Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Gua

Selamat hari raya aidilfitri gua ucapkan dekat seluruh kutu kutu yang puasa. Mana yang pesen curi curi hisap rokok dan pekena tepung pelita dekat dalam semak tu gua jadi tak berapa nak ucap sangat. Cilakak! punya peel, muka macam abah abah pun nak curi curi makan ke woii?

Ya, gua tahu ari ni dah raya ke 5. Tapi nak buat macam mana dah gua tak berapa jumpa line internet. Internet secara talipon tangan ni memang tak sedak kalu nak kemaskini belog. setakat nak jenguk jenguk tuiter makwe tu buleh le. ha ha!

Tahun ni tahun kedua gua menjalankan ibadah raya bukan secara berjemaah dengan orang tua. Ini tahun gua menjalankan ibadah raya dekat kota sidni. Nak sampai sini bukan dekat, dia naik 2 kapal terbang juga. Kota sidni ni memang lain macam dia punya besau, tak sama langsung dengan kampung gua Queenstown tuh. Sini orang dia banyak, kereta banyak serta bersih keretanya, banngunan pesen tinggi tinggi. Bukan tinggi runcit runcit, tapi jenis tinggi kalu lenguk keatas tu sampai sakit tengkuk baru nampak puncak. Gua tengok sampah dekat sini pun buleh tahan barai barai juga. Ya, orang asia, peh! bersepah sepah. macam macam warna ada. ha ha!

Berbalik kepada cerita raya gua, sambutan raya di Sidni ni memang solid lain macam juga. Bermula dengan sembahyang raya dekat dewan Malaysia. Kemudian ada makan sikit sikit. Bab makan memang gua champion! Dia kasi kuah sate dengan ketupat nasi. Peh! itu jam gua dah sengih lain macam. Mende ni memang rare dekat Queenstown kalu lu orang nak tahu.

Pungpang pungpang makan, ada sorang brader yang kerja dekat sini ajak gua pergi terjah rumah terbuka. Itu jam gua auto sengih saja. Rumah mula mula ni gua tak meletak harapan tinggi sangat dari segi makanan dia, biasalah, ini bukan negeri najip razak. Apa gila deme nak buat lemang, ye dok? Tapi sampai saja rumah ni. Gua kasi salam sepam sama tuan rumah, ntah nama mende gua tak tahu. Sekali masuk, peh! gua dah sengih sengih. Nasi beriani brader, mana mau jumpa. Itu baru mukadimah. Pehtu ada pula laksa johor katanya. Ada bermacam macam kuih, dari rendang kangaroo membawa ke rendang ayam, dari tart nenas membawa ke sarang tebuan. Ni budak budak bangfes kenal dok sarang tebuan ni mende?

Pungpang pungpang makan, gua sengih. Menurut brader yang bawa gua ni, dia nak gerak ke rumah seterusnya pula. Gua sengih saja. Malas pula gua nak cerita panjang. Rumah seken yang gua terjah ni, 6 bijik kek dia buat. peh!!

***

Jadi suasana Aidilfitri saya pada tahun ini adalah 18 puluh belas kali lagi champion dari tahun sudah. Dari seksyen makan membawa ke seksyen berjalan, seksyen berkenalan dengan rakyat malaya juga dilupa tidak. Terima kasih saya ucapkan kepada kutu kutu dekat kota Sidni kerana lu orang memang terbaik dari ladang! memang tak buleh nak komplen mende dah!

Selamat hari raya dari gua dan kutu kutu sidni.

orang tua kabor, sedak sedak memakan


8 comments:

fatt said...
This comment has been removed by the author.
❀aRaBeLLa❀ said...

sarang tebuan amendernye...sarang semut la wehh..ahahah

LediAgli said...

adoi.. gua pon kat kota sidni... beraya beposa sorang2... pose raya je berjemaah, tu pon dengan berlainan agama tapi sama warganegara... gua baru je sebulan tercampak sini, lagi sebulan kat sini.. haihh.. hampeh bebeno kota sidni ni... nak cari ayam penyek susah.. pressure betul

hanie said...

wa punya raya tahun ni dah tak padu macam dulu.

Darab Dua said...

@arabelah sarang tebuan wehh! haish! ha ha!

@lediagli sidni byk halal food. lu kena rajin pusing2. dari indo restoren smpi le ke arab. ha ha

@hanie lu kena tabah beb! baik2 saja!

Fadh said...

selamat hari raya...maaf zahir dan batin.

apei said...

sate kangaroo ada? gua teringin.

pakcik said...

musim2 Rugby World Cup ni, dia tak panggil sate kanggaru...panggil sate wallabies..kahkahkah...