Saturday, October 25, 2008

Slot Samarinda Tuh Selasa Sampai Khamis Saja

Neraka pada jiwa yang sia sia.
Neraka pada sabda yang tiada pernah dikota.

aaah.. kepala gua dah start terhangguk hanguk macam ahli kumpulan tabligh dok berzikir. Mata gua mula sepet semacam orang negara matahari terbit. Kan bagus kalau gua ada bilik macam dalam slot samarinda tuh. Sambil menaip sambil baring atas katil. Bila mengantuk, gua tarik saja selimut tebal jenama aussino bertilamkan vono. Tangan kanan menekan alat kawalan jauh. "tett.. tett.." gua setkan penghawa dingin pada suhu 15 darjah celcius. Tangan kiri pula mencapai suis lampu tidur. "tap!" Bilik tidur gua makin lama makin gelap. Lampu jenis canggih ni dia tak terus gelap gelita. Owh.. gua lupa setkan jam di atas meja sebelah lampu tidur tadi.. "tiit..titt..titt" jam digital itu gua set. Peh! memang solid kalau macam ni. Tapi sekarang, nak tidur gua kena bangun tutup lampu, pulas suis kipas jadi nombor 5, gua kena bangun shutdown kompiter, gua kena carik nset nak set alarm. Tak ke kacau selera tido gua. Kalau lah gua samarinda..

13 comments:

poyotito said...

ah ye!
lu kalau boleh berak pun nak pakai remote gua syak ni.

haha

Wan Farhanim said...

haha.ini dah nama bapak pemalas ni.samarinda tu crito sutra maya ko?aku mengimpikan bilik seperti highland estate.nampak sejuk dan seram.

FarhanaLicious said...

erk. cite ape tuh? uhu. saya jahil TV. ta penah amek tau sal rancangan tv. huhuhu~

Darab Dua said...

poyotito`s
berak kalu gua nak jamban air cond. peh tuh paip macam hotel tuh.

cherrybomb,
haha! samarinda tuh slot tv3 pukol 10.30mlm. lo ni dok tunjuk crito kasih iftitah. higland estate. lg ganah. haha~

farhanalicious,
nih slot kt tv3 nun.
haa.. mlm rabu nnt lu tgk.

.farah. said...

lu nk jd samarinda..? samar samar ada la.. haha.

Darab Dua said...

farah,
aaa lu. jeles la tuh.
samar pon samar la.
janji samarinda

Nurul Farhanna said...

hahaha. zaman dah berubah dunia dah maju. sume nak senang-senang je. untung lah kite yang tak dpt merasa mcm samarinda tu. kalau tak, mau makan mase menaon tu nak pulas kipas jadi nombor 5.

Fadh Rahman said...

aku sokong ko poyotito...klau dah dasar malas tue...semuanya kira nak senang jer...

Wardrobe kita said...

tu lah..aku pn idamkan keadaan mcm tu jugak..huaaa....mmg x akan dapat.tutup la sendiri lampu tu x pun tembak jea mentol pakai pistol mcm mr.bean..

tasekM said...

ye, sarapan pagi minum air oren... isk... tak boleh pergi aku haih~






:)

Darab Dua said...

nana,
itu lah! sgt bertuah. gua ingat dpt merasa 3 bulan sudah cantik!

akumasihdisini,
gua tgk samarinda senang. gua pon nk senang jugak! haha~

Qaseh.Darwisy,
haa.. gua tau, ramai yg nk jd samarinda. heh!

tasikmerah,
peh! klu dh minum oren pg. ini true punya samarinda

Anonymous said...

lagi syok kalau ade org yg tolong buat tu semua. kita cuma landing atas katil, layan mata je. heheh

.::c!kzUrA::. said...

amboi..selere beso tuh! :P