Tuesday, October 18, 2011

Ethan Hunt Siri I

Sedar tak sedar dah berapa puluh purnama Ethan Hunt tidak pulang ke kampung halaman. Bukan setakat meninggalkan negara najip razak tu, malah Ethan Hunt juga meninggalkan segala scene meniaga barang bundle dekat belog, menjadi kuli meniaga murtabak, turun naik Kolumpo atas segala jenis projek. Tapi dia banyak ke projek membuang duit.

Memang ada terlintas dalam akal Ethan Hunt untuk pulang ke kampung halaman. Menjengah orang tua. Bukan Ethan Hunt tak tahu, dah namanya orang tua, maknanya orang itu makin hari makin tua. Walaupun dipanggil orang muda sekalipun, orang itu tetap akan makin menua. Aaahh.. Apa gila perumpaan yang Ethan Hunt fikirkan ni. Selain itu Ethan Hunt juga teringat akan perkara perkara yang tidak wujud di wilayah yang dia menetap sekarang. Nyamuk, semut dapur dan tenggiling contohnya.

Minggu lepas Ethan Hunt bertemu rakyat dari negara najip razak. Nama mereka cukup menonjolkan mereka dari negara tersebut. Apek dan Raja. Melayan scene melepak bersama mereka mengimbau kembali kenangan Ethan Hunt melepak bersama rakan rakan sewaktu menetap di negara najip razak. Berborak sakan di kedai nasi lemak janda contohnya. Di wilayah ni, hanya Ethan Hunt sahaja melayu, tiada yang selain dari tu. Jadi, kadang kadang tu kacip juga Ethan Hunt rasa bila tak dapat pekena lepak serta berborak mengalahkan orang mabuk ni.

Bukan tidak mahu menjengah ke kampung halaman, tapi kekangan cuti, komitmen terhadap sukan papan salji membuat niat Ethan Hunt dikuburkan begitu saja. Ya, kekangan kewangan dilupa jangan. Ethan pasti suatu hari nanti dia akan menjengah ke negara najip. Hanya masa sahaja yang menentukan.

8 comments:

Firdaus said...

perhhh sejak dah lama tak makan nasik ni nama pun dah jadi ethan hunt.

Darab Dua said...

kah kah kah! baru sedap sikit cerita. kalu gua bubuh zailani rosli, tak berapa barat jd ceritanya. kah kah!

Liliyuli said...

Ethan pasti suatu hari nanti dia akan menjengah ke negara najip dan mencari hidangan nasi. Hanya masa sahaja yang menentukan.

hanie said...

pesen nak feeling ke barat saja lu nih! mengada!

kahkahkah

Darab Dua said...

@lililulu
cilakak lililulu, gua mkn nasi kt sini woiii! ha ha!

@hanie
takkan gua nk feeling koriya pula, tunggu gua ada nama koriya 1. ha ha

@tune® said...

nak souvenir...

thank you ethan hunt!!!

Darab Dua said...

@atune
souvenir? blanja gua tiket balik. amcam?

FarhanaLicious said...

Balik lah. Mak lu tunggu lu sambil masak nasi dagang tu. tak terliur ke?