Tuesday, October 25, 2011

208 : Hilang Dalam Kabus Pekan Mataura

Hari tu hari ke 208 gua dekat bumi Niu Zilen. Dengan kata lain hari tu hari ke 22 gua 'jobless' serta 'homeless'. 10 hari pertama gua 'homeless' gua masih mengamalkan cara hidup sihat lagi, tidur di backpacker hostel contohnya. ha ha! Tapi lepas 10 hari tu gua rasa gua makin miskin. Gua mula 'downgrade' ke scene tido dalam khemah serta dalam kereta. Amcam? Niu Zilen ni bukan macam negara najip. Lu tak buleh main pacak khemah ataupun main 'parking' kereta ikut sedap. Sebab dia buleh mengundang saman itu jam sebanyak NZD100 juga. Tapi pandai cari 'port' kalu selamat. Orang tua kabor malang tidak berbau, jadi baik gua mengambil langkah selamat. Tido di 'campsite' yang deme sediakan. Bayau dia pun runcit runcit.

Scene scene tido dalam kereta dan khemah ni sebenarnya tak king. Dia king hanya di negara Najip Razak. Berkhemah dengan budak budak pengakap pehtu makwe makwe puteri islam join sama. Yang ni baru king rasa perkhemahan dia. Tapi bila tido dalam khemah sebab lu takda tempat berteduh yang lain, rasa dia tak king lagsung. Macam celaka jadinya. Waktu gua ber'homeless' itu hari. Suhu waktu malam sesetengah tempat gua cari port tu masih lagi cecah 0 darjah juga. Apa gila gua buleh tido selimut pakai kain pelikat. Sipi sipi nak beku juga. Dapat malam yang suhu 5 darjah tu gua dah auto senyum sorang sorang dah.

Gua berhijrah dari satu bandau ke satu bandau nak cari kerja. Mende cari kerja ni bukan senang. Dia susah macam peperiksaan matematik tambahan. Sebab tu SPM gua dapat C. kah kah kah! Ditambah pula itu jam visa pekerjaan gua hanya tinggal lagi 4 minggu nak luput. Menambahkan lagi kesukaran mencari tempat kerja. Dari pekan Oamaru membawa ke pekan Dunedin, gua memandu pula terus ke pekan Gore, terus lagi memandu ke pekan Bluff kemudian naik ke pekan Invercargill. Haram takda 1 kutu yang sudi memberi pekerjaan kepada gua. Cilakak! tak bidang sangat kah dada gua ni woiii?

Melihat ke akaun gua yang ada tak sampai NZD250, gua dah jadi pucat juga runcit runcit sebenarnya. Hero hero juga,tapi apa gila kerja takda, tempat berteduh takda, duit takda. Komplit lain macam dia punya pakej itu jam. Itu belum tambah gua ni takda tiket untuk pulang ke negara Najip. kah kah kah! Ditambah pula dengan gua itu jam menjalankan ibadah mencari kerja serta berjalan secara solo dan bujang. Dia punya kacip mula jadi lain macam. Gua mana ada kawan dekat sini itu jam. weh Ini nama dia King of Komplit!

Apahal pun terima kasih kepada sebatang sungai dan beberapa jenis pokok liar yang gua tak tahu nama di pekan kecil bernama Mataura. Sebab lu orang gua mampu memancing untuk mendapatkan ikan buat lauk, serta pucuk pokok menda ntah gua petik buat sayur campur. tapi sedap lain macam. Buah berry meliar sebagai pencuci mulut memang terbaik. Tanpa lu orang, dah lama gua makan rumput macam biri biri. heh!

kalu nak tahu pekan Mataura tu di mana, sendiri gogel. Takkan semua mende gua nak suap. Siku rusuk belah kiri baru tahu. Nak baca cerita Niu Zilen gua yang lain, sendiri cari. Yang ada nombor nombor tu kira betul la tuh

5 comments:

hanie said...

apakata lu bikin novel satu? wa syak lu balik negara najip dah buleh buat banglo 4 tingkat. kahkahkah

poyotito's said...

cilake, sebab juga dada baca.
rasa serupa nak hulur seringgau..

apei said...

lu memang king of 'man vs wild'. Buat gua seram pulak nak terobang pi sana.

Darab Dua said...

@hanie
tunggu gua masuk kelas bahasa melayu baru buleh. kalu dok buat kena pukul dgn a samat said saja. ha ha!

@poyotitos
cabaran hidup org kabor. kah kah kah

@apei
haa.. ni la org kabor sebesar rumah bermula dgn sekecil bata. kah kah!

foxychain said...

Stunning! you remind me of Christopher McCandless. Go google it!