Gua dengan ini ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke empat belas darab dua buat seorang makwe yang kini berada nun beribu batu jauh di pekan Ampang, Kolumpo. Dengan hati yang tawaduk, intifada, tabligh, rabbani serta berwajah manis - manis madu, gua mendoakan semoga makwe ni dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki. Murah rezeki kalu buleh belanja gua makan mahal - mahal serta sedap - sedap. Heh!
Tidak lupa juga gua mendoakan lu berjodoh cepat. Keh keh keh! Gua ada juga pasang niat nak lantik lu jadi orang rumah nombor 1, tapi kena tunggu gua ada 2 buah kereta sukan berkuasa tinggi dan duit simpanan dalam Amanah Saham United Kingdom sebanyak 25 riban pound Ryan Giggs la. Baru buleh, kalu setakat 25 riban rupiah Taufik hidayat buat apa, beli songkok 'seken hen' tak lepas!
Gua akhiri ucapan gua dengan pantun 4 kerat:
Tum chap nai medai,
Tum chap nai kurap,
Lai lai katong,
Lai lai katong!
Amcam? Solid?
Selamat hari menjadi weh! Eklas dari gua. Bukan eklas macam kebiasaan. Tapi eklas pesen keeklasan orang orang toreh getah nak pergi haji kapo terbang pagi esok!