Wednesday, April 1, 2009

Bagai Kacang Lupakan Kulit. Bagai Pinang Pulang Ke Tompoknya. Bagai Gua Dan Slot Bersamamu

Beberapa hari nan lepas gua jadi into gaya pemakanan kotemperori barat. Belah pagi gua pekena sarapan pagi dari kay eff see. 'AM Twister' namanya. Sedap juga makan pagi macam omputih ni. Patut la gua tengok omputih ni sihat², tinggi, dada bidang, perut petak enam. Ada sesetengah kes tu sampai petak lapan.

Tengah hari pula gua berat ke Italy. Gua jadi into Pizza Hut. Peh! pekena sampai enam potongan! Memang tak buleh berjalan gua lepas tu. Dah lama benar gua tak dapat makan ini macam. Kena pula ada kutu yang belanja gua. Dia punya sedap, memang kucar kacir nak menelan!

Matahari telah melabuhkan tirainya, memberi ruang pada sang bulan menerangi alam. 'Chicken chop' menjadi santapan gua malam tu. Peh! gua minum pula dengan air jus lobak merah taruk susu secara suam! Memang solid.

***

Tapi itu beberapa hari nan lepas. Semalam gua hanya pekena nasi putih bernilai RM2.50 secara tapau bersama air suam kat depan TV. Malam pula gua hanya pekena roti telur bersama teh o limau suam. Cilakak! Rupanya gua lupa diri ketika poket gua macam baru tebal sikit.

Ada lagi ke slot kosong kat dalam cerita "besamamu" season terbaru yang TV3 tunjuk tu?

***

Bagi mengimarahkan apa yang deme ni dok heboh, gua pun mengarang cerita 'april fool'. Ntah mende yang 'april fool' gua pun tak tahu. Barat benar budak² sekarang nih!

15 comments:

antusabun said...

Ceh..kecoh la lu.. lu pun kira barat la jugak.

miSz.haNie said...

pengaruh rakan sebaya ke..
hahahahha

mrblind said...

hah..rasakan..omputeh sangat lu ni..esok lusa ntah makan meggi..hahaha

joE said...

haha..
kim salam gua pd rahimin..
ckp kt die kalau nak april fool bg la yg logik dan msk akal.cet.ni citer lu jd tabligh pulak..

Hidemichimomotani said...

haa..sapa suruh tak boikot?!

PenagihAyamGoreng said...

tak mengapa.....bab makan dimaafkan...kang kempunan, batu belah dah takde lagi dah beb....

apei said...

lu nak masuk bersamamu lu kena amik nombor dulu brader.. ramai tengah que ni!

Ahmad Azrin Aziz said...

hah, jangan duk parak sangat weh!!

Qaseh.Darwisy said...

hemm..barat sgt nih.ingat baik lu kumpul modal bukak restoren sendiri lah..jimat skit.

KARKADEWA said...

tak cukup layak lagi lu ni nak masuk slot tu...
roti telur dah cukup mewah tu weyh!

@t00neY r00neY® said...

da tukar name lom?
times two?

makcik rokiah said...

huhu..
ni spesis "melayu mudah lupa" bai..

Princess Azi said...

haha biasala tu duit tgh byk mkn kfc la mekdi la meatball ikea la
pastu da kering br terkedek2 carik nasik ngn telur dadar
haihh

cikin said...

hoh, bkn main lg lu sapot mknn yg ade bau bacang dengan israel. hancussss...

alif-mikail said...

weh bila nak update?