Thursday, February 11, 2010

Hari Ahad Dulu²

"Triiiiittttttt! Triiiiiittttt!" bunyi jam loceng gua, jenama coca cola, gua beli dekat pekan Unterseen minggu lepas. Itu jam mata gua rabak² cuba celik cari jam. "Pang!" gua tendang jam tu. Bersepai juga dia menghempas dinding rumah gua. Tapi dalam tendang² jam gua bangun juga. Sebab mak gua kabor orang tak sembahyang subuh ni kena campak dengan tuhan masuk neraka sampai 60 tahun weh! Lu nak? Neraka tu bukan ada makwe!

Malam tadi gua tidur nyenyak dalam "sleeping bag" yang pesen tahan sehingga suhu -5ºC. Sebelum gua tidur malam tadi sempat juga gua jenguk termometer dekat jam tangan gua, -2ºC brader, dia punya sejuk, peh! sampai ke tulang hitam lah orang kabor. Kalu gua tuang air panas dekat luar, itu jam juga dia terus jadi ais. Sejuk ini macam, lu orang buleh bangun? Gua memang berat ke hibernasi saja.

Hibernasi hibernasi juga, sarapan pagi dilupa jangan. Kan kesian pula kat bibik gua dari Philipina tu, penat saja dia masak telur rebus bersama roti canai. Air pula susu perisa kiwi. Gua makan kira tahap² sedap memerut saja.

"Hari ni, "line clear", Mak kamu takde kat rumah, kamu boleh main dekat luar" sound bibik gua kepada gua dalam bahasa inggeris tapi tona tagalog. Huduh bunyi. Itu jam gua auto senyum, terus gua ke dapur secara turbo untuk mengambil kelengkapan bermain.

***

"Cik Ishchenko, hari ni kita nak buat tinggi mana pulak?" tanya gua sambil tangan belah kiri pegang lobak merah, tangan belah kanan pegang mafla jenama "Glasgow Rangers".

"Tinggi sikit dari semalam, ukur lilit pinggang pula 45 inchi, Baru lah Snowman orang kabor" Reply Ishchenko dalam bahasa inggeris, tona russianya tak pernah hilang.

Peh! kehidupan... kehidupan. heh!

3 comments:

jo said...

ni apa benda ni? cerita kontot bersiri kah?

macha_sezs said...

dah sampai mana ni?

:cahya: said...

ingatkan i sorang yg tak paham cerita... rupanya ada gak org lain tak paham....
ok.ada geng. :P