Sunday, September 24, 2017

Social Media

Sejak ada smart phone; gua mula berkenalan dengan waksap dan stegrem. 2 ekor setan ni sebenarnya meragut kasih sayang pada blog. Lu tak percaya? pergi la jenguk blogger - blogger tegar dulu - dulu. Semua berkubur weh! kah kah kah! 

*Gua ada smart phone lewat sikit dari manusia keramaian. Ye, tahun 2014 baru kenal waksap

Saturday, October 26, 2013

Kena Sound Part 1.

Ya, Dah lama gua tak kemaskini belog ni. gua memang mengaku, dia jenis king punya lama. 2 hari lepas gua kena sound ke Man Janggut, seorang sahabat baik gua dari Sungai Buloh. Man Janggut ni jenis suka berak, dan mandinya pun lama. Katanya Man Janggut dalam media sosial kepunyaan Yahudi dan menjadi pujaan setiap pelusuk umat "Woi kawan..aku masih peminat no 1 blog kau..bila nak update lagi ni?"  Gua tenang reply. Gua kabor nanti gua kemaskini.

Dia sebenaunya gua bukan malas nak kemaskini, tapi gua menghormati tagline belog gua iaitu ; "menulis hanya waktu kecederaan". Lagipun, dari bulan enam sampai dua tiga hari lepas gua sibuk bercinta dekat waksak. Celaka babi juga waksak ni. Siang malam gua main waksak. Bangun jam 4 5 pagi pun main waksak, padahal tidur sikit punya lambat. Tengah kerja pun waksak, tengah bermain snowboard pun gua waksak. Lain macam dia punya penyakit bercinta dekat waksak ni. kah kah kah! Tapi secelaka celaka gua bercinta dekat waksak pun, gua tak waksak sambil berak woiii!!! apa gila nak waksak sambil berak, tak hormat tahi nak jatuh langsung. Tapi gua tak tahu lah kalu Man Janggut ni main waksak sambil berak. Setahu gua dia suka main paip air jah waktu berak. Dia kalu Man Janggut mari Niu Jilen, macam mana entah dia nak main paip air sebab jamban sini dia pesen takdok paip air. kah kah kah!

Saturday, May 18, 2013

Solo? Haa.. Ambik Lu Nak Solo Sangat.

Lebih kurang hujung bulan Oktober tahun 2010 tu merupakan bulan ke 8 gua dekat New Zealand. Travel dah 8 bulan secara solo ni dia dah lain macam feeling dia. Lagi lagi bila lu takdok tiket balik ke kampung halaman dan merancang untuk balik.

Selaku kutu yang suka jenis aktiviti menggunung ni, jadi gua memang tak pernah melepaskan peluang naik gunung sekitar New Zealand. Gua nak kabor dekat lu orang, kawasan pergunungan di sini dia punya 'rare' lain macam. Dia punya cantik... Subhanallah! tak buleh nak explain. Jenis king punya cantik. Jadi dah gua memang travel secara solo, maka aktiviti menggunung pun gua jalankan secara solo. Gila tak gila juga, kadang tu gua ada ternampak jemaah yang sama trek, gua steady jah tumpang jemaah. 

Setelah gua sampai ke Arthur Pass National Park, gua merencana melakukan aktiviti menggunung barang 1 2 minggu di taman negara ni. Jadi gua mengambil keputusan untuk ke Harper Pass Track. Track tu makan 4 ke 5 hari juga. Entah mende akal gua pilih track tu, gua pun tak tahu. Seteleah settle report dekat pejabat jabatan perhutanan, gua pun memulakan ekspidisi menggunung gua. Tapi sebelum tu gua check dulu lah makanan gua cukup ke tak. Apa gila naik gunung lenggang bawak wallet. Ingat masuk Midvalley ke macam mana?

Lepas lebih kurang 6 jam gua berjalan, maka sampai lah gua ke hut pertama untuk bermalam. Gua syak  ada group yang bakal sampai, tapi.. sampai gua habis makan malam.. habis menulis, habis baca buku, satu kutu pun tak sampai. "setan, gua sorang ke kat tengah gunung ni" getus hati gua.

****

Ekspidisi memakan masa 5 hari 4 malam. Ya. 5 hari 4 malam tu, gua hanya bertemu manusia di hari pertama. Kesimpulan dia, gua tidak bertemu manusia selama 4 hari. Satu kutu pun gua tak jumpa, satu suara pun gua tak dengau melainkan suara gua sendiri. Dia punya feeling tuhan saja yang tahu woii. Lain macam jenis lain macam gua tak boleh nak cerit. Yang ada hiburan dengan gua hanyalah buku bertajuk "between a rock and a hard place" dan juga buku catatan seharian gua yang mana hari ketiga pen yang gua guna tertinggal dekat hut.

"Solo itu macam celaka rupanya." getus hati gua selepas nampak kelibat manusia pertama selepas 5 hari. 

Tuesday, March 12, 2013

Spider Man.

Waktu gua kecil kecil dulu, Spiderman ni salah seorang superhero yang memang menjadi pujaan hati. Tapi bukan Spiderman saja, tapi banyak lagi seperti superman, ninja turtle, flashman, maskman, gaban, ultraman seven, dash yonkuro satria baja hitam serta tomato man. Gua tak minat ultraman ace, sebab ultraman ace ni manja, sikit sikit panggil abang dia, kalu tak panggil abah dia. Macam mana nak jadi hero kalu jenis perangai mudah report kat orang tua?

