Monday, August 8, 2011

Faktarun <-- macam bunyi arab sikit dok?

Ringkas saja fakta gua nak kabor dekat lu orang hari ni.

Dari tingkap rumah gua ni, lu orang buleh nampak beberapa lokasi pengambaran cerita Lord Of The Ring. Lord Of The Ring yang mana satu gua tak pasti pula. Dan brader team naik kuda dalam cerita tu kerja dekat hotel.

Dekat Niu Zilen, penggunaan istilah seperti ; love, dear, sweetie, honey tidak digunakan untuk makwe lu orang, tapi digunakan secara umum untuk rakan serumah, rakan sekerja serta kanak kanak kecil ataupun bayi. Jadi kalu lu orang datang sini, jangan mudah perasan bila brader drebar bas sembang ada istilah di atas pada hujung ayat. ha ha!

Dekat Niu Zilen juga, kalu ada signboard "terima kasih, sila datang lagi" kat sini dia bukan tulis "thank you, please come again." tapi dia tulis "Thank you, please call again."

Suhu palem panas gua penah rasa semenjak duduk Queenstown adalah 26 darjah sewaktu musim panas, dia punya panas lain macam weh! rumah gua pula pesen tiada kipas mahupun alat penyaman udara. Jadi secara auto gua paham kenapa orang putih pesen suka pakai baju kecik dimusim panas.

Suhu palem sejuk pernah gua rasa pula adalah -14 darjah time winter. Memang lain macam dia punya sejuk. Sejuk macam ni, gua ingat nyamuk pun tak buleh terbang.

Sepanjang gua menetap di Niu Zilen, gua tak pernah lagi jumpa rumah yang mempunyai kipas siling ataupun alat penyaman udara.

mende lagi lu orang nak tahu? meh kabor topik, gua bulih kupas secara ilmiah! keh keh keh!

7 comments:

Fadh Rahman said...

gua nak pesan satu jer...lu sampaikan salam kat awek niu zilen...kabo mamat negara rosjib kim salam hehehe

hanie said...

*selak kalendar*

lambatnye lah haih nak tunggu tarikh tu..




wa tak jadi bukak dlm kereta. sebab kul 3 wa dh pecut balik rumah. kah kah kah!! skrg wa nak menyantap tepung pelita. haaa..jeles dok?

Fatt said...

dapor gas lu tak cerita? mana ada api!

Firdaus said...

kat sana beras faezah yang ada gambo jalaluddin hassan tu ada tak? berapa harga kalau yang 10kilo? gua hidup kalau tak ada nasik ni boleh bawak bergadoh weh!

FarhanaLicious said...

kat sana ada jual budu dok? ni, kalau nak masuk toilet, kene bayar berapa posen?

jo said...

oh dear...nyamuk tak terbang sebab ketiak dah cramp akibat terlalu sejuk..

mcm tu ka dia guna kata-kata manis pd kawan-kawan? peh..gua rs nak muntah pula panggil lu dear..

Darab Dua said...

@fadh jgn risau bro, gua kirimkan salam lu kemas2. ha ha!

@hanie selak jgn tak selak. ha ha!

@fatt haa.. nnt gua hapdet

@apei kt sini ada beras basmati bro. bau wangi. rasa pun sedak. amcam?

@farhana budu takdok weh. mayonis bersepai la. ha ha!

@jo. ok apa tu jo. ha ha!