Thursday, March 31, 2011

365 : Musim Luruh Di Pekan Christchurch

Pada suatu hari dan tarikh yang gua tak tahu, gua bangun pagi, terus terpikir nak tukau angin kerja. Entah mana datang akal ni gua pun tak pasti. Dengan kedudukan kewangan yang sangat runcit2, gua kental saja. Orang tua kabor, tak redah tak rock! Rock celah mana gua pun tak tahu. Untuk pengetahuan lu orang, ini jam gua menjalankan ibadah kerja selaku kuli batak dekat sebuah pekan kecil bernama Te Puke, New Zealand. Poskod dia gua lupa weh. Sebutan secara betul dia "ti puki'. Buleh tahan tak senonoh bunyinya. Kalu mak gua tanya nama tempat gua duduk, gua terus auto malu secara turbo nak sebut. Kan lain pula mak gua paham. heh!

Lepas gosok gigi lebih kurang, gua terus sarung jaket jenama Timberland dan berjalan ke 'çyber cafe'. Jaket ni memang hensem buleh tahan juga gua tengok. heh! Duduk negara orang putih ni, tak kena sangat gaya dia bila pekena mandi pagi. Kah kah kah! Sejuk wehh! Kalu gua dapat gosok gigi tu kira dah 'çhampion' dah. Jenguk punya jenguk, "zasssss!" gua beli tiket dari bandaraya Auckland ke Pekan Christchurch 3 hari dari hari gua beli tu. Harga dia tak mahal mana, NZD 79 saja. Kira buleh la untuk 1 jam 20 minit perjalanan kapal terbang. Lu ingat Air Asia ke nak tiket RM 5? heh! Tambah pula tiket bas dari pekan Te Puke ke Bandar Auckland ni NZD 25. Naik bas 1 jam pun dan NZD 25. Cilakak betul! tak Transnasional langsung!

3 hari dah berlalu, gua peking semua barang terus sumbat dalam beg. Secara auto beg gua berkapasiti 19.5 KG. Amcam? dengan kicap2 jalin skali gua sumbat. keh keh keh! Sampai saja gua di pekan Christchurch tu lantas gua senyum sinis. "Musim luruh di kota Christchurch" getus hati gua. cantik juga bandau ni.

Cantik tu cantik juga, Dalam bank gua tinggal NZD 60 saja ni sapa nak jawab? Sekarang gua tempat tido pun tak dak, kerja pun takdak, kredit kad tu jauh sekali. Orang tua kabor, muka barai bank tak terima buat kredit kad. Kat New Zealand lu buat perangai tido tepi jalan, memang kena saman le jawab dia. Peh!!

Ini betul punya musim luruh di kota Christchurch!


Sunday, March 20, 2011

365 versi 1

ya. ketahuilah... hari ini genap 365 hari. 365 hari di negara asing. Nanti esok gua kasi cerita. Sebab sekarang gua tengah curi curi pakai kompiter dekat tempat gua mengaut rezeki. Kena pula gua pulang dari kerja pukul 2 pagi waktu gua. Pehh!!! lagi 6 jam 32 minit wehhh!!!!

Saturday, March 19, 2011

menikah!

Tanggal hari ni abang gua menikah. Acara menikah yang belah rumah gua. Yang belah rumah orang rumah dia minggu lepas. Menurut cerita mok gua. Buleh tahan king juga abang gua. Sekali lafaz saja. Tapi gua syak dah prektis 2 3 minggu juga tuh.

Jadi secara automatik dia, gua telah terlepas acara kenduri rumah gua sendiri. Cilakak! semua salah boss gua. Susoh sangat nak kasi cuti. Gua mintak cuti sebulan saja. Bukan 5 bulan. Gua mendoakan abang gua berbahagia sampai bila bila lah orang kabor. Harapnya abang gua tidak berkecil hati dan sudi datang kenduri gua dekat Russia nanti.

Bagi kontrak running santan, basuh pinggan mangkuk, cat rumah serta beberapa kontrak buruh kasar tu gua tak berapa pasti siapa yang hendel. Buleh berurat juga lengan nak hendel bab kenduri ni. Gua yakin! Kalu pesen kayo upah katering tu lain sikit jadi dia. heh!

Lagi 1 gua titikberatkan, gua harap abang gua tidak terjebak dengan ritual menjemput budak2 shuffle datang bershuffle depan dia waktu kenduri. Tak kena acara sunggoh weh! kalu ong bak dengan bersilat tuh in juga. Apa gila pekena shuffle woii! Pakai pula baju tebal macam musim salju. Cilakak betul!