Bagi yang tak tahu, spiderman ni dia sebenaunya makhluk biasa saja, tapi suatu hari tu dia digigit oleh labah labah, lalu dia mendapat kuasa melekat didinding seperti labah labah.

Jadi berdasarkan kepada kisah spiderman, asal gua jumpa labah labah jah, gua akan menghulurkan jari gua agar digigit oleh labah labah, dengan harapan gua menjadi spiderman. Setelah labah labah itu merayap atas jari dan berlalu pergi, gua akan cuba meletakkan tangan dekat dinding dengan harapan tangan serta kaki boleh melekat seperti spiderman. Gua akan cuba menarik tangan dengan perlahan lahan agar dapat merasa feeling melekat. tapi semuanya hampa. Sebanyak banyak labah labah yang gua jumpa kat dalam semak, rumah, kelas serta dalam kereta satu pun tak boleh dipercayai.

Sehingga dewasa, gua pun tahu, sebenaunya spiderman tu adalah hasil kencingan orang putih dekat gua. cilakak! basah kepala kena tipu dengan oram putih.


*ya, gua cedera, jadi gua sempat menulis. sepertimana tagline belog gua, menulis hanya waktu kecederaan. kah kah

Saturday, December 29, 2012

Merry Christmas

Hari tu gua ada tulis status Merry Christmas dekat wall pesbuk gua. Entah mende ni berdosa ke tidak gua tak tahu. Sedang sedang sedap gua tengok kutu yang like status, tiba tiba ada satu mesej peribadi datang ke inbox. Dia kabor tak elok ucap meri krismas ni, katanya perayaan orang kapir, ada molek post pasal Gaza ke. 

Gua pun balas "tabligh mana kabor tak elok? Dari duduk buang masa hantau mesej macam ni, baik pergi tabligh budak budak dalam friendlist tu suruh tutup aurat. gua ucap ni setahun sekali belum tentu lagi. Yang dalam pesbok tu dok tayang rambut berkarat, paha selulit 365 hari setahun. Dosa kecik di Mekah nampak dosa besau dinegara najip dibutakan"

***
lepas balas gua tengok profile dia.. cilakak! gua kena block dah ke? kah kah

Friday, December 28, 2012

Hari Kiamat

Rakaman perbualan gua dengan Mat Pi tauke kedai runcit.

Gua : Boss, telur ayam 5 biji.
Mat Pi : Telur habis boss. Orang ramai beli semalam.

gua panggil lu boss, lu panggil gua boss. Siapa kuli ni Mat Pi? getus hati gua

Gua : Semalam hari telur negara ke guano?

Mat Pi : TV, internet, pesbok dok kencing kata nak kiamat, habis orang dok takut, datang beli lilin dengan telur. Beli telur tu kira mudah nak masak lah kalu 'time' kecemasan ni.

Gua : Habis tu beli lilin tu kira senang nak nampak jalan pergi syurga ke macam mana?

Mat Pi : Ambo pun tok tahu juga, hok mari beli tu bukan budak budak, hok pergi masjid pagi petang juga. Budak budak ni steady mari beli rokok serupo skalo jah.

Gua : Sia sia kakloh juga kalu gi masjid siang malam, TV kencing sikit terus percaya. 

Mat Pi : tok tahu lah ore kito. gi haji 2 3 kali pun mudoh keno tipu ko ore putih.


Tak sangka juga gua sebenaunya ramai yang kena kencing dengan oram putih pasal kiamat ni. Apa celakanya pergi percaya. Kalu budak budak shuffle percaya gua okay sikit sebab dia budak shuffle, siang malam shuffle sampai tak tahu hujung pangkal. Ini orang orang tua. Macam budak budak, mudah kena kencing. Malu.. malu..

Cerita Teksi


Hari tu gua ada berjalan jalan dekat Kolumpo. Kolumpo ni secara amnya semua kutu tahu yang dia adalah ibu kota negara najip. Kesesakan trafik memang champion, jalan jalan nak masuk train kena berlanggar bahu. Kalu senyuman pula gua syak lagi mahal dari emas, sebab emas ni senang senang saja gua lihat makwe makwe dan mak mak pakai. Tapi senyuman, peh! jarang buleh tengok. Gambau iklan ubat gigi jah lah ada yang berwajah senyum, jenis  senyum nampak gigi tu. Apa gila iklan ubat gigi tak senyum kan? Tapi model iklan ubat gigi  Halagel yang tak menutup aurat ni gua tak berkenan sangat. kekok sikit jadi dia bila tengok. Makwe model tu senyum pun gua tak berapa nak reply.

Kita berbalik ke cerita asal gua. Masa gua dekat KLCC hari tu, gua jenguk ke atas, dia punya tinggi KLCC tu, gua rasa macam KLCC tu bergerak. Tapi gua syak awan yang bergerak rasanya. Dia punya perasaan tengok KLCC ni sama macam perasaan gua mula mula tengok KLCC tahun 2002 dulu. Teruja tu menaik lain macam. Rugi benar gua tak bawa kamera. Kalu dak ada juga memori gua depan KLCC. Nanti buleh buat 'cover photo' dekat pesbuk. Haa.. kita berbalik ke cerita asal gua, cerita gua tengok KLCC rasa nak pitam ni bukan topik utama gua.

