Tuesday, November 18, 2008

Orang Berpengalaman Kabor Kat Gua, Hidup Ini Harus Ada Kepelbagaian

En. Bakeri pernah kabor kat gua, hidup ini harus ada kepelbagaian. Dia kabor kat gua kepelbagaian dalam semua aspek. Aaahh.. cilakak! Kepelbagaian la, aspek la. Gua dah jadi kabur dah itu jam. Dia kabor lagi. Tak kira la aspek mana yang gua terjah, aspek pemakanan, permainan, pembelajaran, pemakaian, sehingga la aspek pengoratan gadis. Tapi satu saja lu jangan dok pelbagai. Aspek beragama. Dia kabor, kalu gua pelbagai itu aspek, bukan setakat paranawei dengan ong bak dia nak bagi kat gua. Silap² scene tembak menembak macam mission imposibble tu boleh berlaku.

Sekarang gua baru paham, kepelbagaian aspek pemakanan tu begini, lu siang malam makan, kalu pegi kedai jangan dok order air teh tarik dengan nasi goreng ayam saja. Cuba la lu order chicken chop dengan fresh oren ka skali skala. Gua tahu, ada sesetengah kes tuh asal lepak mamak saja nasi goreng ayam dengan teh tarik, asal teh tarik saja kedai mamak! gila tak kepelbagaian.

Kalu dari kecik sampai besau lu dok main bola saja. Haram tak pernah cuba main menda alah lain. Ini dia nama tak reti langsung nak cuba kepelbagaian dalam bersukan. Lu kena cuba main takraw ke, baru tradisional melayu orang tua kabor. Kalu lu dari kecik nak jadi askar tapi tak layak sebab dada tak cukup bidang, lu boleh cuba paintball. Game ni boleh ketagih ni! Paling kodi pon cuba la main berebut tiang dengan osmate. Tak ke kepelbagaian yang mengundang makian jiran tetangga tuh!

Jadi bagi menyeru seruan kepelbagaian yang en. Bakeri kabor kat gua dulu, gua cuba sukan golf beberapa ketika nan lalu. Ada sorang osmate gua kabor ini macam " aaahh.. lu duit baki dalam CIMB gua tengok rm21.90 pon ada hati nak main golf ke? Golf ni untuk orang kaya raya weh! Tak kaya kalu main, kena ketulah!" cilakak! gila tak bagi sokongan moral langsung kat gua. Golf ni pesen kalu nak main kena pakai baju cantik sikit. Paling kodi pon pesen berkolar, seluar lu tak boleh sedap² jean. Kena pakai slack pesen side tajam tuh. Kena silap² boleh luka.

Hari yang dinantikan gua telah tiba, gua pakai kemas ini hari. Lepas saja member gua tuh skolahkan gua macam mana nk pukul, gua pon cuba lah untuk kali pertama dalam hidup gua. Gua hayun. Peh! itu jam gua dapat rasa gaya gua memang macam Tiger woods brader! Hayunan gua dah kemas, "Tang!" bunyi pukulan gua tepat kena pada bola yang gua aim tuh. Tapi beberapa milisaat lepas bunyi "tang" tuh ada bunyi susulan. "prak!" bunyi semacam kita patah² kan jari tuh. Itu jam gua hanya mampu "erkkkk.. cilakak! sakit wehh!!!" Memang palat weh! gua tak tahu silap gua kat mana, rasa nak tertanggal bahu gua. Dia semacam terkehel saja. Gua dah mula debor dah. Risau true punya, kan tulang clavical gua patah kan. Naya gua. Member gua tuh semua memang tak guna. Ada patut bantai gelak. Tak persahabatan langsung. Aaahh.. itu le pukulan solo satu satunya yang gua kerjakan. Tak nak dah gua pukul. Memang betul la yang member gua tadi kabor. Baki CIMB lu RM21.90 kalu, jangan dok gatal nak main GOLF weh! Kena tulah lu tanggung!


Gua syak gaya gua dah 10/10 dah! HA HA!



23 comments:

Faridz Yunus said...

main golf kg sudah..aku main sokmo klu musim buah gak.peluh xsoh royak la..hahahaa

Ojie said...

apa barang main golf..main konda kondi lagi bagus..nk tradisional lg main ting-ting..baru true melayu namanya tuh..hehehe

Wardrobe kita said...

