Saturday, May 15, 2010

Cerita Tak Nak Banyak. Gua Kasi Sekeping Dulu. InsyaAllah Dengan Izin Tuhan Gua Buleh Berkecimpung Dalam Kancah Membelog

Setelah gua bekerja keras berlapikkan semangat Ong Bak dan Paranawei selama beberapa minggu besertakan izin Yang Maha Esa, gua berjaya memiliki sebuah kompiter riba paling murah dalam pasaran, seketul mende kecik brokben jenama yang taja salah satu pasukan formula satu dan seketul kamera yang pesen ada pen tapi takdak dakwat.

Cilakak, bukan runcit² juga gua. Kerja dari 7.30 malam sampai 8.00 pagi keesokan harinya. Ada 1 musibat kabor dekat gua pergi kerja nampak bulan, balik kerja pun nampak bulan. Gua tak paham sangat maksud dia. Macam puitis pun ada bunyinya. Hal² dunia seperti scene² makan, tido, suit² makwe depan rumah dan main fesbuk dekat pusat kompiter berinternet gua sapu habis letak tepi.

Sedap juga berada atas talian di mana saja kita berada. Lain macam 'feeling' tuh mari. Tak buleh handle gua kadang. keh keh keh!

12 comments:

Insan Biasa said...

wa suka lu punya cerita ....

h a n i e said...

lepas ni lu jgn mengada2 tak mau update pulak..wa karate rusuk lu kang.. *smbil buat muka siriyes*

uMi aishah said...

lepas ni rembat kete sebijik lak! buleh pusing2...

dewajiwa said...

Nes,
belakang tu macam Deuter lama. mana Kathmandu? sana kan banyak Wifi spot. Vodafone cas murah tak?

Darab Dua said...

insan bese,
terima kasih.

hanie,
peh! garang macam lembu. kah kah kah.

ceem,
subaru impreza hatchback. amcam?

dewa,
tu karrimor airspace 25 lite. kathmandu ada. perfomance terbaik. ari tu fully loaded 24.3 kg. lg .7kg nak sangkut kt airport. sini bersepah kdai outdoor bro. murah. brg kathmandu pun bagus2. bag karrimor tak byk. orang rmai pkai berghaus, marmot, kathmandu, osprey. hoho

fatt said...

pasni jgn asik mengelat update,kang gua kasik rembatan riuk bertalu-talu nanti,hah!

jo said...

woi.
patut la ajak gua 3g..

HazirahMahadzir said...

hoh.
kamera cap Olympus ke woi?
dem!

lotikus disarimankan said...

pas ni boleh la selalu hapdate2 blog ye

Alip~Ya~Alip said...

hanes....baper ketul ni??

@tune® said...

oke..lu dah maju setapak dihadapan

john bert said...

boleh webcam la pasni...geli2..