Thursday, January 29, 2009

Ini Memang True Punya Kongsi Fa Chai. Ah Tar Mekanik Motor Kat Simpang 3 Nuh Pun Tak Raya Macam Gua.

hoh! gua jadi sibuk macam gua yang raya pulak 3 4 hari ni. Dari kontrak makan rumah terbuka masyarakat cina membawa ke kontrak mengacau bubur asyura. Gua kena pulak seksyen mengacau pukul 3 petang. Peh! dia punya berpeluh macam gua main bola pukul 12 tengah hari kat Dubai. Menitik nitik! Tapi ada jugak Mak Su Ani kabor bubur asyura gua kacau sedap. Manis kena, masin dia pon kena. Tengok la Mak Su, siapa yang mengacau ni. heh!

Sunday, January 25, 2009

Cuaca Sedap, Angin Pun Terbaik Dari Ladang, Tapi Kenapa Gua Kena Layan Juga Scene Menyirap? Tak ke Cacat Tuh.

Hari ni cuaca agak cantik. Cuaca mendung. Bukan mendung yang berat ke hujan tu. Dia mendung yang berat ke sedap² berjalan. Datang pula dengan pakej angin yang sempoi² bahasa. Memang sedap angin ni. Kalah angin 'air cond' dekat bank CIMB cawangan tempat gua.

Dah cuaca pun cantik, angin pun sedap, gua pun merancang nak menjelajah 'bundle²' kat daerah gua. Gua dengan 'bundle' ni memang kacip. Dari gua sekolah rendah lagi abah gua pekena baju 'bundle' kat gua. Itu yang sampai sekarang gua jadi berat ke 'bundle saja. Betul juga pepatah kata "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Tapi masa tu nama dia tak 'bundle' lagi. Abah gua duk panggil 'baju second hand' saja. Buleh tahan kodi juga nama dia.

Scene bundle ni lu jangan main², macam² jenama buleh jumpa kat 'bundle' nuh. Dari jenama runcit² macam 'uniqlo' membawa ke jenama 'Paul Smith'. Ada sesetengah kes tu, jenama yang takda kat Malaysia pun buleh jumpa kat 'bundle'. Gua kalu pergi 'bundle' tu, kadang² aim jugak baju kolar jenama 'lacoste' ni. Hensem baju jenama ni. Orang kat Kolumpo nuh ramai juga yang pakai. Itu yang gua jadi into jenama buaya nganga mulut. Baru rasa macam Kolumpo sikit. heh!

Tengah sedap² gua belek baju yang dekat bundle tu, memang gua ada terbayang jugak gua pakai baju kolar jenama buaya nganga mulut tu. Peh, sengih sorang² gua. Tapi gua sengih sikit² saja. Bukan macam kerang busuk weh! huduh benar gamaknya kalu macam tu. Nanti mula la gua kena tuduh orang gila dengan tauke 'bundle' tu.

Belek punya belek, tiba² gua jadi hangin. Memang gua hangin. Rasa macam nak paranawei level 5 saja tauke 'bundle'. Rasa nak bakau itu kedai pun mari juga itu jam. Mahu gua tak menyirap, punya sedap gua aim 'lacoste' tiba² muncul baju "maxis". Cilakak! Belakang baju "maxis", ada pula baju "Hari Keluarga Kumpulan Utusan", pastu "Hotlink aktifkan dirimu". Itu jam jugak gua cabut. Cilakak punya kedai. Dah lebih 15 tahun gua bergelumang dengan scene 'bundle' ni. Tak pernah gua jumpa seksyen baju ini macam kat 'bundle'. Ini dah menyalahi kod etika 'bundle' weh!.



Lu hangin dak bila baju macam ni ada kat 'bundle'?
Sumpah! gua hangin! cilakak!

Friday, January 23, 2009

Gua Dengan Pos Opis Jadi Kacip. Kacip Tu Kacip Juga, Tapi Semangat Auto Down Pun Jadi Mari Juga. Apa Kes?

Minggu ni gua dengan Pos Malaysia Berhad jadi kacip lain macam. Bukan kacip biasa² macam gua kacip dengan chicken chop tu. Gua punya kacip sampai satu hari sampai tiga kali gua pegi. Amcam dia punya kacip?