Hehheehh..lu cuba lagi 2 3 kali bleh ketagih beb!tapi haram aku x slesa cara pegang benda alah kayu besi tuh. pukul pakai senduk lagi best gamak nyeh!

ijan said...

time kecik aku penah pelbagaikan sukan golf ngan pukul bola tennis ngan kayu golf bapak aku...

mrblind said...

main golf buat sakit ati je..pukul lepas tu kutip..baik main hoki..kita pukul orang lain balas..hahaha..

.farah. said...

hek eleh..tak tradisional langsung. tak orang lama la cenggini..

Anonymous said...

takde pekdah la main golf ni. baik ko tebas lalang lagi bagus. hahahahaa..

Rahimin Idris said...

ah, par la, birdie la, bogel la. haram jadah satu pun aku tak reti. tapi gua kalau dapat kereta buggy tu nak jugak try sepam!

Anonymous said...

ada main golg
main baling selipar lah
kalau nak pelbagai
main baling tin pulak

Azira Y said...

golf-sukan yg xrugi kalau tak cuba.
hahahah
tp aku nk gak rase cane nk pukul die
kot2 terkehel cam lu gak ke
haha ;p

tasekM said...

21.90? ah. belanja gua kepsi lepas tu.. ha ha.

dzul said...

dulu aku memang suka main golf. nak hayun tu kena aim betu2 bukan senang..tp skang aku dah tak main sbb game ni dh x install kat komputer..

Fadh Rahman said...

dulu gua selalu main golf percuma lagi...kat bera ada padang golf tapi gua tak main kat situ...apa kelas bai...gua selalu layan harimau kayu...tapi selalu gua kalah bai...tapi yang tak syoknyer tengah gua khusyuk aim lubang...anak gua datang tarik tangan gua...last2 gua jual handset sony ericson p990i tue..padan muka gua ha ha ha ha

mart gee said...

haih
tgk mcm aku
register ja
x pernah p langsung

@tune® said...

Golongan
Orang
Lemah
Fikiran...

GOLF...kakakkaa

hzrh said...

pehh..gaya lu tuh,Tiger Woods tgk,maw tangkap leleh..sipa mntk otograf lu lagik!
haha

ps:bai,jom main berebut tiang..gua takde geng ah!haha..

FarhanaLicious said...

gua penah main benda ni dulu. tapi agak tak bes la. sume yang main tu suka berlagak. ceh!

oyett said...

beb..mari kita menyabit sama2..wa dah lama gak tak menyabit nih...weihhh..lagik satu kepelbagaian...pelbagaikan awek2...mesti lu dpt pelbagai gaya pukulan susur nanti...

hzrh said...

bai..lu telah gua tag dgn sengaja gara2 terpesona dgn aksi tiger woods lu tuh
haha

Darab Dua said...

faridz,
hah! golf kg kawe main jugok!

ojie,
gua champion konda kondi bai zama pra matang dolu!

qaseh,
hah! ini gua setuju.
tp pukul pakai raket menarik jugak!

sultan,
kretip lu! tak kena pukul dengan abah lu ka?

mrblind,
lu bli bola byk2. pukul tak payah kutip.
ahaha~

.farah.
gua org baru le lg.
heh!

cikin,
hah! kontrak menebas gua mmg tak lepas!

rahimin,
gua dh tny, sewa ni rm30 jugak!
tp btul la, dpt drift dgn buggy nih menangkap jugak!

yan hashim,
main baling tin gua cukup suka!

princess azi,
lu cuba la brani! sakit weh!

tasik merah,
tak nak gua! kan tak berisi minyak yamaha berkuasa rendah gua tuh!

Dzulkarnain Mohamad,
cilakak!
nih golf pesen malas nama dia

fadh,
nih lg sorg, golf pesen malas benar nih!
haha~

mat mimpi,
lu cuba try skali le. tgk power ta power!

atune,
hah! kretip lu!

this.is.not.me,
ini gua setuju. lu tak nak mintak sign ka?

gua dh cukup geng ni nak main.

farhanalicious,
tak reti tak best!
tp btul la. tak berapa nk best!

oyek,
tak nak gua menyabit!
sakit blakang weh!

Wan Farhanim said...

pehhh...corporate strek demo.lpah ni saing nga datuk ali laa..haha

l.i.f.e said...

hehe aku setuju dgn min. dpt buggy tu boleh wat merempit kat golf course. best best
apa kata main ceper ke, main dam ular ke, main batu seremban ke, lg best. takde lah perlu aktiviti fizikal sgt

cikhajar said...

perghhh sangat korporat hokay main golf...

pasni kiter nak khatamkan blog ni ketika di dlm kelas laks... blog poyotito org kg ku udah selesai ku khatamkan...

selamat berblog...