Thursday, September 15, 2011

Nama Belog

Gua perasan, masuk bulan ni dah 3 tahun gua menulis dekat belog ni. Kira buleh juga la gua nak bangga secara runcit runcit sebab gua ni bukan pesen rajin menulis. Kalu mari time rajin pun, bukan pesen rajin tulis dan post, tapi pesen rajin tulis dan delete. Memang macam celaka perangai macam ni. Sebelum gua berkecimpung dengan belog Darab Dua dekat belog sepok ni. Dah banyak dah tapak menulis secara percuma telah gua merepek. Dari tahun 2002 di blogdrive membawa ke xanga. Pehtu dia pindah pula ke multiply, kemudian baru la gua menempek dekat belogsepok ni. Dia pesen suka hijrah dalam penulisan ni tak molek juga sebenarnya.

Entah mana akal gua dapat nama Darab Dua ni gua pun tak tahu. Bunyi dia memang tak sedak langsung. Tak kisah lu orang nak baca dalam segala jenis mad pun. Mad lazim munfasir, idhgam bilaghunnah contohnya. Sekalipun mad lazim mukhaffaf harfi. Bunyi dia tetap tak sedak. Memang nama Darab Dua ni tak buleh lawan lejennya nama "Dimitri Kalkanov" ataupun "Lim Bun Tat".

Gua ingat la, gua ingat saja. Tapi kalu tiba tiba gua jadi tak ingat, maka hal ini tak berlaku lah. pun. kalu gua tukau nama belog ni cantek juga kan? Kira nama nama urban sikit. Buleh la nak celen nama seperti "bangfes" tu.

"Tinta Pemuda Dihujung Dunia" Amcam? Harapnya tidak menjadi cemuhan rakan rakan. kah kah kah!

Thursday, September 8, 2011

Siri Bercakap Dengan Juki

Juki dalam kurungan bukan nama sebenar ni adalah member lama zaman sekolah dulu, Budak Juki ni baik orangnya. Zaman sekolah dia tak pernah tinggal surau. Dia punya khusyuk sembahyang pun dah lain macam gua tengok. Ada satu kali tu time imam tengah berdoa, Juki punya khusyuk watawaduk dia sampai menangis. Segan pula jadinya gua sebab itu jam gua tengah main jentik jentik tahi cicak dengan member gua yang lagi satu.

Berbalik ke cerita Juki ni. seminggu sebelum puasa hari tu gua ada bersembang dengan Juki. Ntah mende yang buat Juki terlintas untuk tegur gua dekat fesbuk punya kotak sembang. Pungpang pungpang kami sembang, Juki ni sudah berjaya. Dia dah jadi jurutera minyak dan gas. Jenis jenis kejuruteraan macam ni gua tahu sangat. Gaji bukan runcit runcit. Setakat nak pakai kereta sukan tu boleh saja. Tapi gua tahu, Juki ni istiqamah orangnya. Dia pakai proton Pesona saja. Katanya buah apa kereta mahal, mati nanti bukan buleh jadi kereta mayat gua pun.

Banyak juga topik gua sembang dengan Juki ni. Dari isu semasa ke isu kereta, Dari isu kereta pula membawa ke isu politaik dan hal hal intifada. Hal budak tabligh contohnya. Tapi isu makwe dilupa tidak. ha ha!

***

pungpang pungpang sembang, sebelum gua meminta izin nak belah untuk mencari sekuntum rezeki dibumi asing. Sempat gua berpesan pada Juki "Juki, rezeki dan jodoh ni mende Allah taala dah tulis siap siap dah. Contohnya kalu muka lu macam tombol gear bas, tak semestinya lu dapat orang rumah muka macam penapis minyak hitam. Kalu lu kerja korek minyak, tak semestinya lu dapat beli stesen minyak. Jadi lepas kita usaha tu, kita tinggal tawakal saja. Jangan mudah sangat mengalah." Gua harap pesan gua dekat Juki ni kasi sikit kesan dekat Juki. Sebenaunya gua dengar Juki baru lepas putus tunang. Juki.. Juki..

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Gua

Selamat hari raya aidilfitri gua ucapkan dekat seluruh kutu kutu yang puasa. Mana yang pesen curi curi hisap rokok dan pekena tepung pelita dekat dalam semak tu gua jadi tak berapa nak ucap sangat. Cilakak! punya peel, muka macam abah abah pun nak curi curi makan ke woii?

Ya, gua tahu ari ni dah raya ke 5. Tapi nak buat macam mana dah gua tak berapa jumpa line internet. Internet secara talipon tangan ni memang tak sedak kalu nak kemaskini belog. setakat nak jenguk jenguk tuiter makwe tu buleh le. ha ha!

Tahun ni tahun kedua gua menjalankan ibadah raya bukan secara berjemaah dengan orang tua. Ini tahun gua menjalankan ibadah raya dekat kota sidni. Nak sampai sini bukan dekat, dia naik 2 kapal terbang juga. Kota sidni ni memang lain macam dia punya besau, tak sama langsung dengan kampung gua Queenstown tuh. Sini orang dia banyak, kereta banyak serta bersih keretanya, banngunan pesen tinggi tinggi. Bukan tinggi runcit runcit, tapi jenis tinggi kalu lenguk keatas tu sampai sakit tengkuk baru nampak puncak. Gua tengok sampah dekat sini pun buleh tahan barai barai juga. Ya, orang asia, peh! bersepah sepah. macam macam warna ada. ha ha!

Berbalik kepada cerita raya gua, sambutan raya di Sidni ni memang solid lain macam juga. Bermula dengan sembahyang raya dekat dewan Malaysia. Kemudian ada makan sikit sikit. Bab makan memang gua champion! Dia kasi kuah sate dengan ketupat nasi. Peh! itu jam gua dah sengih lain macam. Mende ni memang rare dekat Queenstown kalu lu orang nak tahu.

Pungpang pungpang makan, ada sorang brader yang kerja dekat sini ajak gua pergi terjah rumah terbuka. Itu jam gua auto sengih saja. Rumah mula mula ni gua tak meletak harapan tinggi sangat dari segi makanan dia, biasalah, ini bukan negeri najip razak. Apa gila deme nak buat lemang, ye dok? Tapi sampai saja rumah ni. Gua kasi salam sepam sama tuan rumah, ntah nama mende gua tak tahu. Sekali masuk, peh! gua dah sengih sengih. Nasi beriani brader, mana mau jumpa. Itu baru mukadimah. Pehtu ada pula laksa johor katanya. Ada bermacam macam kuih, dari rendang kangaroo membawa ke rendang ayam, dari tart nenas membawa ke sarang tebuan. Ni budak budak bangfes kenal dok sarang tebuan ni mende?

Pungpang pungpang makan, gua sengih. Menurut brader yang bawa gua ni, dia nak gerak ke rumah seterusnya pula. Gua sengih saja. Malas pula gua nak cerita panjang. Rumah seken yang gua terjah ni, 6 bijik kek dia buat. peh!!

***

Jadi suasana Aidilfitri saya pada tahun ini adalah 18 puluh belas kali lagi champion dari tahun sudah. Dari seksyen makan membawa ke seksyen berjalan, seksyen berkenalan dengan rakyat malaya juga dilupa tidak. Terima kasih saya ucapkan kepada kutu kutu dekat kota Sidni kerana lu orang memang terbaik dari ladang! memang tak buleh nak komplen mende dah!

Selamat hari raya dari gua dan kutu kutu sidni.

orang tua kabor, sedak sedak memakan