Friday, July 29, 2011

Serius Part II

Mentang mentang gua tulis gua mula serius memikirkan kehidupan hakiki, terus ramai musibat mula tuduh gua sudah berumur. Cilakak woii! Gua baru berumur 22 pehtu tambah lagi satu dua tahun. Kah kah kah!

Jadi serius gua kali ini ialah gua memikirkan perkara perkara seperti pulang ke negara Najib Razak untuk 3 4 minggu. Sekadar menjenguk orang tua gua dekat kampung. Lama betul tak bersalam salaman dengan mok dan aboh gua. Itu bab mok dengan aboh gua. Dari segi kehidupan pula, lama betul gua tak jumpa nyamuk, semut dapur, kerengga, musang, tenggiling, ular daun, lalat serta beberapa haiwan liar yang lain. Lipan serta ular kapak yang suka masuk rumah gua secara curi curi contohnya. Gua harap kalu gua balik nanti lu orang sudi masuk rumah gua secara curi curi. Sumpah gua tak halau lu orang. Bila dah lama betul tak balik, mende mende macam ni pun gua jadi teringat sikit. ha ha!

Ok. gua cabut dulu, nak balik rumah masak sikit. Dapur gua dia jenis tak automatik. Kalu gua tak masak, memang kebulur lah gua. Haaa... ini serius yang gua bincangkan semalam secara serius tuh. Ada orang rumah kalu, gua balik rumah terus ada tom yam seafood contohnya. Kalu gua menikoh dengan orang melayu lah. Kalu gua menikoh dengan orang jepun, yang munculnya sushi. Tapi kalu gua menikoh dengan orang koriya. ntah apa yang muncul. Harapnya bukan sirip jerung goreng tepung. kah kah kah!

6 comments:

hanie said...

kl dengan org koriya..mkn kimchi lah lu hari2... hahahaha mau seiras lobak jugak muka lu karang. haha

Darab Dua said...

kah kah kah! gua syak macam tu juga. silap2 kena buasir pun ye. kah kah kah!

apei said...

cilakak lu lagi teringin jumpa semut dapur dari jumpa gua! nanti sampai kl kasi roger gua pakai pesbok. kita pekena mee rojak kuah asing.keh..keh..keh..

Darab Dua said...

ha ha ha! mende lama tak jumpa. kompem la gua teringat. haha! boleh saja. kalu gua pergi negara najib razak gua roger lu secara turbo. payung gua mee rojak kuah asing apa salahnya ye dok? kah kah kah!

fatt said...

serius betul lu kali ni. tp betul la lu punya rambut byk dah gugur..rambut dlm gambar lu ni lagi banyak, cane tuh?

@tune® said...

Malaysia dah x macam dulu lagi...

dah mcm² pesen n gaya kalau lu tgk..bukan stakat K-pop korea tuh jer..

negro n nigeria dah byk amik alih