Friday, December 28, 2012

Hari Kiamat

Rakaman perbualan gua dengan Mat Pi tauke kedai runcit.

Gua : Boss, telur ayam 5 biji.
Mat Pi : Telur habis boss. Orang ramai beli semalam.

gua panggil lu boss, lu panggil gua boss. Siapa kuli ni Mat Pi? getus hati gua

Gua : Semalam hari telur negara ke guano?

Mat Pi : TV, internet, pesbok dok kencing kata nak kiamat, habis orang dok takut, datang beli lilin dengan telur. Beli telur tu kira mudah nak masak lah kalu 'time' kecemasan ni.

Gua : Habis tu beli lilin tu kira senang nak nampak jalan pergi syurga ke macam mana?

Mat Pi : Ambo pun tok tahu juga, hok mari beli tu bukan budak budak, hok pergi masjid pagi petang juga. Budak budak ni steady mari beli rokok serupo skalo jah.

Gua : Sia sia kakloh juga kalu gi masjid siang malam, TV kencing sikit terus percaya. 

Mat Pi : tok tahu lah ore kito. gi haji 2 3 kali pun mudoh keno tipu ko ore putih.


Tak sangka juga gua sebenaunya ramai yang kena kencing dengan oram putih pasal kiamat ni. Apa celakanya pergi percaya. Kalu budak budak shuffle percaya gua okay sikit sebab dia budak shuffle, siang malam shuffle sampai tak tahu hujung pangkal. Ini orang orang tua. Macam budak budak, mudah kena kencing. Malu.. malu..

5 comments:

hanie said...

kaum kita kan pesen insan yang lemah. jenis cepat terpedaya. lulz

DramaQueen said...

ini pesen kaum-kaum yg share n like dlm pesbuk ni. sume tu inderekli geng mayan. LOL

hzrh said...

masyarakat mudah terpedaya ni la masyarakat yg dok post "sila like kalau sayangkan Allah swt" dlm pesbuk nu..

Darab Dua said...

@hanie
nasib baik gua ni dah gagah sikit. kah kah

@drama queen
yes. gua setuju

@hzrh
yang ni lagi gua setuju 18ribu kali.

foxychain said...

Jan, 22nd 2013: Dream a lil dream of me...I must be in heaven