Ringkas saja fakta gua nak kabor dekat lu orang hari ni.
Dari tingkap rumah gua ni, lu orang buleh nampak beberapa lokasi pengambaran cerita Lord Of The Ring. Lord Of The Ring yang mana satu gua tak pasti pula. Dan brader team naik kuda dalam cerita tu kerja dekat hotel.
Dekat Niu Zilen, penggunaan istilah seperti ; love, dear, sweetie, honey tidak digunakan untuk makwe lu orang, tapi digunakan secara umum untuk rakan serumah, rakan sekerja serta kanak kanak kecil ataupun bayi. Jadi kalu lu orang datang sini, jangan mudah perasan bila brader drebar bas sembang ada istilah di atas pada hujung ayat. ha ha!
Dekat Niu Zilen juga, kalu ada signboard "terima kasih, sila datang lagi" kat sini dia bukan tulis "thank you, please come again." tapi dia tulis "Thank you, please call again."
Suhu palem panas gua penah rasa semenjak duduk Queenstown adalah 26 darjah sewaktu musim panas, dia punya panas lain macam weh! rumah gua pula pesen tiada kipas mahupun alat penyaman udara. Jadi secara auto gua paham kenapa orang putih pesen suka pakai baju kecik dimusim panas.
Suhu palem sejuk pernah gua rasa pula adalah -14 darjah time winter. Memang lain macam dia punya sejuk. Sejuk macam ni, gua ingat nyamuk pun tak buleh terbang.
Sepanjang gua menetap di Niu Zilen, gua tak pernah lagi jumpa rumah yang mempunyai kipas siling ataupun alat penyaman udara.
mende lagi lu orang nak tahu? meh kabor topik, gua bulih kupas secara ilmiah! keh keh keh!