Tapi hari ni gua jadi hangin bila pos opis tempat gua tidak beroperasi pada hari jumaat. Ini betul punya gua banyak urusan. Bukan urusan runcit² yang buleh gua tangguh². Ni dia dah masuk 'seksyen' tangguh kalu buleh senteng gua.

Nasib baik sistem perbankan di Malaysia ni buleh 'settle' secara dalam talian. Gua pulak nak kata celik IT tak celik mana, tapi buleh lagi la gua ejas kalu nak guna sistem atas talian ni. Ini gua tengah pikir, buleh dak kalu nak pos barang dengan pos laju pakai sistem atas talian? Takda la susah² gua nak pergi pos opis. Bukan sedap mana pun pergi situ. Air cond ada, tapi haram tak 'ON'. Dok layan feel kipas cap 'KDK' saja. Peh! kodi weh!

Satu hal lagi. Pos opis tempat gua ada empat kaunter. Tiga kaunter di'handle' oleh makcik. Bakinya oleh pakcik. Mana kaunter yang kelas² akak yang jaga? Memang semangat pos opis gua pun jadi auto down ini macam. Apa gila gua nak pegi mengurat makcik kan? heh!

Tuesday, January 20, 2009

Ada Yang kabor Gua Duduk Kat Negara Islam Hadhari. Indie Dengan Hadhari Ni kacip Dak?

Semalam gua tengok tv3. Semalam ni maksud dia semalam yang belah malam. Bukan semalam yang siang tu. Ada orang kabor 'semalam' tuh untuk siang saja. Kalu Malam dia jadi 'malam tadi'. Ada anugerah paling berprestij kat Malaysia katanya. Gua tengok tak tengok sangat, jeling sikit² sambil layan kompiter.

Ada satu band 'indie' menang. Gua tak tengok dia menyanyi. Gua curi² dengar pengacara dok sebut band tu menang saja. Kekdahnya, pagi tadi ntah berapa kali gua dok dengan lagu band tuh kat salah satu radio yang buleh tahan hit. Peh! tak buleh pergi gua. Juara juara jugak, lagu kumpulan lain jangan dilupa!

Tapi kenapa anugerah ni buat acara 'red carpet' maghrib² ni weh! tak kena gua rasa. Pak menteri kabor gua ni menetap kat negara islam hadhari. Belah mana yang hadhari gua pon tak tahu. heh!

Monday, January 19, 2009

Sepetang Bersama Encik Rashid bin Ismail. Dia Ada Kancil Kaler Merah Dengan Transmisi Automatik 3 Kelajuan.

"hoii!!! taukey! amcam bisnes?" Jerit gua dari atas motor honda ducati berkuasa rendah yang gua tunggang kepada Rashid bin Ismail ( nama sebenar ). Rashid ni peniaga roti goreng dan cha kueh di sebuah gerai depan klinik kesihatan kat kampung gua. Tapi kalu bulan puasa Rashid pegi meniaga murtabak kat bazar ramadhan. Berbakat benar anak bongsu pak Mail ni. Macam² dia buleh buat. Sampai ke tikam nombor pon 'terrer', ari tuh gua dengar dia kena dekat 6 riban jugak! Kemain lagi tukau sport rim baru kat kereta kancil dia, ekzos pon tiba² jadi besau. Dia punya jam? Peh! jenama Rado brader!

6 tahun lepas gua pernah menjadi kuli kepada Rashid. Lama tak lama sangat, dia tak sampai satu musim, tapi 2 purnama jugak. Selaku kuli, tugas gua memang tak buleh lari dari skop membuka gerai. Tapi kadang² gua rasa semacam gua tauke pulak bila gua dapat sms Rashid macam ni "Ari ni lmbt sket, bos bukak la dulu gerai tu". heh! Tapi hari ni gua pergi gerai Rashid, tade menda yang berubah sangat, dari kuali pakai untuk menggoreng membawa ke kerusi tempat gua curi tulang. Tapi tong gas dia dah bertukar la. Apa gila 6 tahun pon tak tukau tong gas. Lu ingat nak hidup dapur pakai air ke?

