Wednesday, October 12, 2011

Mengamuk

Bangun pagi tadi gua mengamuk. Gua bangun bangun, terus gua tumbuk tilam dengan tangan kiri. Memang gua rasa nak sepak katil. Tapi sebab gua tak cukup ong bak, jadi gua membatalkan niat sepak katil. Silap sepak kalu buleh patah kaki. Jadi gua carut 2 3 guni sambil tumbuk tilam. Segala doa bangun tido pun gua jadi tak baca. Apa lagi menjeling dekat gambau makwe yang gua tampal dekat dinding tepi katil. Ok, yang ni gua kencing. keh keh keh!

Sebab apa gua mengamuk? Sebab bangun tido pagi tadi, gua masih tak buleh nak gerak secara sedap sedap lagi tangan belah kanan gua. Tangan belah kanan ni memang 'king of tangan' sebab gua ni bukan kidal. Masuk hari ni 6 hari dah gua cacat sebegini. Sumpah! memang tak sedak langsung rasa dia. Masuk 6 hari juga gua MC. Dari acara makan membawa ke acara menaip dekat kompiter, 1 pun gua tak buleh nak handle. Baju gua tu dah 1 baldi yang kotor. Scene memasak pula gua main campak saja. Apa kes woii gua nak potong ayam pun tak buleh. Tapi nasib member gua jenis 'insani' lebih terhadap kawan kawan. Sahabat dari negara matahari terbit buat shushi dengan Okonomiyaki dekat gua, sahabat eropah pula buat 'lamb chop' dekat gua. Peh! haru rasanya. Ya, pasti lah makwe kedua duanya. kah kah kah!

Tadi tengah hari gua ke pusat fisiologi. Sedap juga nama dia "Back On Track Physiotherapy" amcam? menangkap bukan namanya? Nasib baik doktor yang gua jumpa tadi berstatus makwe, lembut dan madu orangnya. Sipi sipi 'grey Anathomy' juga gua tengok. Pungpang pungpang check sana sini. Doktor madu dan lembut mengesahkan gua 'unfit for work'. Jadi dia kasi gua lagi 14 hari MC. Terus buat gua rasa down. Kalu lu orang nak tahu, Niu Zilen ni MC kalu, maknanya lu tak dapat la gaji. Bila tak dapat gaji, tiada duit la gua woiii!

Kalu diinsafi, tuhan baru kasi tarik 1 nikmat yang gua pernah ada. Allah taala nak kasi gua rasa sikit macam mana cacat gamaknya. Nanti bila gua dah sihat sejahtera baru gua tahu menggunakan nikmat tuh sebetulnya. Ye dok? Ok, agak getir juga ujian macam ni.

Dia bila sakit tangan kanan ni, perfomance jamban tetap solid. Perfomance bekerja, memasak, mengfesbuk serta mentuiter habis barai. kah kah kah!


9 comments:

sharamli said...

Bukan main mc separ0h bulan!

Fadh said...

moga cepat sembuh...

Liliyuli said...

korek la duit mana mana tabung tu..siannn dia. bersabar eh.

foxychain said...

be strong sweet! wish to stay a week longer and you might not turn out into the snowboarding accident. Sebab kami lebih gemar picnic daripada snowfield. Dan sebab itu juga you'll bring us to any other 'rare' places kan?! Hanis, you'll be missed and take care!

You blog, and that's cool. Publish more :)

hanie said...

eh.. lu ni pesen main snobod pakai tangan ke? ha ha ha

cepat sembuh oi. bak kata tok rimau di twitter..."bila kau tiada, timeline ku berbunyi cengkerik"

kahkahkah!!

uMi aishah said...

get well soon dude! nak gua bank in sebarang singgit dua ke kat lu? keh keh keh..

apei said...

Assalamualaikum,

Ke hadapan abang darabdua, apa khabar abang disana? adik disini sihat-sihat sahaja. Adik mendoakan supaya abang pun sihat tau!

Tujuan adik menulis komen ini ialah untuk memberi tahu abang darabdua bahawa adik telahpun sihat sepenuhnya dari pembedahan pinggang adik hari tu. Doktor cakap adik dah boleh mula bertugas semula hari isnin ni.

Tak sabar rasanya adik nak mula bertugas semula walaupun jawatan adik hanyalah sebagai seorang kuli saja.

Oklah abang, adik mengundur diri dulu. Nanti kalau adik ada masa adik menulis surat lagi kepada abang darabdua yer.

Abang jaga diri tau! adik ingat abang selalu.

Oh ye, kakak angkat adik kirim salah kat abang. Dia kata abg kiut bila tangan patah.

Sekian wasalam.

Pecah kaca pecah gelas
Dah baca komen jgn lupa balas tau abang!!!

Yang benar,
Adik Apei.

hanie said...

macam siot komen apei!!!
hahahahaha

tuan hamba jgn macam2. perangai biar molek sikit!

Darab Dua said...

@sharamli
mc gua bukan bergaji wooiii

@fadh
terima kasih padh. teharu biru gua

@lililulu
masalah dia gua tiada tabung. sapa nak jawab?

@foxychain
thanx! huhu! mende dah nak jadi. rajin kalu mmg menaip. tapi dia berat ke malas! ha ha!

@hanie
kah kah kah! gua jatuh gaya hensem.
dgn fesbuk2 gua pn dah bunyi cengkerik

@ceem
thanx mate!

@apei
ha ha! komen2 macam ni buat gua nak print pehtu tampal dekat ruang tamu rumah gua ni. waalaikummussalam dari ethan hunt.