Tuesday, August 23, 2011

Pengalaman Saya Meniaga Murtabak Dibulan Ramadhan

Season puasa tahun 2002 dulu gua berjaya mendapat jawatan selaku kuli dekat gerai murtabak dekat param di kampung gua. Meniaga murtabak ni celen dia memang tak sama dengan meniaga air. Dia punya panas kuali tu, peh! banyak mengundang ke arah berbuka puasa dalam semak jam 3 petang. heh!

Rutin dia mudah saja. Pukul 2 petang gua mula kucar kacir start motor pergi ke lokasi param. Tauke gua ni pesen meniaga pakai gerai yang jenis gerai burger tu. Dia bukan jenis jerai pakai meja lipat dengan payung 5 kaki lebau tu. Mende alah gerai ni kami park belakang bangunan UMNO bahagian Machang. Memang selamat park situ. Jauh dari budak2 dadah yang suka curi besi.

Jadi tugas pertama gua kena tolak mende gerai ni ke lokasi param, jauh tak jauh, dalam 200 meter saja. Tapi apa bebal jenis menaik bukit weh. Dalam perut gerai tu lu sendiri tahu la kalu meniaga murtabak ni. Aaaahh... gua syak budak budak zaman bangfes ni reti makan saja. Bukan tahu art of murtabak tu mende!. Dia mengandungi tong gas yang 14kg tu 2 tong, Kuali besi serta dapur besi, belum masuk alat alat lain seperti telur dalam 7 8 rakit contohnya. Dia punya berat, peh! gua rasa itu jam saja nak pekena ayam percik seekor serta air tebu 5 gelas.

Kungkang kungkang setup gerai, pukul 3 petang gua dah start meniaga. Pukul 3 juga gua dah start dahaga serta lapau. ha ha! Dia kalu season param ni, biasa pukul 3 ke pukul 4 tuh, pelanggan gua terdiri daripada budak2 serta pak cik2 yang tak puasa. Pesen tak reti nak cover line langsung. Datang beli murtabak muka tak steady langsung. Pesen datang sengih sengih tu dah satu hal, Nak hulur duit pun malu malu. Cilakak betul! Gua syak ni jenis baru belajau nak buat dosa ni. kah kah kah!

Dia bila masuk pukul 4 petang, perih dia makin mari, dahaga dia makin menjadi. Orang pula makin ramai. Jenis yang datang kasi duit syiling gua mula hangin nak mengira. Silap hari bulan gua tak kasi belen. Gua kabor, "lebih kira sedekah ramadhan la kak ye" keh keh keh!

***

Itu cerita pengalaman gua meniaga murtabak dekat param. perih tak perih 2 season gua buat. Jadi memang gua paham benar perit dia. Penat tu toksah kabor, tiap tiap hari lu orang kompem terlepas scene berbukak dengan orang tua dekat rumah. Tapi mak gua ni steady orangnya, Kadang kadang dia tunggu gua balik baru dia makan sama gua. Champion betul mak macam ni. Kasih ibu sampai ke waktu berbukak lah orang tua kabor. Tapi ada time mak gua tibai awal2, lapau benar agaknya. keh keh keh!

Pendapatan selaku kuli macam gua ni pun sekadar cukup makan saja. Kalu ikut perih dia tak berapa padan gua rasa. Tapi orang kabor, lebih baik dari budak dadah yang curi besi, ye dok? Palem king gua pernah dapat RM15 sehari, itu pun 2 3 kali saja. Tapi pendapatan harian RM12 saja. peh! nak belanja makwe makan KFC dekat Tanah Merah lepas terawih pun tak lepas woii. Belum kira nak tempah baju melayu, beli kasut baru serta beli butang baju melayu yang jenis berkilau. Ye dok?

Apahal pun pendapatan gua sepanjang scene murtabak ramadhan tahun 2002 melayakkan gua tukau duit dekat bank untuk kasi budak budak duit raya. Banyak tidak banyak, budak budak ni asal lu kasi duit kertas, dia punya auto sengih secara turbo dah menaik lain macam.

Cilakak! kadang kadang teringat scene param ni buat gua rasa nak buat akok! ha ha!

*ada gua terbabas puasa sebab dahaga 1 hari tu. Dia punya panas lain macam weh, gua tibai air tebu 3 plastik serta akok RM3. Akok RM3 tahun 2002 ni, dia punya banyak macam nak makan 3 keluarga. ha ha!

7 comments:

hanie said...

yg ponteng tu..lu ganti ke idak? hahahaha

apei said...

gua pun pernah memegang jawatan penjual apam balik kat param. gua paham sangat penderitaan lu tu. Takat sehari tu acceptable lah. hahahaha..

fatt said...

tah...dah ganti belum? yg ramadhan 2009 tu ganti dah? kih kih kih

uMi aishah said...

akok mmg terbaek! tp skg da mahal..3 ketol RM2! huhh

@tune® said...

loded jugak lu eh jual mutabak...

Hidemichi said...

Lu punya murtabak tu berapa cebisan daging ada dlm?keh keh keh.

jo said...

haha..ni up entri kenangan-kenangan silam ni, ada 'hal' la ni..ce tengok mata tu, dah berkaca-kaca...