Monday, November 17, 2008

Pengalaman Kali Pertama Gua Masuk Itu GSC Midvalley Mega Mall Secara Jemaah

Cuaca kota metropolitan Kuala Lumpur hari ini memang solid! Dia sedap sedap untuk berjalan. Tidak panas macam kebiasaan tuh, tidak jugak hujan yang mengundang scene banjir kilat tuh jugak. Dia memang sedap² lah orang kabor! Gua syak cuaca pesen nih memang menjadi sasaran pendatang asing nak melepak taman depan KLCC nuh. Tapi itu kat luar, gua itu jam sudah berada dalam Midvalley Mega Mall. Hujan ke, ribut ke, panas level sahara ke., gua bukan tahu. Kalu MRR2 runtuh? Lagi la gua tak tahu.

"trekk..trekk.." bunyi hanset kodi gua, tanda sistem pesanan ringkas diterima la tuh. " U ol kat mana tuh? Aminah ( sah! bukan nama sebenar ) dah kat depan GSC ni" begitu lah kandungan mesej aminah. "U ol? u ol jadahnya, gua solo nih. Tengah khusyuk layan berangan beli baju mahal kat RSH ni." getus hati kecil gua. Itu jam jugak gua balas "tunggu situ! aku sampai sepantas kilat!" Sampai saja depan GSC tuh gua dah nampak 3 musibat. Yang 2 orang ni memang gua kenal. Aminah dan teman lelaki dia Ramli ( bukan nama sebenau jugak ) merangkap teman baik gua. Sampai sana gua dikenalkan dengan musibat yang gua tak kenal tuh. Nama dia apa ntah, gua lupa. Tapi gua taruk sini sebagai Kadijah lah.

Pung pang pung pang sembang, kenal runcit², Aminah lantas mencelah "Jom masuk! muvi dah nak start ni. u ol tak nak beli pop corn ke?" huh! Aminah ni gua syak memang pesen u ol la. "Tak into pop corn la hari ni." jawab gua, padahal gua terkinja kinja nak, tapi sen gua tak berapa nak ada. Itu sebab gua berlakon tak nak. "Kita nak tgk muvi apa ni?" gua bertanya. " Kan tadi dah bagitau" sound Aminah kat gua. Ntah bila dia bagitau gua pon tak perasan.

Gua tengok ni crita omputih. Baru saja tayangan bermula. Tiba² gua jadi cenderung nak mencarut. Jadahnya crita omputih tapi itu sari kata tulis bahasa cina? Gua kat messia ni! bukan Shanghai brader! Gua dah la bahasa omputih paham 2 3 kerat saja. Bahasa cina tuh lagi la, gua tahu "lancau" saja. Itu pun gua tak tahu apa maksud. Gua tumpu segala perhatian nak paham ini crita. Crita ni berlaku di zaman yang gadis omputih pakai baju gaun besau kat bawah tuh. Pembesar ke raja sorang tuh gua tak tahu pesen mana, dia berkenan kat sorang gadis nih, padahal dia dah ada permaisuri. Pehtu dia mintak dengan bini dia nak berpoligami. Bini dia tuh on saja. Kasi lampu hijau. Apa lagi, deme 2 tuh kawen lah. Dah adat orang kawen, mesti la ada buat projek bukan? Lepas tuh bini baru dia tuh bunting. Dalam masa bini dia bunting tuh dia tak boleh buat projek la. Apa gila kan bunting² lu nak buat projek. Jadi raja tuh pon berkenan dekat adik bini dia tuh. Gua syak raja ni gersang benar. Hoh! menangis la si kakak tuh. Raja tuh pon buat projek dengan adik bini dia tanpa pengetahuan sesiapa.

"Pap!" tiba² gelap... gelap... gelap.. terus gelap. Bila terang balik gua tengok ada sorang budak perempuan kecil yang orang besar tuh panggil elizebirth. Pastu bunyi musik latar, keluar pulak yang tulis² nama pelakon. Crita nih dah abis gamaknya. Sumpah crita tuh gua tak paham. Tambah pula takdak sari kata bahasa ibunda. Lagi la gua jadi auto tidur. gua syak ada la dalam 40 minit saja gua menonton. Selain tuh wayang yang tengok gua. heh!

