Thursday, October 23, 2008

Gua memang anti aktiviti melangsir

Tengah syok gua baca NST online kt depan pc ni, tiba² perut gua memulas lain macam. Dia semacam telan julat o` ais tiga gelas jugak la. Gua syak kak midah taruk julat la dalam nasi berlauk pagi tadi. Ni yang buat gua hangin nih! Lantas gua berlari ke bilik sebab nak pekena uniform ke jamban. Tengah tiptop gua bukak langkah pecutan cabaran pulau perhentian ari tuh, tiba²..

"PANG!!!" suasana senyap 2 3 saat. "erk!... sakit duhhh.." Otak gua tetiba jadi tak produktif nak mencarut. Dia punya pening tuh gua ingat macam pekena tuak masam tapi berat ke telan panadol activefast lagi rasanya. Ini yang gua tak berapa nak setuju dengan aktiviti melangsir di wilayah pintu bilik atau mana² wilayah pintu yang gua guna untuk lalu lalang. Mana lah gua tahu status pintu tuh terbuka ke terutup. Gua main lalu saja, setahu gua memang pintu bilik gua haram tak pernah berstatus tertutup.

Sekarang habis pecah selera gua nak ke jamban. Perasaan sakit perut ntah ke mana pegi. Kepala gua pon dah mula benjol macam kartun tom and jerry bilamana jerry kena tibai dengan kayu besbol. Nih kejap lagi sape nak tolong gua masak sup tulang? kain bertimbun tuh sape nak pegi jemur? Mood gua nak pergi pasar malam petang nanti dah mula kabur. Apa gila gua nak pegi jenguk awek UITM kat pasar malam dengan kepala benjol macam ni. Nanti mula la kena tuduh gua bergaduh dengan isteri kat rumah. Tak ke menambah keharu biru tuh.

cilakak! sakit juga langgar pintu kayu nih dengan kelajuan atlit triathlon!

17 comments:

alif-mikail said...

aduula.. letih koi gelak...

so dah ok ke dahi... ha har har

Ojie said...

"Nih kejap lagi sape nak tolong gua masak sup tulang? kain bertimbun tuh sape nak pegi jemur?"

kenapa gua rasa lu mcm ayu je nih?
hahaha...

Darab Dua said...

alif-mikail,
benjol lg beb!
lu syak benjol kekal ke nih?

ojie,
gua kt kg nih. kontrak pn. murni mmg gua ambik alih.
hahaha~

mrblind said...

nasib baik pintu kayu..kalu pintu besi mau pecah dahi lu..hahaha

poyotito said...

gua tau la lu atlit brader..
takkan semua aktiviti lu nak pekena pecut gaya atlit?





err..tuak masam tu lain macam dia punya pergi beb!bertahun dah gua tak pekena tu...

FarhanaLicious said...

ahahaha. lawak la. mcm bebudak. kesian pun ada. uhuhu~~

biskutrajin said...

tengok kanan...tgk kirii...baru redah..

Anem Arnamee said...

(^_^)

Anonymous said...

biar lambat asal selamat. ekekek..

Anonymous said...

ops..terlupa nk bg intro.

salam kenal. 1st time mai sini.

Darab Dua said...

mrblind,
pintu besi kalu, ICU menanti gua la crita dia. heh!

poyotito`s,
biasa lah. dia pnya demam lari tak abis lg. tggu mggu depan tgk. gua merangkak saja.

farhanalicious,
berdengung kepala beb!

biskutrajin,
gua tak berapa sempat nk tgk mana2, nampak jamban saja.

arnamee,
:D

cikin,
salam jugak.
senang2 datang lah lagi cik ye.
heh!

FarhanaLicious said...

mesti kepala da macam alien. besar. hahaha~

Darab Dua said...

farhanalicious,
kepala gua dh beransur pulih ni!

Nurul Farhanna said...

aku suka kalau pasang tirai je. hadeyh sakit bebeno tu pintu kayu. kayu ape?

Azira Y said...

gahahah
tu ler..
pakai redah jer ;p

Darab Dua said...

nana,
tak pasang2 apa lagi indah gua syak. kecelakaan pon tak ada. kayu apa gua tatau. tp keras jugak. heh!

Princess Azi,
gua emergency. itu redah saja!

.::c!kzUrA::. said...

haha..cian kat lu beb!!buang je la langsir tu..takpon, cabut je pintu blik lu tu..kehkeh..