Hari tu gua nak ke Pavillion, jadi gua saja gatal menaiki teksi. Nak merasa juga sebenaunya naik teksi dekat Kolumpo ni walaupun gua tahu jarak KLCC dengan Pavillion ni dekat jah. Jalan 2 3 langkah, jumpa teksi. Steady, steady macam celaka bila abam teksi offer RM10. Dia tak mahu on meter. Kalu komplen gua memang tak merasa naik. Ikut hati gua nak jah amik no teksi dia kemudian buat report. Palem kodi pun lesen teksi dia kena gantung.

Itu di Kuala Lumpur, Ni gua nak kongsi pengalaman gua naik teksi di Kampung Tepi Tasik. Itu jam dah jam 1 pagi, gua baru settle mencari sekuntum rejeki dan ingin pulang ke rumah. Gua tak memandu kereta sukan sebab itu jam gua masih dalam kondisi tiada keupayaan untuk memandu disebabkan kecederaan tangan. Kalu lu orang nak tahu, kalu lepas jam 12 am, kadar teksi ni dia bukan main king lagi mahalnya. Jadi gua pun buat muka steady tahan teksi. Steady tak steady mana, gua buat muka Jericho Rosales jah. kah kah. Lepas gua tanya berapa, dia pun kabor, dalam NZD25 ke bandar, kalu depan rumah dalam NZD30. Jarak tempat mencari rejeki gua tu 5KM jah dari rumah. Tiba tiba pakcik pemandu teksi tu kabor, "macam ni, NZD8 sampai depan rumah, gua off meter. bereh?" dia kabor dalam bahasa inggeris lah, gua subtittle siap siap ni.

Nampak tak kat sini. sorang off meter sebab nak charge mahal, tapi lagi sorang off meter sebab nak charge murah. Yang manakah yang lahanatt?

***

Tapi nak lagi setan. Pavillion ke KLCC buleh pulak RM 20. gua tak naik saja tanya nak tahu berapa dia nak kencing gua.

Saturday, December 22, 2012

Mende Lapuk

Lagi 5 6 hari masuk tahun baru 2013, secara amnya last gua kemaskini blog bulan 5, sekarang dah bulan 12. cantek... memang cantek... nampak tak dia punya perangai celaka? Cerita dia bukan gua malas, tapi gua sibuk sikit. Sibuk main tuiter dengan pesbuk. Gua syak gua dah kena pengaruh dengan iluminati juga ni.

Sekarang gua dekat negara Najib Razak, Kera jaan punya pasal gua kena balik kampung. haa.. nampak tak dia punya celaka tu. Bukan gua celaka, tapi sistem pembaharuan passport dari luar negara mengambil masa 3 bulan yang celaka.

Gua nak tulis banyak lagi ni, tapi bagi menghormati tagline blog gua iaitu "hanya rajin menulis di waktu kecederaan" maka gua berhenti di sini dulu. Ya, gua tengah cedera sikit ni, cedera jenis cedera sakit kepala. Lain macam sakit kepala dia. Lu orang pernah kena sakit kepala yang jenis sakit kepala bila sujud atau rukuk time sembahyang tu, rasa macam otak jatuh atas sejadah. Aaaahh.. susah pula gua nak 'explain'. Tulis panjang panjang kalu bukan lu orang paham. ye dak?

Tuesday, May 22, 2012

196 : Makan Seperti Bangsawan. Bukan Bangsa Yang Mudah Kena Sawan Buih

Sewaktu berada di pekan bernama Wanaka, gua gagal mendapatkan kerja juga. Tapi walau gagal mendapat kerja gua berjaya juga memancing 2 ekor ikan 'rainbow trout'. Ikan ni memang king kalu buat masak steam, 3 rasa dan sweet sour. Tapi tengah situasi genting macam tu, palem champion pun gua goreng saja. Itu pun sebab tak kasi ikan tu berbau untuk bekalan beberapa hari mendatang. Lepas lipat khemah lebih kurang, gua pun berkira kira untuk memandu ke pekan bernama Franz Josef. Lebih kurang 300 kilometer juga dari pekan bernama Wanaka ni. Memang luluh hati juga bila pekan ni tak sudi memberi gua kerja. Masuk hari tu lebih kurang 3 minggu juga gua mengamalkan cara hidup homeless. Kedudukan kewangan pun memang runcit bukan main dah.

Sebelum gerak gua pekena makan tengah hari ditepi tasik bernama tasik Hawea. Memang king punya cantik tasik ni. Airnya biru, angin sepoi sepoi pendidikan jasmani. Pekena nasi dengan ikan rainbow trout goreng pula, peh! menjadi lain macam sedap dia. Perut kenyang, gua pun mula ambil port nak lena sekejap. Nak memandu jauh kononnya. Padahal gua cenderung ke scene 'berbaring lepas makan' ha ha! Pang gua lena, lena tak lena mana masuk 2 jam juga. Terus kucar kacir gua bangun untuk meneruskan perjalanan ke Franz Josef. Kalu di Niu Zilen ni tak berapa nak solid kalu memandu malam. Sebab dia lebih cenderung melanggar arnab dan beberapa jenis binatang lain. Gua kemas barang, basuh muka lebih kurang, terus memecut kereta bukan sukan bernilai nzd150 gua tu.

