Tuesday, June 28, 2011

Pengalaman Saya Bersembang Dengan Mak Cik Dari Negara Najib Razak

Dua tiga minggu lepas gua ada jumpa seorang rakyat dari negara najib razak datang melancong ke Niu Zilen. Dia datang ke tempat gua untuk pekena kopi. Gua tengok gayanya buleh tahan elegen. Dengan glove dan mafla bagai, padahal bukan sejuk pun kat luar. Setakat 3 darjah celcius pun nak bungkus ke mak cik! Ni gua kasi astro balik separuh dari perbualan gua dengan makcik negara najib razak

Makcik : memang datang jauh jauh awak kerja buat kopi je ke?
Gua : aah. Dah rezeki kat sini kan, selagi halal kita buat la.
Makcik : Banyak lagi kerja kat messia tu lagi banyak duit dapat, buat apa datang jauh jauh. Sana pun makanan senang, murah. Dari awak susah susah dekat sini, baik awak balik kerja kilang dekat messia, takpun kerja kat fastfood ke.

Banyak betul makcik tu pungpang pungpang dekat gua. Gayanya bersembang pun nak datin saja. Gua pun mula hangin runcit2 bila mengadap orang macam ni. Lalu gua pun reply.

Gua : It`s not about how much money i earn every single week, but it`s all about our quality life here makcik. Life sini chill, takde trapik jam. Sepanjang saya duduk sini, tak pernah lagi saya dengar kes ragut, rogol atau pecah rumah. Tu rumah saya duduk dah 9 bulan, kitorang tak pernah kunci rumah, takde pula orang nak masuk. Kolumpo macam ni dak?

Gua tengok makcik negara Najib Razak tu dah senyap. Gua sekolahkan dia lagi sekali. Tapi yang ni gua kencing punya. keh keh keh!

Gua : Nanti kalu makcik balik negara Najib Razak, makcik jumpa kerja macam saya boleh bayau RM1400 seminggu, takpun RM5600 sebulan makcik roger saya cepat cepat. Saya balik terus.
Makcik: Ooo.. mahal juga dia bayar. Kalau RM1400 seminggu memang banyak. Macam mana awak dapat kerja kat sini. Ingat nanti nak suruh anak makcik datang kerja sini la.

Itu la cerita dia, mentaliti orang kita. Mudah sangat nak perkecilkan orang lain, mudah sangat memandang orang dengan duit. haish! Padahal gua kencing saja seksyen duit tuh. kah kah kah! Sapa suruh buat perangai sembang berapi dengan gua, kan gua dah belanja sembang salji!

Wednesday, June 8, 2011

Sikit Sikit

Walaupun suhu diluar sana adalah 3 darjah celcius, saya tetap mandi pada jam 5.30 pagi sebelum ke tempat kerja. Berbeda betul dari rakan sekerja dan rakan serumah saya. Mereka mandi dua hari sekali. Ada sesetengah kes, tiga hari sekali. Peh! lain macam juga gaya hidup orang putih, jepun serta brazil ni. Jadi secara tidak langsung, saya adalah "MandiMan" di pekan Queenstown. kah kah kah!

Jadi mende yang sikit sikit dekat tajuk gua tuh? aaahh.. mungkin update sikit sikit gua rasa!

Tuesday, June 7, 2011

Baru Punya

Sebab belog gambau tu gua dah lupa paswek flickr dia, jd gua berkira kira nak buat belog lain, akaun flickr pun lain juga. "fresh start" lah orang putih kabor! keh keh keh! Harapnya komitmen kepada belog gambau gua kali ni setinggi komitmen gua terhadap industri fesbuk! kah kah kah!

Tapi nama palem sedak nak bubuh dekat belog baru gua ni mende? Lu orang ada akal dok?

Monday, June 6, 2011

Art Of Ibu

Selama gua berpijak kt bumi tuhan ni, dah macam2 jenis makwe dah gua jumpa. Dari yang adik adik suka tangkap gambau 'angle' dahi, sampai ke yang makcik makcik jual tudung bawal dekat pejabat. Dari muka cantik cantik sampai le ke muka sipi sipi tayar bas. Begitu juga peel, dari peel molek molek, sampai jenis peel celaka celaka.

Banyak banyak yang gua kenal tu pun ada yang memang terbaik dari ladang, geng time susah senang, geng minam dgn sembang time gua bosan, geng gosip panas time gua ada benda sedap nak mengata. Tapi lu orang jangan tak tahu, yang jenis tahi pun tak kurang juga. Jenis habis madu sepah dibuang, jenis kencing serta jenis time hilang time gua susah. Jenis tinggal kawan sorang sorang waktu susah pun gua dah jumpa.

Tapi apahal pun, ada 1 makwe yang gua jumpa ni memang tip top, terbaik dari ladang serta magandan umaga! Memang sekali pun tak pernah kecikkan hati gua, robek hati gua serta kencing gua secara terus. Ya, beliau adalah mak gua! Mak gua yang tip top! Jadi sempena hari ibu 2 3 minggu lepas, gua nak ucapkan selamat hari ibu kat mak gua. Tahun ni juga masuk kali kedua gua terlepas 'chance' nak kabor slamat hari mak secara depan depan. Masuk ari ni dah genap berapa puluh belas purnama ntah gua tak tengok mak gua. Raya puasa serta raya haji pun gua 'missed' ibadah bersalaman dengan mok gua. Dan mende yang gua kompem lagi satu, sah sah tahun ni gua terlepas acara puasa dan raya dengan mok gua lagi sekali. Cilakak! kecil betul hati gua.

Kepada mok gua, gua ucapkan selamat hari ibu. Semoga puan senantiasa berada dalam suasana terbaik dari ladang. sihat sihat alhamdulillah. Dan solid solid selalu.

*peh! buleh tahan lambat gua punya ucapan! Janji ikhlas! heh!