Rashid ni pemurah orangnya. Hari kedua gua jadi kuli dia dah bagi pesanan kat gua. Ini macam "kalu orang beli RM2 tuh nnt kasi la lebih, 1 biji ke 2 biji. TAPI, orang tuh merujuk kat awek saja. Laki ke pakcik makcik ke tak payah." Amcam? pemurah dak tauke gua?

Ada satu pesanan Rashid yang memang gua tak lupa haram sepatah pun sampai ari ni. Dia kabor kat gua "kita meniaga ni tak boleh jual mahal², jual mahal² pun bukan buleh pegi haji pagi esok. Kena beratur depan Tabung Haji jugak. Kita meniaga ni bukan nak untung, meniaga nak pahala saja." Peh, tikam nombor tikam nombor jugak, pesanan Rashid memang tak pernah lekang dari kata ilmiah.

Pungpang pungpang, gua sembang dengan Rashid. Macam² topik kami sembang, dari gadis lepas SPM yang kerja 'part time' kat Petronas nuh membawa ke topik politik yang tengah hit kat Kole Terengganu. Tapi ada jugak sikit² Rashid petik topik nombor ekor dia. Penat jugak gua sembang dengan si Rashid ni, asyik kena memekak saja. Bukan apa, 'sound' dia tak berapa in sikit. Pekena pulak sembang gerai tepi jalan yang segala mak nenek kenderaan lalu. Peh! ada jugak gua rasa macam gua sembang dengan orang jarak 35 meter.

Pekena sembang, pekena roti goreng yang gua paw sebijik, gua pon nak blah. Tapi sempat lagi gua petik, "boss, tapau roti goreng 4 5 biji." "Okeh, beres" kata Rashid dengan tangkas. Gua pon tanya "Berapa?" Dia kabor "RM1 sudah le." Lantas gua balas "Alaa.. 4 5 biji je, kita meniaga bukan nak untung, nak pahala saja." "hahaha.. bolehh laa" jawab Rashid sambil tersenyum.

Amcam? licik dak modus operandi gua? Dapat pekena roti goreng free! bukan sebiji. 5 biji weh!


Rashid sedang gigih mengerah tulang empat kerat

Thursday, January 15, 2009

Helmi Ni Culas, Licik Pulak Tuh. Tapi Senang² Saja Dia Kecundang Dengan Puan Rohani. Ntah Mende La Akal Helmi Ni.

"Mak, ari ni Mi ada kelas tambahan. Pukul 5 baru balik." Kata Helmi. Helmi ni anak kedua pasangan encik Ismail dan puan Rohani. Hari ni sebenarnya Helmi takda pun kelas tambahan. Dia chong mak dia saja. Dia punya 'setup dressing' memang gaya nak pergi kelas tambahan. Sebelum keluar rumah tadi sempat lagi Helmi suruh mak dia tajamkan pensel. Katanya hari ni kelas Bahasa Melayu, cikgu nak ajar buat karangan jenis laporan. Pensel kena tajam. Baru sedap nak mengarang. Hah! kemain kemas lagi modus operandi dia. Helmi juga tak lupa galas bag. Bag dia jenama Swan. Jangan tak tahu, kat dalam kelas 3A, Helmi dan Suhaili saja yang pakai bag jenama Swan ni. Peh! memang up habis!

Dah dapat duit RM2 dari puan Rohani, Helmi pon jadi auto senyum. Dengan auto senyum dia kayuh basikal gaya nak ke kelas tambahan. Basikal Helmi jenama nexus. Jenama ni tengah hit kat pasaran. Pesen canggih jugak. Skali kayuh buleh pergi jugak 30 meter. Tapi kalu turun bukit tuh, peh! toksah kayuh pun dah jalan. Memang mantap. Tambahan pula ada sistem brek cekera depan dan belakang. Cengkaman dia tok sah nak kabor la. Memang solid! Motor cikgu Zaki kat sekolah pun takda sistem brek sebegini.