***

Alhamdulillah, pungpang pungpang gua memandu sambil menyanyi dalam kereta tu. Gua pun sampai ke destinasi. Untuk pengetahuan semua, kereta tak sukan nzd150 tu tiada radio. Apa gila kereta nzd150 pun nak ada radio kan.. Kalu tingkap buleh naik pun kira dah bersyukur. ha ha! Bila sampai tempat macam ni, tempat utama gua tuju ialah, cari port yang buleh pacak khemah. Tidur dalam khemah ni memang sipi sipi perasaan tidur dalam hotel banyak bintang juga kadang kadang. Bila kita banding dengan tidur dalam kereta lah. Tidur dalam kereta ni celaka dia punya sakit belakang. Kerusi tak empuk langsung. Kaki pun bukan buleh lurus yang jenis lurus bila baring atas katil. Tapi kalu suhu malam tu 3 ke 4 darjah celcius. Itu belakang kira.

Seperti juga teknik gua sebelum sebelum ni. Walaupun gua menetap dalam khemah, tapi bila scene scene memasak ni, gua akan licik licik masuk ke backpackers hostel punya dapur. Dekat Franz Josef ni gua memang dah aim hostel YHA. memang king betei dapur dia. Barang pun buleh letak dengan selamat. Ada ruang tamu yang buleh tengok TV. Ada sesetengah kes gua lupa diri pergi tengok tv sampai gua ingat gua menetap dekat hostel tu. 

Siang berlabuh sudah, gua dah sengih tanda stenbai untuk makan malam. Sedang gua geledah kereta cari bekas makanan gua, gua pun menjerit. "Celaka! macam mana buleh tertinggal stok makanan gua 3 hari tu dekat tepi tasik woiiii!!!!" Luluh hati gua itu jam tuhan sahaja yang tahu. Nak beli makanan dekat kedai memang dah malam kedai tutup. Kedai tutup tu bukan isu dia. Isu dia kewangan gua tu ada hanya untuk minyak kereta.

***

Lebih kurang 2 jam lepas itu gua sengih sambil silang kaki dan membaca akhbar tempatan diruang tamu hostel yang gua menyelinap tu. Perut kenyang jenis kenyang ular sawa. Jenis jenis kenyang membawa ke lupa diri. getus gua dalam hati "Berkenan betul aku duduk negara yang jenis ada "waste food bin". Saat saat macam ni memang "waste food bin" sangat king! Dapat makan spaghetti pula tu. Makan persis bangsawan pun ada. ha ha!"

Saturday, May 12, 2012

Did Not Depart


Cop palem mahal gua pernah dapat dalam passport gua. Berlaku di Melbourne Aiport pada tarikh yang lu oram sendiri tengok lah dekat gambau kat atas tu. Dia punya berdebar mari lain macam juga bila mende mende macam ni jadi. Tapi gua bakalan memperbaharui passport gua. gua ingat dapat koyak sikit buat kenangan ni molek juga. heh!

Kadang kadang kita bukan malas menulis, cuma menghormati perasaan malas. kah kah kah

Saturday, March 24, 2012

Kisah Cikgu Bahasa Melayu Berlawan Dengan Pelajar Cina.


Pada satu tahun yang lebih kurang 10 tahun lepas, Jali bersekolah di sebuah sekolah jenis sains asrama penuh. Sekolah Jali ni dia ada tingkatan empat dengan tingkatan lima saja. Pesen tak banyak tingkat. Tapi 1 tingkatan dia cecah sampai 16 kelas. Dalam 16 kelas tu dibahagikan pula kepada dua jurusan. Jurusan biologi dengan jurusan perakaunan. Walaupun Jali ni bengap mengira, tapi dia steady juga masuk jurusan perakaunan. Entah menda lah akal Jali. Mungkin dia tahu biologi tu dia tak buleh pergi langsung. Seperti sedia maklum, Jali duduk di kelas P. Kelas P ni merupakan kelas palem belakang bagi jurusan perakaunan. Dalam hukum ABC, P ni nombor 16, kalu ABC tu mula dengan ZYX sekali pun, P ni bukan juga huruf palem depan. Buleh tahan tak pandai juga lah Jali ni. Bukan jenis tak pandai sedang sedang dah.

Cikgu Juna adalah cikgu bahasa melayu dalam kelas Jali. Nama dia memang Juna, bukan Junaidah, Junainah ataupun Junatun. Dia memang nama Juna. Cikgu Juna ni steady oramnya, tudung labuh tapi bukan tabligh, tinggi tak tinggi mana. Pernah satu kali tu sewaktu cikgu Juna tengah sedap sedap mengajar bahasa melayu, tiba tiba cikgu Fendi melintasi kelas Jali, Lalu setady saja Jali bersuara, "Cikgu fendi! cikgu Juna kirim salam! keh keh keh" Itu jam muka cikgu Juna berubah juga jadinya. Tapi Jali, peh! bukan main steady lagi. Bahasa melayu ni sebenarnya mata pelajaran yang Jali tak berapa berkenan juga sebab dia ada seksyen sastera, sebab itu buat Jali jadi bengap sikit. Tapi setakmenjadi Jali, lagi tak menjadi Asrol. Asrol ni ya allah, bengap tak buleh nak harap. ha ha! tapi bahasa melayu tak berkenan, kimia tak berkenan, fizik tak berkenan, entah menda lah yang jali berkenan, suit suit Siti Nur Iman gamaknya.

