Sunday, September 20, 2009

Luka Luka Aidilfitri

Asal raya sahaja gua jadi keliru, asal keliru saja mesti raya. Kes² macam ni buat kecik hati nak beraya. Tahun ni seminggu sebelum raya lagi gua dah keliru. Nak raya kat Interlaken ke nak beraya kat Kelantan. Interlaken kalu macam sunyi² sikit, nasi minyak tak ada, roti jala tak ada, ketupat kalu ada pun ketupat pesen express saja. Tapai? Peh toksah mimpi la nak ada. heh! Tapi gua into nak beraya kat Interlaken sebab lepas sembahyang raya dah buleh pergi main 'snowboarding'. Peh tu tak payah susah² menyorok dalam rumah sebab tak nak kasi duit raya dekat budak². Apa gila lu anak omputih pun pesen berjalan jalan minta duit raya kan? Lari dari tradisi Krismas jadinya.

Kes tempat beraya tu satu hal. Kes nak pilih baju raya pun satu hal yang buat gua keliru. tahun ni masuk tahun ke empat gua keliru dengan scene memilih baju raya buat pergi sembahyang. Asal pagi raya saja gua jadi pening, nak pakai baju raya yang tahun 2006 ke baju raya tahun 2005. Yang 2005 tu kaler biru, alaa.. macam biru Barisan Nasional sikit², kalu tahu 2006 pula kaler coklat, ada rupa kaler coklat cadburry yang ada biji badam kat dalam tuh. Kes² keliru macam ni gua macam tawar hati nak sembahyang raya. Ada juga kes² gua campur, seluar kaler biru, baju pula kaler coklat. Amcam? Adil tak gua? heh!

Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin. Dengan ingatan tulus eklas dari gua di Interlaken.

Friday, September 11, 2009

Luka Luka Ramadhan

Nasi beriani kambing, cendol, roti pita ayam, murtabak singapore, karipap tapak kaki, soya panas, terawih 2 rakaat, buka jam 7.13. kompiter, ceting dengan makwe, main menatang fesbuk, mata berat macam ada peti ais atas kelopak, badan penat macam lari 44.7KM, jiwa kosong, akal tak licik, hati tak berapa nak tenang, makwe macam nak lari, hanset berkredit 38 sen, kipas kelajuan nombor 5 tapi perlahan macam kelajuan 0.5, anjing menyalak, bulan tak berapa nak nampak, jiran main mercun macam esok pagi beraya.

Cilakak! susah benar nak tidur. Gua punya la aim nak mimpi sedap² ini malam. Ini belum masuk kes kes bersabit lain. Tak bangun sahur contohnya. Nanti siapa nak tolong puasa untuk gua esok? Risau juga gua.

Wednesday, September 2, 2009

Liku Liku Ramadhan

di tengah malam
seekor cicak
jatuh
menimpa
papan kekunci
gua tersentak
sebelum
entry
macam celaka
ini gua karang!

* Gua ingin menulis!