.
gua pun tak pernah terfikir contoh-contoh seperti itu.