Monday, March 12, 2012

Rambo 5


Pada penghujung musim panas yang nak masuk ke musim luruh yang lepas, saya ada berjumpa dengan pasangan dari negara najip razak yang datang berbulan madu ke kampung saya, iaitu kampung tepi tasik. Entah apa lah yang bermain difikiran pasangan tersebut sehingga mereka teringin datang ke kampung tepi tasik ni. Selalunya kampung tepi tasik ni sering dipandang sepi oleh sekalian rakyat seluruh dunia. Sepengetahuan gua kampung tepi tasik ni runcit runcit saja, ada tasik, tiada pusat membeli belah serta tiada bangunan batang jagung macam dekat kolumpo.

Brader ni bernama abam Hamid dalam kurungan bukan nama sebenar, dan isterinya bernama kak Latipah dalam kurungan bukan nama sebenar juga. Gua berjumpa abam Hamid dengan oram rumahnya ni di pekan kampung tepi tasik. Itu jam gua baru pulang dari ibadah mengayuh basikal. Sedang gua mengayuh sambil menyanyi lagu bila cinta didusta, gua ternampak pasangan melayu ni tengah terhegeh hegeh jenguk peta. "Brader dengan akak tuh melayu kot, muka keruh saja aku tengok" getus gua dalam hati. Lalu gua pun menegur mereka dalam bahasa melayu. Ya, gua betei, mereka melayu, sesat tak jumpa jalan pulang ke tempat penginapan. Lalu gua pun memandu mereka tempat penginapan mereka.

Sambil tunjuk jalan gua pun sembang lah pungpang pungpang dengan abam Hamid. Ditanyanya gua ni mana asal, belajar kah bekerja, bujangkah sudah bekeluarga, berapa lama menetap disini serta berapa ramai populasi melayu di kampung tepi tasik. Dah macam kena soal siasat dengan abam polis pula gua rasa, padahal sepengetahuan gua abam Hamid ni bukan abam polis, dia abam Hamid. Dia ada syarikat sendiri di Kolumpo. Oram rumahnya pula seorang jurutera minyak dan gas. Ada sekali dia tanya gua, belajar bahasa melayu kat mana? lancar lain macam, siap loghat kelantan lagi. Itu jam gua diam. Diam tanda tak berkenan dengan soalan abam Hamid. 

Pungpang pungpang sembang, sampai lah ke tempat penginapan abam Hamid dengan oram rumahnya. Lalu, abam Hamid mempelawa gua untuk makan malam malam esoknya. Katanya oram rumah nak masak sedap sedap sikit. Gua pun secara turbo mereply, "kecil tapak tangan, padang bola saya tadahkan abam hamid" Abam Hamid senyum tanda setuju dengan pepatah gua.

***

Hari makan malam sudah tiba. Memang king oram rumah abam Hamid memasak. Dimasaknya "spaghetti " dengan "lamb steak". Sedap dia bukan runcit runcit. Pesen sedap sedap restoren mahal dekat kolumpo tu. Lepas makan kami bersembang. lalu abam Hamid pun memulakan perbualan sedikit serius dekat gua.

" Jom lah balik Malaysia, jadi kerani dekat syarikat abam. Jangan risau, abam bagi payment ok. RM1800 basic. Ok sangat dah ni untuk kerani." kata abam Hamid kepada gua.

"Eh, takpa lah abam Hamid, saya ni lulusan SPM saja. itu pun tunggang langgang, kan saya jadi kerani dengan syarikat syarikat abam Hamid tunggang langgang. Lagipun saya suka duduk disini" balas gua secara turbo.

 "Memang sini elok duduk, tapi jauh lah nak jumpa oram tua, makan pun susah jugak. Alah, kerani senang saja, bukak air cond, hantar surat, taip itu ini sikit sikit. kerja simple. Kira abam nak tolong kamu ni" tambah abam hamid yang cuba meyakinkan gua untuk pulang ke negara najib razak.

"Abam Hamid ni memang buat saya rasa macam Rambo betul. Datang jauh jauh dari kolumpo nak ajak saya kerja dengan abam Hamid. Rambo macam ni la abam Hamid, Oram pentagon masuk hutan cari Rambo sebab nak suruh "settle"kan misi. Tapi Rambo tu harap badan saja katang, tapi lembut hatinya, sebab tu dia amik offer oram pentagon." Reply gua. entah mana muncul Rambo itu jam gua pun tak tahu. memang gua main petikkk saja.

Abam Hamid tiba tiba senyap tidak reply, mukanya kelihatan serius. suasana menjadi diam diam cengkerik berbunyi.

okeh, nanti rajin kalu gua sambung. ha ha

*yang tulisan senget tu gua kencing saja. kah kah kah

6 comments:

apei said...

hahaha.. gua pun aneh dengan idea rambo lu tu. lain mcm lari topik nyer.

hanie said...

jadi..kaitan rambo dengan lu??

part hati jambu ke??

hahahahaha..

❀aRaBeLLa❀ said...

"Ada sekali dia tanya gua, belajar bahasa melayu kat mana? lancar lain macam, siap loghat kelantan lagi. Itu jam gua diam. Diam tanda tak berkenan dengan soalan abam Hamid. "

Dia syak lu oram nepal dak?

PutriesNoora said...

aiseyyy tengah syok baca leh bersambung plak....cepat2 sambung..xleh tido kang=D

foxychain said...

Your story, never fails to make me smile :)

Darab Dua said...

@apei
gua ni mmg betul main petik itu jam. kah kah kah
'
@hanie
hati sekeras hati rambo. kah kah kah

@arabella
dia syak gua russia. kah kah kah

@PutriesNoora
kalu nasib baik bersambunglah dia. ha ha

@foxychain
cerita lintang pukang nama dia. ha ha