Saturday, August 28, 2010

Puasa

Hari ni masuk 17 hari gua menunaikan ibadah puasa. Kalendar islam pun dia tunjuk 17 Ramadhan juga, secara automatik menunjukkan puasa gua masih lagi solid molid dan tak ada lubang. Setakat ibadah puasa mula ni, gua dok perati macam² ibadah lain berjalan. Bukan ibadat macam terawih, tadarus, qiamullai serta main selak² tirai mesjid usha makwe tu. Yang gua perati ibadah macam konsep kemas kini belog, scene makcik² opis, scene budak² fesbuk, brader² opis gaji 5 riban seminggu serat budak² MLM.

Gua perati, pak cik penyimpan mohon besar tak stanby gosok baju lagi, tapi makcik² dengan akak² opis sudah kucar kacir dengan ibadah biskut raya ni. Meriah lain macam pejabat. Ada sesetengah kes dia main celen siapa order palem banyak dia lah champion. Biskut raya era millenium ni bukan runcit² pula jenama dia. Ada Almond London, ada Coklat Truffel serta macam² lagi. Harga dia? peh! Tak RM 50 untuk 50 bijik tak almond london le. "Barang LONDON mesti la mahal! tak mahal tak LONDON le" kata Kak jah Yang gua tahu 2 jenama ni palem kencang dalam pasal Aidilfitri. Memang jauh benar beza dengan waktu gua mumayiz dulu, Itu zaman, palem champion dapat dekat tart nenas. tapi kadang tahun dapat dekat batang buruk. Lu orang kenal dok mende batang buruk ni?

Orang² politaik dengan orang gaji 5 riban 2 minggu mula kucar kacir cari hotel palem sedak buat berbuka. Dia punya terkinja kinja nak berbuka, pukul 4.30 petang dah keluar. Maklum lah, Kolumpo ni dia punya trafik memang lain macam. Lagi² musim puasa. Jam bersungguh sungguh. Tapi apahal pun gua dengar berbuka dekat hotel ni memang sedap dia memang lain macam. Silap² dia punya kenyang mari sampai tak payah berbuka 3 hari. Dengan intro air jus buah buahan segar tempatan dan import. Jus epal ada, blekkaren, nenas, betik dan tembikai contohnya. Masuk pula menu utama, peh! makanan dari timur membawa ke barat. Dari nasi pesen beras palem mahal dalam pasaran, siakap 6 rasa, kambing pesen panggang sekor tak buang tanduk membawa ke 'beef steak', 'lamb chop', suhsi. Makan pula berlatar belakangkan lagu² tema berbuka. Cilakak! memang sedap sungguh ini macam. Solid sampai lupa kena sembahayang maghrib dengan terawih.

Bagi kutu² kelas bawahan seperti pelajar universiti, abang ofis boy, brader baca meter elektrik serta meter air, makcik cleaner serta brader bancuh simen gua tengok pesen aim param. Konsep 1 param 1 hari diterapkan. Di Melaka contohnya, hari ni dekat param Peringgit, esok Taman Cempaka, lusa Batu Berendam, tulat Jasin. Tapi silap hari bulan minyak motor lebih, boleh terbabas sampai param Seremban juga. heh! Mende menu memang tak lari jauh punya. Dia dok main pusing sama saja. Pegi la param sampai Ostrolia pun. Minum, kalu tak tebu, soya, sedak sikit Laici kang. Menu tepi tau fu fa. Menu utama pula nasi ayam, nasi kerabu, nasi dagang dan segala jenis nasi yang kadang² gua macam muskel pula dengan nama dia. Lauk pula, pari bakau, ikan bakau, daging bakau, semua dia nak bakau serta ayam percik bangsar. Yang palem gua tak buleh handle, waktu membeli memang fleksible sungguh. Apa keas pukul 3.30 petang time orang nak buka meja dah pergi beli nasi tomato? keh keh keh!

Seksyen TV pula macam² pesen dan peel. 3 hari sebelum puasa dia dah start rancangan buat kuih raya. Musim sekarang gua tengok TV makin licik, pesen ajak artis² jadi chef. Memang lari konsep sungguh. Tengah memasak tu la kucar kacir dia duduk promosi album. Sambil masak sambil menyanyi. Habis tersembul air liur. Gua syak perasa tambahan tuh. Itu kuih jadi sedap semacam rasa dia. heh!

Tapi apa hal pun gua tengok budak² MLM palem 'steady'. Tak kira musim. Lu orang sebut saja, musim puasa, raya, hujan, panas, buah, salju, bunga, gugur serta musim tsunami. Downline tetap downline. Apa kes tengah salam lepas pekena terawih pun sempat promosi downline weh? cilakak benar peel!

Banyak lagi kategori gua nak kabor, tapi gua malas sebab gua memang malas. kah kah kah! Contohnya kategori makwe pejabat, budak² fesbuk dan orang dadah.

Kes gua pula, Ramadhan gua tahun ni palem berbeda dengan tahun² sudah Beza dari sudut koordinat, cuaca, suhu, persekitaran,kekeluargaan, kasih sayang, makwe param, makwe tak param, terawih dan banyak lagi yang beza. Tahun ni gua takda scene memaram sambil perati makwe misi hospital Melaka, makwe KYM. takda juga scene terawih dekat masjid yang imam dia berkelajuan tinggi, scene pekena kerang bakau lepas terawih, serta scene bermain mercun bersama keluarga. Gua berpuasa secara solo sudah 17 hari. Toksah kata pergi param, nak jumpa manusia yang menunaikan ibadah puasa macam gua ni pun kena memandu sejauh 80 KM baru jumpa. Itu pun 4 orang sekeluarga. Cilakak! tiba² mata gua cenderung untuk berkaca sebab teringat orang tua nun jauh di kampung halaman.

9 comments:

apei said...

tulah saper suruh duduk jauh2..
p/s:param tu mende?

macha_sezs said...

bawak2 la balik mesia.

J. Love said...

sekarang lu puasa musim panas ke musim sejuk. kalau musim sejuk, lu jangan nak complaint lebih. gua dak sekali kang!

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...
This comment has been removed by the author.
-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

pasar ramadhan orang panggil bazar lah..
buruk beno shortcut sampai jadi param..

cikhajar said...

olololooo duk perantauan rupenye.. hihihihihihi.. selamat beraya di rantau org.. jangan jeles kitorg berparam bagai kt sini... lalalala

Fadh said...

patut laa mase gua bace lu punye entri nie ade titis2 air mate...lu ckp lu true tp mate berkace nie apa barang, bro...

fndrocka said...

dah dengar lagu dendang perantau?

jo said...

jgn lupa amik gambar bubuh dekat berita harian punya sotkabar. boleh gua eksen dengan orang kampung. jgn lupa sebut nama gua sekali ye...