Pada suatu hari, Cikgu Juna mengarahkan pelajar kelas P untuk membuat rumusan dari cerpen pendek dari buku 'Anak Laut'. "Cilakak! rumusan lagi kah? gua nak salin sapa punya ni?" getus hati Jali. Jali ni memang pesen tak suka menulis, bukan sebab tulisan dia huduh, tapi Jali memang jenis tak pandai hal hal merumus ni. tulisan Jali memang cantik, sampai Ustaz Mansur pun pernah tegur. "Macam tulisan gadis gadis tulisan hang ni Jali" tegur ustaz Mansur. Pujian itu Jali tanam kemas kemas dalam dada. Buat bekal cerita dekat anak cucu katanya.

Lepas cikgu Juna kasi arahan lebih kurang, Jali pun ambil buku kegemarannya di dalam laci meja. Buku ni memang buku kegemaran Jali. Mari lah mata pelajaran menda, Jali mesti pakai buku ni. 

***

"Okay, siapa dah siap hantar buku kat saya" kabor cikgu Juna. lantas hati Jali bergetus "menda lahh cikgu Juna ni, selalu dia yang mari check kat meja kita. Malas betei!" Nak tak nak Jali pun hantar lah buku kesayangan dia dekat cikgu Juna. "kungkang kungkang" cikgu Juna memeriksa buku budak kelas Jali. Ada time dia senyum tak ubah macama baca surat cinta juga. Tapi ada time dia geleng kepala macam baca surat hutang.

Lepas cikgu Juna periksa dia pun panggil nama sorang sorang. Paling mula mula kena panggil, biasa lah. Asrol, panjang juga si Asrol tu kena bebel. memang pesen bukan bengap sedang sedang betul lah Asrol ni. Lepas Asrol, cikgu Juna panggil pula si Mat Ju, lepas tu pula Aida. Lepas tu cikgu Juna pun senyap. Muka cikgu Juna itu jam jadi serius sikit. kemudian cikgu Juna pun berkata " Ni bila pula ada budak cina dalam kelas ni? setahu saya semua melayu. Haa.. Ni anak cina mana ni.. Lim Bun Tat? Cepat mengaku. Tapi saya tahu sangat siapa ni!"

"Cilakak! macam mana aku buleh tak ingat kat buku aku tu aku tulis nama Lim Bun Tat!!" keluh Jali dekat Asrol. Itu jam bukan main sedap lagi Asrol gelak dekat Jali. Bukan selalu dia dapat peluang ini macam. Asrol ni duduk sebelah Jali kalu dalam kelas P tu. Lalu Jali pun berjalan secara tunduk tunduk kedepan untuk menuntut buku dia. Memang itu jam Jali rasa betul betul down. Tak dapat mengorat Maswan Fatihah masa sekolah rendah pun tak down macam ni.

"Saya tahu sangat awak punya ni Jali. Bila pula ada nama cina ni? Ni buku apa ni? sekejap bahasa melayu, selak sebelah kimia, selak lagi jadi Pendidikan Islam. Ni haa kat belakang ni gambar raksasa apa awak lukis ni?" soal cikgu Juna.

Jali itu jam steady tak steady mana dah, tapi dijawabnya. "Cikgu, ni nama samaran saya. Saya ni bukan taknak buat satu buku satu mata pelajaran. Saya cuma nak biar ada sifat muhibah antara mata pelajaran, sebab itu saya buat satu buku saja. Kalau kita buat buku asing asing, nanti ada perkauman antara mata pelajaran cikgu, tak manis kan ada sifat perkauman." tenang.. memang tenang dan tepat jawapan Jalii itu jam.

Lalu cikgu Juna pun mereply " Banyaklah awak punya muhibah la, perkauman lah. dah. Lim Bun Tat, saya nak awak buat lagi 3 rumusan dalam buku tulisan BAHASA MELAYU! bukan buku muhibah awak ni. esok pagi hantar! " Tegas suara cikgu Juna itu jam. Mahu tak mahu kena la juga Jali buat. Tapi dalam kepala Jali memang dah aim nak upah si  mat ju buat. Nanti buleh Jali upah ais krim yang Jali curi dari dewan makan. Jali.. Jali.. licik bukan main.

Lepas tu buleh tahan melekat juga lah nama Lim Bun Tat pada diri Jali. 

Monday, March 12, 2012

Rambo 5


Pada penghujung musim panas yang nak masuk ke musim luruh yang lepas, saya ada berjumpa dengan pasangan dari negara najip razak yang datang berbulan madu ke kampung saya, iaitu kampung tepi tasik. Entah apa lah yang bermain difikiran pasangan tersebut sehingga mereka teringin datang ke kampung tepi tasik ni. Selalunya kampung tepi tasik ni sering dipandang sepi oleh sekalian rakyat seluruh dunia. Sepengetahuan gua kampung tepi tasik ni runcit runcit saja, ada tasik, tiada pusat membeli belah serta tiada bangunan batang jagung macam dekat kolumpo.

