Tuesday, April 26, 2011

Tunggal

Semalam selepas selesai ibadah mencari rezeki, gua pekena segelas kopi dari tempat gua kerja. Pekena 'caramel latte' selepas 9 jam ibadah kerja ni lain macam 'kick' dia mari. Sambil pekena gua bersembang dengan seorang pelanggan tempat gua kerja. Peter nama dia. Peter dia gua syak dalam 60 tahun ke atas. Memang gaya pak cik pencen. Kegemaran dia kopi 'Flat white' kasi panas baik punya.

Dah gua duduk Niu Zilen, sah² la gua pungpang² dalam bahasa inggeris, ye dok? Pak cik Peter ni memang orang asal Niu Zilen. Deme ni, kalu orang memang beranak dekat Niu Zilen ni deme panggil 'kiwi'. Kiwi ni binatang weh, ntah sapa yang ajar bubuh nama panggilan binatang dekat manusia. Tak ada pegangan langsung!

Pungpang² gua sembang dengan pak cik Peter. Banyak topik, dari 'global warming' membawa ke hal² politik negara Najib nazak. Hal² cinta dan kasih sayang juga tidak di anak tirikan oleh gua dengan pak cik Peter.

Satu mende yang pak cik Peter ni kabor dan melekat dalam dada gua ialah "Cinta ni bersifat tunggal. Tak kisah cinta dekat makwe atau bini. Kalu orang buleh cinta dua orang dalam satu masa, kompem salah satu dari cinta tu tak betul. Mungkin lebih cenderung kepada kepentingan diri sendiri dan nafsu sahaja." Gua hangguk tanda setuju. Bukan hangguk kepala hangguk lu tuh! heh!

Hati gua pun bergetus "peh! falsafah juga pak cik Peter ni. Sipi² padilah kamsah dekat negara Najib nazak nuh. keh keh keh!"

4 comments:

h a n i e said...

*wa dah 3-4 kali taip delete komeng. cilakak. tak jumpe komeng yang sesuai dengan peribahasa lu tuh. kehkehkeh

@tune® said...

COP..kiwi BUKAN buah ke?
derang pangil binatang?

Darab Dua said...

@hanie cilakak! peribahasa mende wehh?

@tune 2 2. buah ada, menatang pun ada!

FarhanaLicious said...

pergh... terbaik ah pak peter. Kirim hai sikit kat dia.