Wednesday, October 22, 2008

Cabaran Pulau Perhentian 2008

ku lari ke pantai kemudian kepenatan
ku lari ke laut kemudian kelemasan
ku lari ke hutan kemudian kepancitan
atau aku harus ke khemah lantas ketiduran?

Tuh le story trek cabaran pulau perhentian 2008 beberapa hari nan sudah. Dia punya penat memang champion! Berombak ombak dada gua bernapas, nasib jantung melekat lagi dalam dada. Gua ingat kalau lari lagi 2 jam boleh muntah jantung. Minum Gaviscon tuh pon tak boleh hilang dia punya penat. Gua sendiri pon tak tahu macam mana gua terlibat dalam scene berlari kategori tegar nih. Gua nih bukan la atlit mahupun ahli sukan. Futsal pun gua tak main, bola sepak yang kt tengah padang tuh jauh skali la. Gua ni sekadar peminat sukan runcit2 saja. Tapi yang gua terhegeh hegeh terlibat dengan scene berlari ni pasal apa?

Tapi gua tengok orang atlit jenis ni boleh tahan dia punya pelik. Ada yang makan cokelat power bar tuh macam makan nasi. Peh! memang selera lain macam gua tengok dia melantak. Sampai menjilat plastik pembalut. Tapi malam tuh takde pulak gua nampak dia naik pentas ambik hadiah. apehal? tak mujarab ke power bar lu brader? heh! Tapi jangan terkejut, ada sesetengah kes tuh gua tengok kencing pon sambil berlari, tangan pulak galak tunggang air RedBull. Gua syak ni kes takut kena potong dengan atlit yang lain. Tegar benar brader kejar hadiah.

Kesan sampingan daripada scene cabaran pulau perhentian, ibu jari kaki belah kanan gua cedera tak berapa nak parah, kaki kiri gua melecet. Gua ingat kaki gua gagah level Rambo. Itu yang berani lari tak pakai stokin. Gua tak berapa nak story pengalaman sepanjang perlumbaan. Bukan gua pemalas, tapi semua pengalaman yang gua harungi haram tak manis langsung, semua dok berat ke tragis saja. Memang betul punya tragedi oktober.

Jangan tanya gua dapat nombor berapa. Tapi tanya gua, "Lu abis tak perlumbaan gampang ni?"

notadarabdua: kepada mamat ghana yang menang tuh, taun depan lu masuk lagi gua nak pukul curik dari blakang. tak nak kasi lu menang! haha!

13 comments:

mrblind said...

bile la gua nak merasa pergi ke pulau..

alif-mikail said...

baik abg brader kasi jurus hikmat nagasaki dari belakang kat dia..


<sempat lagi nak nuntut dengan koi ni hahahahaha>

DarabDua said...

mrblind,
pegi cpat2 bro sementara usia masih hijau ni.

DarabDua said...

alif-mikail,
ok jugak gua tgk nama jurus lu nih
heh!

faridz yunus said...

brapa ongkos klu nak g sane?

farhanaLicious said...

adeh. saya yang duk kat besut pon ta penah gi pulau phentian tu. uhu

cherrybomb said...

hahaha
blog mung meme tidak pernah gagal untuk membuat org kering gusi.loni mcya jadi peminat setia blog mung.haha.syabas dpt no.29 out of 250 kn?puisi atas tu buleh doh slow slow gati rangga.haha

Dzulkarnain Mohamad said...

aku port kt kemaman..

jauh kot pulau perhentian tu..nk jugak pegi

poyotito's said...

HA HA HA!
itu hari kemain beli tight bagai!
gua ingat ke ada la sangkut top ten ke hapa..

tapi lu memang steady pasal lari tak pakai stokin.

Ojie said...

hahaha patut ar siap beli tight bagai ari tuh..xpela lu xmenang pn gua kagum gak kalo lu dpt abeskan bende tuh..

DarabDua said...

faridz yunus,
event yg gua join tuh rm170 all in dr kl.

farhanalicious,
rugi tuh. klu gua, mau tiap2 bulan pegi sana.

cherrybomb,
penulisan time2 puas ginih la. ngaruk kokse. haha
hoh! jange gege, malu aku. klu top 10 ok jugok. hehe~
rangga nge cinta lg hebat.

Dzulkarnain Mohamad,
pegi redang le. lg cun bro.

poyotito's,
heh! tight tuh penaik semangat bai.
gila lu nk top 10, atma, navyseal, ghana tuh gua nk letak mana.
haha~!

ojie,
dpt abis tuh pon gua dah rasa jalan nk dabik dada!
haha~

o-y-e-t-t said...

owh.....jiwa atlit nih

poyotito's said...

peh!kalau camtu memang gua tabik kat lu beb!!

lu silap tak pakai stokin je tu..

HA HA!