Brader ni bernama abam Hamid dalam kurungan bukan nama sebenar, dan isterinya bernama kak Latipah dalam kurungan bukan nama sebenar juga. Gua berjumpa abam Hamid dengan oram rumahnya ni di pekan kampung tepi tasik. Itu jam gua baru pulang dari ibadah mengayuh basikal. Sedang gua mengayuh sambil menyanyi lagu bila cinta didusta, gua ternampak pasangan melayu ni tengah terhegeh hegeh jenguk peta. "Brader dengan akak tuh melayu kot, muka keruh saja aku tengok" getus gua dalam hati. Lalu gua pun menegur mereka dalam bahasa melayu. Ya, gua betei, mereka melayu, sesat tak jumpa jalan pulang ke tempat penginapan. Lalu gua pun memandu mereka tempat penginapan mereka.

Sambil tunjuk jalan gua pun sembang lah pungpang pungpang dengan abam Hamid. Ditanyanya gua ni mana asal, belajar kah bekerja, bujangkah sudah bekeluarga, berapa lama menetap disini serta berapa ramai populasi melayu di kampung tepi tasik. Dah macam kena soal siasat dengan abam polis pula gua rasa, padahal sepengetahuan gua abam Hamid ni bukan abam polis, dia abam Hamid. Dia ada syarikat sendiri di Kolumpo. Oram rumahnya pula seorang jurutera minyak dan gas. Ada sekali dia tanya gua, belajar bahasa melayu kat mana? lancar lain macam, siap loghat kelantan lagi. Itu jam gua diam. Diam tanda tak berkenan dengan soalan abam Hamid. 

Pungpang pungpang sembang, sampai lah ke tempat penginapan abam Hamid dengan oram rumahnya. Lalu, abam Hamid mempelawa gua untuk makan malam malam esoknya. Katanya oram rumah nak masak sedap sedap sikit. Gua pun secara turbo mereply, "kecil tapak tangan, padang bola saya tadahkan abam hamid" Abam Hamid senyum tanda setuju dengan pepatah gua.

***

Hari makan malam sudah tiba. Memang king oram rumah abam Hamid memasak. Dimasaknya "spaghetti " dengan "lamb steak". Sedap dia bukan runcit runcit. Pesen sedap sedap restoren mahal dekat kolumpo tu. Lepas makan kami bersembang. lalu abam Hamid pun memulakan perbualan sedikit serius dekat gua.

" Jom lah balik Malaysia, jadi kerani dekat syarikat abam. Jangan risau, abam bagi payment ok. RM1800 basic. Ok sangat dah ni untuk kerani." kata abam Hamid kepada gua.

"Eh, takpa lah abam Hamid, saya ni lulusan SPM saja. itu pun tunggang langgang, kan saya jadi kerani dengan syarikat syarikat abam Hamid tunggang langgang. Lagipun saya suka duduk disini" balas gua secara turbo.

 "Memang sini elok duduk, tapi jauh lah nak jumpa oram tua, makan pun susah jugak. Alah, kerani senang saja, bukak air cond, hantar surat, taip itu ini sikit sikit. kerja simple. Kira abam nak tolong kamu ni" tambah abam hamid yang cuba meyakinkan gua untuk pulang ke negara najib razak.

"Abam Hamid ni memang buat saya rasa macam Rambo betul. Datang jauh jauh dari kolumpo nak ajak saya kerja dengan abam Hamid. Rambo macam ni la abam Hamid, Oram pentagon masuk hutan cari Rambo sebab nak suruh "settle"kan misi. Tapi Rambo tu harap badan saja katang, tapi lembut hatinya, sebab tu dia amik offer oram pentagon." Reply gua. entah mana muncul Rambo itu jam gua pun tak tahu. memang gua main petikkk saja.

Abam Hamid tiba tiba senyap tidak reply, mukanya kelihatan serius. suasana menjadi diam diam cengkerik berbunyi.

okeh, nanti rajin kalu gua sambung. ha ha

*yang tulisan senget tu gua kencing saja. kah kah kah

Monday, February 20, 2012

Musim Panas

Sekarang musim panas tengah menaik dekat kampung gua. Jadi musim panas ni banyak aktiviti luar pintu yang buleh gua buat. Dari mandi ditasik, berbasikal, pergi mendaki, berlari lari sekitar kampung sampai lah berjemur di tepi tasik macam oram putih duduk buat. Tapi gua berjemur pakai seluar panjang dengan baju. Macam ni baru kita kata art of berjemur.  Jadi secara auto dia gua dah takdok ruang nak main belog, main upload gambau dekat belog lagi satu. ha ha! Main tuiter pun gua curi curi saja. Itu pun kadang kadang gua suruh saka gua yang handle. ha ha

Thursday, January 5, 2012

Perhimpunan


Isu perhimpunan pada kaca mata gua


Perhimpunan haram ni, sebenarnya kita tak buleh salahkan orang yang berhimpun tu, salahkan sistem persekolahan dan sistem pertadikaan. Dari tadika lagi dah diajar berhimpun. Bila habis sekolah, dah takda perhimpunan. Jadi mula la pelajar dahagakan perhimpunan dan melakukan perhimpunan haram. ye dak? ha ha -status fesbuk 02012012-


Isu adik Amalina pula,


adik Amalina, kalu adik nak tahu, orang kita ni kalu bab sebar mende tak molek memang turbo, jadi adik tak payah la buat perangai tak molek lepas tu kucar kacir suruh orang remove dari belog, tuiter dan kawasan sewaktu dengannya. kulit keruh pun ada hati nak jadi oram putih. haish! -status fesbuk 04012012-




*ada kelapangan kalu gua ulas panjang panjang, banyak juga gua nak pungpang pungpang. cuma tiada masa sikit.

