Friday, December 28, 2012

Cerita Teksi


Hari tu gua ada berjalan jalan dekat Kolumpo. Kolumpo ni secara amnya semua kutu tahu yang dia adalah ibu kota negara najip. Kesesakan trafik memang champion, jalan jalan nak masuk train kena berlanggar bahu. Kalu senyuman pula gua syak lagi mahal dari emas, sebab emas ni senang senang saja gua lihat makwe makwe dan mak mak pakai. Tapi senyuman, peh! jarang buleh tengok. Gambau iklan ubat gigi jah lah ada yang berwajah senyum, jenis  senyum nampak gigi tu. Apa gila iklan ubat gigi tak senyum kan? Tapi model iklan ubat gigi  Halagel yang tak menutup aurat ni gua tak berkenan sangat. kekok sikit jadi dia bila tengok. Makwe model tu senyum pun gua tak berapa nak reply.

Kita berbalik ke cerita asal gua. Masa gua dekat KLCC hari tu, gua jenguk ke atas, dia punya tinggi KLCC tu, gua rasa macam KLCC tu bergerak. Tapi gua syak awan yang bergerak rasanya. Dia punya perasaan tengok KLCC ni sama macam perasaan gua mula mula tengok KLCC tahun 2002 dulu. Teruja tu menaik lain macam. Rugi benar gua tak bawa kamera. Kalu dak ada juga memori gua depan KLCC. Nanti buleh buat 'cover photo' dekat pesbuk. Haa.. kita berbalik ke cerita asal gua, cerita gua tengok KLCC rasa nak pitam ni bukan topik utama gua.

Hari tu gua nak ke Pavillion, jadi gua saja gatal menaiki teksi. Nak merasa juga sebenaunya naik teksi dekat Kolumpo ni walaupun gua tahu jarak KLCC dengan Pavillion ni dekat jah. Jalan 2 3 langkah, jumpa teksi. Steady, steady macam celaka bila abam teksi offer RM10. Dia tak mahu on meter. Kalu komplen gua memang tak merasa naik. Ikut hati gua nak jah amik no teksi dia kemudian buat report. Palem kodi pun lesen teksi dia kena gantung.

Itu di Kuala Lumpur, Ni gua nak kongsi pengalaman gua naik teksi di Kampung Tepi Tasik. Itu jam dah jam 1 pagi, gua baru settle mencari sekuntum rejeki dan ingin pulang ke rumah. Gua tak memandu kereta sukan sebab itu jam gua masih dalam kondisi tiada keupayaan untuk memandu disebabkan kecederaan tangan. Kalu lu orang nak tahu, kalu lepas jam 12 am, kadar teksi ni dia bukan main king lagi mahalnya. Jadi gua pun buat muka steady tahan teksi. Steady tak steady mana, gua buat muka Jericho Rosales jah. kah kah. Lepas gua tanya berapa, dia pun kabor, dalam NZD25 ke bandar, kalu depan rumah dalam NZD30. Jarak tempat mencari rejeki gua tu 5KM jah dari rumah. Tiba tiba pakcik pemandu teksi tu kabor, "macam ni, NZD8 sampai depan rumah, gua off meter. bereh?" dia kabor dalam bahasa inggeris lah, gua subtittle siap siap ni.

Nampak tak kat sini. sorang off meter sebab nak charge mahal, tapi lagi sorang off meter sebab nak charge murah. Yang manakah yang lahanatt?

***

Tapi nak lagi setan. Pavillion ke KLCC buleh pulak RM 20. gua tak naik saja tanya nak tahu berapa dia nak kencing gua.

8 comments:

hzrh said...

nasib baik pasang payung sesiap, kalau tak memang basah kepala kena kencing.

selagi boleh elak naik teksi, mmg wa pilih utk elak.

Darab Dua said...

kah kah. gua dah ready dah. gua saja naik sbb memang gua nk merasa pengalaman berteksi. teksi ni lah yg syak gua remaja lepasan SPM. kah kah

hanie said...

naik teksi tu..naik teksi jugak.. ni ape hal pulak nak buat muka Jericho Rosales? nak kena tampor?


ha ha ha

hzrh said...

mcm cilake siap bulih recall perihal brader teksi tegor lu serupa lepasan SPM! brader tu nak berbahasa jah dgn lu, senang sikit nak kencing lu! HAHA

DramaQueen said...

malu betul la gua sebagai rakyat malaysia dengan pakcik teksi NZ tu.

*terus packing baju nak migret kesane.

Darab Dua said...

@hanie
baru menaik keyakinan diri. kah kah kah

@hzrh
ni betei ni. gua tak kencing. itu jam naik keyakinan gua nak kencing dia kabor lepas SPM gua nak jadi pegawai bank. kah kah

@drama queen
itu lah, gua pun terkilan juga dgn sikap orang kita

foxychain said...

Sekarang budak2 SPM tgh tunggu result kan

pakcik said...

Hai, gua dari masa depan. Tahun 2019 dah ada teksi yang bukan teksi, nama dia Grab. Lu panggil teksi guna telefon je. Harga pun boleh tahan murah la.