5 minit mengayuh Helmi pun sampai ke destinasi sebenar. "Bang, nak main pc 10, RM2." kata Helmi kepada brader di kaunter pusat internet. Baru saja Helmi nak start main, akid selaku member kacip Helmi menyapa "Mi, banyak gila pedang Rohani ko tuh. Kasi la aku satu." Lantas Helmi membalas " mana buleh! nak bayar la!" . Helmi ni champion 'game online'. Dia main game 'Jin Online'. Watak helmi dalam permainan tuh bernama Rohani. Katanya sempena nama mak dia. Baru berkat nak lawan penjahat. Ntah mende akal Helmi ni. Kecik² dah culas!

Tengah sedap² Helmi layan berlawan, tiba² "tap!" bunyi telinga helmi kena jentik. Kuat bunyi ni. Kena kalu, sah merah telinga. Helmi tak pandang. Dia main 'sound' saja. "Gilo! jangan kaco! Rohani aku tengah lawan penjahat kuat ni!" "Tapp!" lagi sekali telinga Helmi kena jentik. Kali ni belah kiri pula. "Jangan kaco la gila! Mati Rohani aku ni sapa nak bayar?" Marah Helmi. Itu jam kawan Helmi tiba² jadi diam. Ada yang blah pelan². Helmi apa kisah. Janji Rohani dia tak kalah.

**************

Betul² posisi belakang Helmi tu, puan Rohani dah hayun tangan tinggi² dalam posisi melepuk. Tinggi benar, macam nak hayun kayu golf pun ada. Tunggu masa saja nak lepuk Helmi. Jentik tak berkesan. Memang lepuk saja lah yang menjadi. Helmi... Helmi.. Culas lu kecundang itu hari.

Tuesday, January 13, 2009

Gua Takda Beretta, Revolver, AK-47. Aaahhh.. Lastik Pun Gua Takda. Apa Cerit Ni?

Nih blog gua jumpa 2 3 hari lepas. Tapi pagi ni baru gua berkesempatan baca. Dia tulis bahasa omputih. Tapi nasib baik lenggok bahasa dia runcit². Buleh jugak gua paham. Memang gua tak berkenan weh dengan orang yang menulis ni. Ntah pemikiran apa yang dia bawa. Nak celen Ayah Pin la tuh. Takpun nak sekutu dengan Cikgu Kahar.

Agak² lu setuju dak dengan pemikiran dia? Setuju kalu, buleh le join persekutuan musibat tu. Tapi kalu gua jumpa lu memang gua Ong Bak sampai bersepai tulang rusuk. Nak tragis lagi sampai terberak ikut mulut! heh!

kelik le sini


Monday, January 12, 2009

Kenderaan Awam Ni Kenderaan Yang Kita Naik Secara Berjemaah, Bukan Macam Kenderaan Yang Lu Beli Sendiri Buat Pergi Berjalan Jalan

Beberapa hari nan lepas, lepas tak lepas mana la, baru saja 2 hari lepas. Gua telah menaiki bas transnasional dari Kolumpo ke kampung gua. Bas kali ni 2 tingkat. Canggih. Bukan canggih runcit², ni memang betul² canggih. Canggih sampai kat tempat pemandu tu ada skrin, nampak gambau belakang bas. Gua dapat kerusi tingkat bawah. Yang sebelah pemandu. Gua ada jugak rasa semacam gua pemandu.

Tapi dah sebab bas itu gua tengok tak berapa nak ramai, gua amik port atas. Gua memang dok aim kerusi depan sekali. Bas 2 tingkat ni dia kalu duduk depan sekali kat tingkat atas memang menangkap. Dapat tengok permandangan. Tapi dah lalu belah Gua Musang nuh, mende yang permandangan gua pun tak tahu. Ada sesetengah kes tu dapat tengok burung kena langgar dengan bas. "Kelepekkk!" bunyi burung kena cermin belah atas bas gua naik! Peh! memang secara langsung!

Kerusi bas transnasional ni dia memang empuk. Nak tidur memang sedap. Buleh condong lagi. Macam kerusi malas. Dia punya cara nak condong tu pun canggih lain macam dah, bukan tarik tombol macam kerusi di bas² yang kebiasaan. Dia pesen tekan butang yang ada gambar anak panah. Memang canggih. Empuk tu empuk jugak, canggih pun canggih jugak, tapi kalu dah 4 jam gua parking bontot kat situ, buleh kematu weh!

