Thursday, September 15, 2011

Nama Belog

Gua perasan, masuk bulan ni dah 3 tahun gua menulis dekat belog ni. Kira buleh juga la gua nak bangga secara runcit runcit sebab gua ni bukan pesen rajin menulis. Kalu mari time rajin pun, bukan pesen rajin tulis dan post, tapi pesen rajin tulis dan delete. Memang macam celaka perangai macam ni. Sebelum gua berkecimpung dengan belog Darab Dua dekat belog sepok ni. Dah banyak dah tapak menulis secara percuma telah gua merepek. Dari tahun 2002 di blogdrive membawa ke xanga. Pehtu dia pindah pula ke multiply, kemudian baru la gua menempek dekat belogsepok ni. Dia pesen suka hijrah dalam penulisan ni tak molek juga sebenarnya.

Entah mana akal gua dapat nama Darab Dua ni gua pun tak tahu. Bunyi dia memang tak sedak langsung. Tak kisah lu orang nak baca dalam segala jenis mad pun. Mad lazim munfasir, idhgam bilaghunnah contohnya. Sekalipun mad lazim mukhaffaf harfi. Bunyi dia tetap tak sedak. Memang nama Darab Dua ni tak buleh lawan lejennya nama "Dimitri Kalkanov" ataupun "Lim Bun Tat".

Gua ingat la, gua ingat saja. Tapi kalu tiba tiba gua jadi tak ingat, maka hal ini tak berlaku lah. pun. kalu gua tukau nama belog ni cantek juga kan? Kira nama nama urban sikit. Buleh la nak celen nama seperti "bangfes" tu.

"Tinta Pemuda Dihujung Dunia" Amcam? Harapnya tidak menjadi cemuhan rakan rakan. kah kah kah!

10 comments:

Iman Aisyah said...

Salam,

teruskan menulis. I did read your writing tapi harini baru pesen rajin nok tinggal komen sebab lawok etep dgn tulisan demo.

yang benar,
kawan sekampung.

paiseh said...

tahniah.. kite dari rumpun yg sama.. oleh itu, x payah lah tukar nama.. darabdua lejen weh!!

hanie said...

DD dah jadi lejen. tak payah nak tukau2. lu tu pesen cepat hilang ingatan. tukau nama kang..ada yang tak mengaku ade belog.

kahkahkah..

lotikus disarimankan said...

muntah ijau kalau tukar nama cengitu tau bro

poyotito's said...

gua masa mula mula jumpa blog lu dulu pun pelik, nama blog bukan main tak sedak lagi. rasa nak cedok perut pun ada

❀aRaBeLLa❀ said...

wa cuma takut bila lu tukar nama nanti ,bila datang penyakit alzheimer lu nanti lu tak ingat itu blog lu sendrik..

Darab Dua said...

@iman aisyah alamak. dia kalu doktor yg bc ni jd segan. mula nak menulis mende2 ilmiah jdnya. ha ha!

@paiseh ha ha! cilakak! kecik hati multiply. sng2 saja kita anak tirikan!

@hanie haa.. ini 1 isu yang gua risaukan. lupa url belog. kah kah!

@poyo kah kah kah! cilakak! laju saja nak cedok perut gua

@lotikus sedak apa? kah kah kah!

@arabelah kah kah kah! jgn didoa!

k.e.r.i. said...

first time gua tengok gambar sebelah nama Darab Dua, terus gua kutuk dalam hati.
"patut lah nama tak sedap, tengok muka lah"

HAHA!

LediAgli said...

tiba-tiba gua hilang idea nak komen, sebab tiba-tiba setuju dengan k.e.r.i.

ishk

@tune® said...

wekkk...

xpayah tuko weh..

mengarut name yg lu canang...