"Best la crita ni, girl tuh sangat twisted. I suke muvi nih." kata Aminah. "Tue la, girl tu sangat twisted kan? Kesian dia kena hukum bunuh." Tambah Kadijah yang menyokong kenyataan Aminah tadi. Gua senyum saja sambil berkata "Ok la crita ni. Tapi sari kata cina. Sangat tak bersetuju nih!" Padahal dalam hati gua " Jadahnya crita nih. gua haram tak paham. dalam banyak² bintang gua petik setengah saja. nih pon tak eklas."

Tadi pagi gua bangun tiba² gua teringat crita ni. Jadi gua berencana nak jugak donlot. Tengok lagi skali. Tengok dalam kompiter ni pesen buleh rewind². Kalu tak paham gua rewind, tak paham lagi gua rewind. Tapi rewind part yang gua tak paham saja! Bukan nak rewind part dia buat projek weh! Masalah sekarang bukan gua tak boleh nak donlot, gua punya kelajuan jalur lebau 1.5MBps. Setakat nak donlot 1 crita tuh selamba saja. Tapi masalahnya gua sampai sekarang nih haram tak tahu apa tajuk crita yang gua tengok 3 bulan lalu tuh!

31 comments:

Wardrobe kita said...

Kemain ko nih??becampur2 perasaan aku baca stori mori ko nih..aku bg idea skit kt ko..amik ko nyer hp nu..tepon aminah..ah, btl ke nama nih..ko tnya dia citer ape yg korang tgk hari tu..g cpt..skang jugak..nti aku pon nk tgk jugak.mcm best jea..

ilazz said...

alaa ni citer the other boleyn girl. yg scarlet johanson ngn erik bana belakon tu. aku x minat ler period muvi nih.

ni anak aku dah booking nak nengok antoo fighter..

hanis said...

ye lah... baek ko tepon aminah tu dalam kadar segera... aku pun nak p cari DvD haram nih..

zairi said...

ni ko citer blue ke hape ni?

hzrh said...

" U ol kat mana tuh? Aminah ( sah! bukan nama sebenar ) dah kat depan GSC ni"

lu patut reply
"tggu la kejap.I OL akan sampai sepantas kilat!"

muahaha

Azira Y said...

eh cite apa ni ek
cam best je
cepat2 call aminah tanya title die
gua nak tengok ni
huhu

tasekM said...

ni mazhab mana pulak yg kabor bunting tak boleh projek ni weh... 9 bulan tu weh... mampus. ha ha.
:p

Darab Dua said...

qaseh,
aaah... orait jugak idea lu ni.
tp lu toksah tgk la. crita haram tak best.

ilaz,
wah. terrer lu. tp btulkah?
jap gua goggle!

hanis,
nih lg sorg. toksah tgk gua kabor. haram tak best

zairi,
gsc weh! takkan blue.
gsc tunjuk blue kalu.. mmg melonjak le keuntungan tahunan deme tuh.

this.is.not.me,
cilakak! macam mana gua boleh tak terpiki nk balas camni!

princess azi,
hah! ni sorg lg nk tgk citer ni.
tak best weh! lu nk buat obat tido buleh la.

tasikmerah,
nih member gua kabor, bunting tak elok buat projek. nnt anak dalam perut lu tgk
hahaha~

mrblind said...

bunting lagi mari kalau buat projek..gila apa lu..brengsek..

ilazz said...

tul laa citer tu. aku kan terer. muahahaaa..

wehh skang ko kapel ngn si tijah tu ke. kawen jempot aku tauu..:P

ijan said...

ntah2 dah ada version alih suara ke BM. cepat cari...

Ojie said...