4 jam pertama gua memang solid, kerusi gua jajah seorang. Gua baring macam dekat rumah. Kat rumah pun tak boleh baring macam ni. Tapi lepas berhenti makan tu, gua jadi hairan, bas gua naik tadi jadi penuh. Port gua paling sedap dah kena kebas. Apa cerit ni transnasional? Lu amik duit tiket masuk poket apa?

Penyudah dia gua amik port belakang sikit. Kerusi ni memang kosong, 2 2 kosong pulak tu. Tengah sedap gua duduk, Tiba² ada gadis datang duduk sebelah gua. Gadis tu duduk saja terus tutup muka dengan kain sapu tangan. Sapu tangan dia kaler oren. Bukan oren terang macam jersi belanda tuh. Dia oren pudar, pesen basuh tuang klorox segelas jugak gua syak. Tak sempat gua nak tengok wajah. Ntah betul ke tidak gadis. Silap ari bulan mak nyah!

Tapi kenapa gadis ni tidur berdengkur? Dia punya dengkur, Peh! Memang gegar! gua syak, pemandu bas yang tengah cucuk rapat belakang bas gua pon buleh dengar. Kasar benau bunyinya. Pakcik dengan makcik yang duduk belakang gua dah jenguk². Tak sedap benar gua itu jam, gua tahu, ramai tuduh gua yang dengkur. cilakak! Ini belum kira budak kecik depan gua dok menangis tak buleh tidur. Bising sangat barangkali. Pakcik tepi belah sana nuh buat² tengok permandangan pulak, padahal tahan gelak. Tak syak lagi tuh!


gambau gua tangkap secara haram

Friday, January 9, 2009

2 3 menjak ni gua jadi tak berapa nak kenal rumah dah.

Melaka -> Kolumpo -> Cameron highland -> Kolumpo -> Melaka -> Batu Pahat -> Johor Bharu -> Melaka -> Kolumpo -> Kota Bharu

cilakak! calon yang nak bertanding kat kole terengganu pon tak sibuk macam gua.

kepada gadis² sahaja:
senang² kontek la gua menerusi sistem pesanan ringkas. Nak sedap lagi telepon!

Thursday, January 1, 2009

Sedetik Waktu Bisa Mengibar Seribu Kejayaan, Meratap Sejuta Kemusnahan

Malam tahun baru, tengah orang lain sedap² duduk pungpang pungpang, huha huha kat luar nuh. Gua kat rumah layan tidur atas tilam. Tapi tilam gua ni tak sedap macam tilam King. Tidur gua malam tadi memang lain macam dia punya sedap. Solid dan steady benar tidur gua. Mimpi pun takda. Dia semacam gelap saja. Padahal nak tidur tadi bukannya gua basuh kaki. Nikmat tidur malam tahun baru rasanya. Nyamuk pun takda. Gua syak deme tuh pergi layan tahun baru kat bando.

Tapi tengah sedap² gua tidur hansep gua berbunyi. Gua bangun. Dah gua settin bunyi hansep tuh sampai 10/10 memang bangun la. Gua jenguk tengok jam dah pukul 4.35 pagi. Gua dah mula syak ada gadis² nak ucap selamat tahun baru dah! Berbaloi jugak gua bangun balas mesej gadis. Dia kalu baru bangun ni memang mata tak berapa nak terang. Semacam berpinar. Bukak mata pun sepet² saja. Tapi kalu dah gadis mesej, semangat dia memang mari semacam. Macam Lee Chong Wei nak menang olimpik pun ada. Tapi Lee Chong Wei bukan menang pun!

Macam ni mesej dia

"Congratulations, SimCARD anda Bertuah Mmenangi hadiah Utama Wang tunai Rm17,000.00 dr Syt,Shell BHD No.PIN:9R126YK sila call : 012-8366541 Terima ksih." *Gua salin sejibik sejibik mesej dia

Itu jam memang gua sirap habis! Dapat bunuh penghantar mesej nih sedap jugak. Esok buleh jugak masuk surat kabor, "korban pertama jendela 2009". Babil weh!


Selamat tahun baru 2009 dari gua