Monday, January 2, 2012

2012

2011

Mende palem king gua pernah buat tahun 2011 adalah pergi ke negara Najip Razak untuk menjenguk mok dengan aboh gua! King, memang king lain macam perasaan dia.

Mende palem kodi pula adalah gua mengalami kecederaan hasil dari ibadah snobod gua. 24 hari juga cuti gua jadinya.

Secara luar sedar gua melakukan 3 bungy jump dan 2 swing. 1 skydiving, 29 hari snowboarding, 13 kali menaiki kapal terbang, 'burn' 3 tiket kapo terbang, pergi memburu arnab dan babi serta beberapa lagi aktiviti yang gua malas nak tulis. Makan mee rojak contohnya.

Gua tidak bercakap bahasa melayu secara 'real' selama 2 bulan lebih sikit sikit. Memang sebak rasa dia bila buleh bercakap secara 'real' ni. ha ha!



2012? Sesungguhnya tiada projek. Projek mega, runcit runcit mahupun ayam ayam. Cuma harapnya radio negara najip tak bubuh banyak sangat lagu koriya dalam radio. kesian gua yang nak dengar lagu melayu.

Gua akhiri entry pertama gua tahun 2012 dengan pantung 4 kerat ; 

Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri,
Lebih baik tak payah hujan,
Agar dapat kita berjalan.

Sunday, December 18, 2011

Fungsi padam

Gua tak jumpa mana seksyen tempat nak delete belog! apa cerit ni? Ke belogsepot ni pesen hakiki? Jenis kalu dah ada tak buleh delete? Nak suruh gua menulis juga la tuh!

Lagi 1 hal, Apa pasal pula entry gua yang bawah ada lokasi? misteri betei! Jenis ada lokasi ni lah buat gua jadi spirit menulis menaik. Gua dengan lokasi memang kacip. Permainan foursquare contohnya

Gua nak balas komen dekat sini ok rasanya.

cik hani gua ok. cuma pengetip kuku tertinggal dekat machangster
2 parhana gua memang seorang yang serius. juga pemalu
3 khaleeqa peh! licik lu. pandai betei main internet
4 foxychain foursquare tetap tersemat dalam hati. ha ha`
5 padh ada gua tuh. lu cari molek molek. dalam senarai sahabat abam poyo contohnya


Tiada Tajuk

Facebook, Twitter, Blog. Dari 3 mende ni lah aku kenal dan jumpa macam macam jenis umat manusia. Dari budak sekolah sampai ke pak cik pak cik. Dari orang kebiasaan sampai ke orang berpangkat Tan Sri. Dari 3 medium ni juga aku tahu perihal perihal agama, berita tanah air dan sihat sakit orang tua dekat kampung.

Tapi sedar tak sedar dari sini juga orang kenal aku. Tido bangun aku, sihat sakit aku, mana aku pergi, apa aku buat, apa aku makan. Mana yang selesa tu gelak, mana yang menyampah tu kutuk. Terima kasih dekat semua lu orang yang komen dekat blog, mention kt twitter, tag, komen dan like dekat facebook.

Masa sudah tiba, remember not only to say the right thing in the right place, but far more difficult still, to leave unsaid the wrong thing at the tempting moment.

Assalamualaikum.

Thursday, December 15, 2011

mengembara melihat negara najip razak : kisah bas

pengembaraan gua dimulakan dari machangster menuju ke kolumpo. Sebab gua rasa memang susah nak hitch hike, jadi gua menggunakan teknik bas dengan harga tiket RM 40. Stesen bus malam tu buleh tahan kosong. Industri makwe pun sunyi, gua syak bukan musim IPT nak buka.

Dalam industri bas ni, kalu musim IPT nak buka, dia memang meriah lain macam. Seri stesen bas pun menaik secara turbo. Makwe makwe IPT yang nak naik bas biasanya dia melawa lain macam. Jenis melawa bedak 2 inchi, pewangi badan setengah botol. Gua syak mungkin sebab pakwe dia nak jemput bila tiba nanti. Apa gila setelah berpisah 1 2 bulan, tiba tiba jumpa nak belanja pakwe bau asap bas ataupun bau minyak cap kapak.

Tengah sedap sedap gua menunggu ketibaan bas sambil berangan sikit sikit, tiba tiba gua ternampak 1 jejaka yang gua syak turut sama akan menaiki bas. Tapi brader, tak payah lah pakai jaket pesen bulu dekat kolar, topi gaya musim sejuk serta berkaca mata hitam. Dah pukul 9 malam dah woii! Gua nak syak K -pop pun tak berani sebab gua tengok kulit dia buleh tahan keruh juga. kah kah kah. Sonata musim salju runcit runcit la tu gua syak.

Beberapa Pengalaman Dan Pengajaran Yang Saya Dapat Sepanjang Pengembaraan Melihat Negara Najip Razak

Dekat sinun scene tutti frutti tengah menaik. Katanya ais krim yoghurt dan bagus untuk kesihatan. Katanya lah, tapi gua syak berat ke kencing saja tuh. Kedai dia pesen meniaga jual kilo. Gua dah pernah terai sekali. Peh! mahal betei! King punya mahal. Nasib baik gua menghadiri majlis pembukaan. Jadi dapat lah potongan 50 peratus. Tapi 50 peratus pun masih lagi RM8 juga gua kena. Makanan macam ni tak termampu untuk orang kampung. Gua syak adik adik pelajar pakai loan PTPTN serta tajaan Petronas buleh lah. Orang kerja gaji dua riban seminggu juga sesuai.