3 bln lalu pn gua ada pegi MV..pehal gua xterserempak ngn lu? hahahah..

weh, lu melaka mana ha?

Anonymous said...

citer kau sebenarnya lagi saspen dr citer movie tu.

.farah. said...

peh.crite dh 3bln lebey nk rewind jadahnye? plak bkn lu tgok.tido ade la..cehh

Aku said...

Ha ah, citer tu rasanya the other boleyn girl, pelakon dia eric bana, scarlet johansenn ngan natalie portman

oyett said...

wa rase ni citer sekuel ali babi bulang lapok kan???

oyett said...

ahh fak...typo error...citer ALI BABI BUJANG LAPOK...haaa..baru betol

@tune® said...

x2, lu ade kontek same itu kadijah lg x?
gua syak aminah same ramli mau kenenkn lu same kadijah tuh,,,
kikiki

FarhanaLicious said...

3 bulan lalu? nape lu tak cite pasal cite yang lu tgk 3 tahun dulu je.


*kawan lu nak jodohkan lu dgn khadijah la tuh

cik fatihah said...

hahaaaa!!!
giler kabot!

Nuts@Kacc said...

hahahha...lu tak paham takpa..skarang p balik kat tempat lu tgk movie tu beli tiket tgk MADAGASCAR...sure lepas tu lu nk tgk ngan gua plak sebagai balasan tima kasih..

opss...jangan risau gua tak nk potong jalan khadijah punya...

wakhakhakahkhak...

Darab Dua said...

mrblind,
tuh dia org berpengalaman dh mari dah.

ilaz,
lu nih mmg terrer benar bab muvi.

weh! gua no dia pon tak ambik la.

sultan,
gua pon syak macam tuh jugak.
kan gua usahakan. lu nak 1 copy?

ojie,
itu la. gua start muskil. apahal gua tak terserepak dengan lu.
heh!

gua melaka dekat dengan zoo dah.

hey.. ini aku,
gua syak lu debor kan baca td?

.farah.,
aaah.. dh pg td gua br teringat nak tgk semula crita tuh.heh!

hanim,
sorang pon gua tak kenal pelakon tuh. tp yer dh tuh crita dia. ilaz yg kabor.

oyet,
aaah.. lu pesen taip pakai kaki.
mmg le taipo ero.
haha~

@tune®,
hah! ni sorang lg tuduh gua kena jodoh.
tp gua syak macam tuh jugak
haha~

farhanalicious,
tp cubaan gagal kalu. gua pon tak teringat nak amik no telepon kadijah.
heh!

ms.eafatihah,
heh! agak kabot jugak la.

Nuts@Kacc,
haa.. madagascar! apa bunyi lu blanja gua? bernas kan idea gua ni?

cilakak! ramai benar tuduh gua nak masuk line kadijah.

af [ R ] ed said...

kalau gua, part projek gua ulang ulang kasi paham.

Anonymous said...

sengal lah bro!
gua asyik gelak dalam library nih.
library tu perpustakaan bro.
hahaha

Darab Dua said...

afred,
bab tuh gua dah lama paham. itu yang tak rewind pon takpa.

yanhashim,
woi! lu gelak lg kan kena halau dengan org library baru tahu.
haha~

cilakak! library tuh dr darjah 1 gua dh tau maksud dia.

mart gee said...

weh jom tgk budak kelantan
baru amarika

Darab Dua said...

mat mimpi,
lu tacang gua!
amcam?
haha~

Rahimin Idris said...

woi, tengok tak tau tajuk? apa nak jadi lu ni?

dah aku tak leh donlot gak!

Darab Dua said...

dah tiket pon dia tak kasi kt gua. kalu idak ada juga bahan rujukan.

aaahh lu. asal gua kabor ada part buat projek. laju saja nak donlot!
haha~

Anonymous said...

kita satu spesis la bro. aku kalau tgk wayang citer yg aku xminat memang aku tido. hahahahaa..

Anonymous said...

The Other Boleyn Girl


slmt mendownload

*anda klaka*