Tuesday, March 15, 2011

360

Masuk hari ni genap 360 hari gua chalos dari negara Najib Razak. Secara teknikalnya, nak makan tahun juga gua tak jumpa abah dengan mak gua, tak merasa angin kampung halaman, tak pekena makanan sedak sedak seperti nasi dagang, nasi kerabu, cendol, mee rojak, nasi beriani, nasi kandar serta kuih muih. Aaah.. senang cerita apa saja makanan dari negara Najib Razak gua tak merasa. Tapi bukan hal makanan gua nak cerit, gua lebih cenderung cerit liku liku 360 hari.

Dalam 360 hari gua tanggung segala liku liku secara solo. Ikutkan pengajaran, 3000 muka surat buku latihan pun tak habis gua nak cerita. Palem jelas, perjalanan 360 hari ni juga mengajar gua agar lebih dekat dengan Tuhan, mengajar gua macam mana nak handle bab nafsu serta aturan aturan yang ditegah secara jelas oleh tuhan dalam kitab. Menda macam ni sebenarnya bukan mudah, hidup pula di bandar hanya lu seorang yang beragama islam dan bermazhab Syafie. Ujian dia makin 'champion'. Tapi apa yang penting kita kena 'setup' 1 konsep dalam diri iaitu 'tepuk dada tanya iman'. Bukan iman nama makwe sekolah gua tuh.

Dalam 360 hari juga gua belajar, bukan saja hubungan dengan tuhan, tapi hubungan sesama manusia. Macam mana menilai sebuah hubungan tanpa melihat warna kulit, pegangan agama atau budaya sekali pun. Susah. Sumpah gua kabor, susah. Lagi lagi bila orang melihat lu sebagai seorang yang beragama islam. Ada sesetengah musibat memang pesen tak buleh 'in' dengan orang islam. Ada musibat yang tak pernah tahu tentang islam sampai tahap dia punya minat nak tahu tuh, nak tengok gua sembahyang. Peh, ingat teater ke apa weh? Bila gua ditanya tentang indahnya agama gua, gua bangga untuk bercerita. Sudah cukup kuat untuk gua balik stadi depan kompiter agar gua buleh bercerita lebih jelas kepada mereka. Tapi bila mereka berkata "menarik juga agama lu ni, tapi kenapa ada member gua dari Malaysia kabor, kaum macam lu selalu terlibat dengan jenayah rogol, ragut dan bunuh?" Kes macam ni buat spirit gua down secara turbo. Nak kencing tak buleh sebab mende betul.

Dalam 360 hari juga gua sudah berhijrah ke beberapa buah bandar, hidup dalam pelbagai budaya yang jauh berbeza daripada apa yang ada dekat negara Najib Razak. Hidup dalam lingkungan mereka yang kebanyakan tiada agama dan pegangan. Tapi gua rasa jauh lagi selamat sebab gua berada dalam suasana harmoni, tak pernah gua dengar rumah kena pecah, kes rogol, kes ragut dan macam macam jenayah. Tapi petik bunga dekat taman tu tak kira jenayah weh. Mereka mereka inilah yang paling ringan untuk membantu orang dibawah. Gua pernah diberi tempat berteduh waktu gua tiada tempat berteduh, pernah orang tumpangkan kereta sehingga beratus kilometer tanpa membayar sesen pun. Perkara perkara macam ni buat gua bertanya, "kenapa negara Najib yang dikatakan negara islam tiada cara hidup begini?" Yang ada banyak ke perkara negatif? Bukan nak kabor gua sudah berkiblatkan tempat gua tinggal sekarang, tapi inilah yang gua lalui selama 360 hari sebagai perantau, sebagai warga asing, sebagai orang luar.

Dalam 360 hari juga gua banyak mengajar gua tentang kesabaran, susah senang semua datang dari tuhan. Kadang kadang Dia uji gua dengan kesusahan dan kadang kadang dia uji gua dengan kesenangan. Ada masa gua mungkin gua tergelincir sedikit. Tapi itu jam mesti ada yang akan mengingatkan gua. Terkadang yang mengingatkan gua bukanlah mereka yang mempunyai pegangan. Pelik dok? Tapi inilah yang berlaku.

Dalam 360 hari juga, gua tak pekena coconut shake klebang! woiii... sapa nak tolong tapaukan untuk gua? Gua belanja like dekat fesbuk! amcam? keh keh keh! tidak lupa juga, dah lama gua tak berak dalam jamban yang ada paip air. kah kah kah!