Dari utara membawa ke selatan, dari barat membawa ke timur, gua tengok gaya pemanduan sesetengah kutu dekat negara najip razak ni buleh tahan cilakak juga. Pesen bawa kereta nak mengamuk saja. Kesesakan lalu lintas sikit, mula nak potong kiri, cilok sana, cilok sini. Lepas cilok pula, dia tunjuk muka tak puas hati. Ada 1 kali ni time gua nak keluar simpang, tiba tiba ada sebuah kereta potong secara curi curi. sipi sipi nak terbabas juga gua sebab mengelak. Sekali gua hon. Dia reply dengan jari Fuck. Babi betul! Gua harap brader ni cepat eksiden.

Sistem pengangkutan awam dekat kolumpo terutama sekali KTM, ni king pula lembap serta suka mungkir janji dari segi masa. Bukan sekali gua kena, dalam 4 5 belas gua naik, 1 saja yang tepati janji. Yes, penuh dengan warga ah seng dari bangla, indo, myanmar, nepal serta drogba. Dia punya bau, peh! memang king woii. Gua harap KTM buleh asing coach ikut bau, wangi didepan, busuk di belakang. kah kah kah!

Seksyen makwe pula, gua tengok makwe makwe melayu sekarang buleh tahan juga pemakaian, serupa pakaian makwe oram putih time musim panas. Tak berani pula gua nak komen lebih seksyen ni. Risau kena santau. Tapi kalu makwe pakai tudung tapi pakai t shirt nampak ketiak ni gua nak masuk dalam kategori mana? pelik juga gua tengok.

Kalu 3 tahun lalu, gua selalu tengok buletin utama sebab nak tengok berita berita sensasi. Cerita mat rempit eksiden masuk sungai, banjir kilat di Kolumpo serta berita sukan yang mana seksyen sukan start jam 8.45 malam. Rumah gua takdok asteruk. Jadi TV3 tv palem king dekat rumah gua. Itu pun kena setting antena molek molek, kalu tak dia banyak semut atas muka Pan Chi Fei. TV 7 8 9 memang harom gua tak buleh tengok. Tapi apa cilanatnya gua balik hari tu buletin utama duduk tunjuk cerita perhimpunan agung UMNO. Sampai hati dia tirikan berita berita semasa. Rasa nak pukul Pang Chi Fei pun ada. Nasib baik Pang Chi Fei fasih berbahasa melayu

Gua dah malas, nanti rajin gua sambung. Tulis panjang panjang ni sebenar buat penat. Gua sendiri tak terbaca kadang tu. Apa lagi lu orang yang datang melawat. ha ha!

Wednesday, December 14, 2011

Hudud


Gua ni bukan jenis kutu sokong mana mana parti. Tak kira parti PAS, UMNO, BN, DAP ke ataupun partimah binti kasim sekali pun. Tapi gua kalu boleh nak tengok la parti mana yang memerintah tu buleh perintah dengan adil dan saksama. Amanah, tolong rakyat bukan tolong hulur duit dekat rakyat. Hulur duit ni budaya palem gua tak berkenan.

Ni video gua tengok tengah kecoh dekat fesbuk, tuiter serta mana mana medium internet. Kecoh betei, bukan kecoh runcit runcit. Memang kecoh lain macam juga. Jadi komen gua ringkas saja. Gua tak berpihak kepada mana mana parti, pihak atasan ataupun pihak bawahan. Lu orang nak bahan gua lu orang punya pasal. Jangan santau sudah, gua muda lagi ni. ha ha

"Pendapat gua, hudud ni hukum dari Allah s.w.t. Dia memang tak dok hudud PAS ke hudud UMNO ke hudud nik aziz ataupun hudud najip razak. Cuma yang gua nampak PAS ni dia cuba menjalankan hukum hudud. Tapi tak salah sebab dia cuba membawa hukum dari Quran. Lagi molek dari duduk ikut hukum oram kapir. Cubaan membawa hukum hudud ni hanyalah retorik politik PAS ke apa gua tak tahu lah kan. Tapi lagi molek la dari yang cuba menolak hukum Allah s.w.t. Yang gua nampak pula, kutu kutu yang tak tahu ni bukan main menolak lagi. Tolak tapi duduk diam ok lagi, tapi pesen tolak menghina pula. Apa gila terbongkok bongkok siang malam sembahyang tapi tolak hukum tuhan. Kalu tak tahu ni kena tanya alim ulamak, jangan main hina saja. Mende mende agama ni kalu tak kena cara boleh bawa ke terpesong akidah. Kalu malas nak tanya, duduk diam diam. Bukak kompiter main fesbuk. Apa pun gua tengok video ni agak melepasi batas. Kalu orang kapir yang buat video ni kita panggil deme tu tak hormat agama islam. Tapi kalu dah islam sendiri yang buat, kita nak panggil mende? Jahil buleh juga rasanya."

haish! macam macam juga negara najip razak ni.