Hari ni masuk hari ke 8 gua berpuasa di Niu Zilen dan merupakan season kedua. Juga season kedua puasa secara solo. Tahun lepas gua seorang sahaja kutu berbangsa melayu dan beragama islam yang menetap di pekan tersebut, jadi secara auto, gua puasa memang secara solo yang true. King of solo lah orang kabor. Tahun ni pun sama, cilakak betul! dekat pekan kecil Queenstown ni gua sorang juga kutu melayu yang tercampak dekat sini. Makanya season kedua puasa secara solo.
Puasa secara solo dengan komitmen kerja yang jenis kucar kacir ni menjurus ke arah scene berbukak secara kucar kacir. Secara amnya semalam hari pertama gua berbuka dekat rumah. Keh keh keh! masak asam pedas woiii!!! Kalu tidak, gua berbuka tempat kerja, palem solid sikit pun dekat 'skifield'. Bab makanan toksah kabor la. Kalu tak air tebu, air tuak ke air laicikang. Belum lagi makan. Kadang kadang ayam percik, ayam masak merah, nasi dagang, nasi kerabu serta beberapa menu yang agung punya sedap! Ok, gua kencing saja tu. ha ha! Yang betulnya gua tibai saja mana yang boleh, gua masak saja asal menjadi. fuh! cabaran lain macam kalu berpuasa tempat orang ni.
Terawih dekat masjid? peh! palem kodi gua kena memandu 3 jam baru jumpa masjid. Amcam? solid dok? Haa.. ni gua nak sekolahkan dekat lu orang nih, mana yang duduk rumah buleh dengar orang azan tu bawak bawak ke masjid lah. Dah tercampak macam gua ni baru lu tahu 'art of mesjid' tu mende! Belum lagi scene pekena kerang rebus dengan colek lepas terawih. Ini scene palem gua tak buleh handle dia punya teringat. Mana nak cari kerang dekat sini woii! Takkan gua nak ganti dengan Oyster? Bangsawan sangat bunyi bila nak kabor dekat orang gua moreh Oyster rebus. ha ha!
Cilakak! gua nak cerita pasal ibadah dibulan puasa. Apahal dia jadi terbabas ke arah mende tak ilmiah ni woii?
7 comments:
selamat berpuasa woii! jgn curik2 makan snow kat skifield.
akak fresh choice tu kompem dah tarak ke? lu pasti??
wa sebenornye dh ready gelak paling padu dekat lu..tp mengenangkan arini confirm wa berbuka mkn ceklat hacks dlm kete di tgh jem kolumpo.. maka wa simpan balik lah gelak tu. :P
tapi air tebu yang wa beli smlm..mmg solid dia punya manis woi! ha ha
berbuka dengan snow campur air sirap merah tambah jagung pun kacis jugak. bila nk balik malaysia ni bro
Lu mmg power, klau lu betul2 pose laa tp klau lu xpose, sape nk tgkap lu kan? Tp Allah ada. Lu kena ingat tue. Selamat berpuasa dan selamat berbuka.
@fatt slamat2. tak tahu la. mmg tak nampak trus dah!
@hanie kira gua gelak dekat lu saja ni. kah kah kah!!! bukak dalam kereta saja? kah kah kah!
@lotikus cilakak! gua dah naik bosan menu tuh! tak tahu lg weh. nk belanja gua tiket balik kah? ha ha!
@fadh stakat 2 season ni mmg gua berpuasa lg la. tade apa halangan pun. lg syok sbb tak letih langsung. slamat jugak bro!
gua kat sini dah bosan makan kerang rebus dengan colek. haha
mwahahah.... oyster rebus.. really buat tersembur ketawa
Post a Comment