Friday, January 1, 2010

2 0 1 0

Azam gua tahun ni tak mega macam tahun dulu². Kalu tahun dulu azam gua memang mega super. Kalu Azam bin Mamat dengar gua punya azam pun buleh terkesima. Silap hari bulan buleh masuk wad kecemasan. Berkahwin dengan Niki Gudex contohnya. Lu orang kenal tak Niki Gudex ni? Aaah.. cilakak! sorang pun tak kenal.

Ini belum masuk lagi azam gua tahun 2009 ari tu, gua berazam menceburi bidang MLM. Orang kabor masuk 3 bulan dah buleh pakai Honda sivik, 6 bulan tukau ke BMW yang siri kodi², masuk setahun. Peh! kereta sukan dari jenama Nissan 3 buah kat depan rumah. Kat bibik pun gua mampu kasi Mini Cooper yang model paling baru dalam pasaran Italy. Cilakak punya MLM. Penat gua tulis azam tahun 2009 dulu. Sikit pun tak tercapai. Memang terguris betul hati azam itu jam.

Untuk tahun 2010, azam gua nak ringkas, tenang, padu, mazidul akmal sidik, karamsingh walia serta renung renungkan dan selamat beramal. Gua nak potong rambut gaya Mark Dacascos, baru la semangat paranawei gua untuk 2010 ni lebih in dan mari. Mana weh kedai gunting yang buleh buat gaya rambut Mark Dacascos ni?



Tapi gua syak kalu pekena MLM lagi setahun sedap jugak! heh!

3 comments:

H.A.N.I.E said...

haa..lepas tu tahun dpn..jgn lupa buat entry kecewa, patah hati, cerita sembilu psl MLM lg ye..

hahahah!

Darkk said...

Hoh. Lu kena rajin lah. Lu mula kan dengan meng MLM kan mat rempit. Jadi kan mat rempit tu satu jenama MLM baru.

jo said...

dah kaya kang jgn lupa kontek gua ye..