Sunday, November 27, 2011

siri pengembaraan melihat tanah air : warna warna pelangi

hari ke berapa gua mengembara gua pun dah tak ambil port. yang gua tahu bekalan seluar dalam bersih gua dah menyusut, makna dia dah banyak hari juga. Kalu tinggal kucing dekat rumah kalu, dia dah buleh mati kebuluran macam mogadishu. heh!

Selepas gua pekena roti canai telur double dengan air teh tarik, gua mengarahkan haji budin men'drop' gua dekat stesen kereta api berdekatan sebab gua nak ke kl sentral. Apa mende kategori kereta api tu gua tak pasti yang gua tahu gua naik dari stesen dekat shah alam mentala ke kl sentral.

Pelbagai bau, bahasa, warna kulit, bangsa serta pesen. Yang palem padu adalah bau. Ya, itulah yang gua nak gambor kereta api yang gua naik tu. Sumpah kesam, masam, stokin, petai jeruk serta bulu ketiak dia punya bau woiii!

Tapi, makwe madu yang tersengguk sengguk tidur dalam kereta api tu tetap 'menten' madu tanpa menghiraukan bau. Gua syak dia membaca buku sampai matahari terbit. Itu mengantuk mari lain macam. ha ha

Monday, November 14, 2011

ibadah bekpeking

Di masa kecederaan yang gua alami beberapa minggu yang lalu, buleh tahan banyak masa juga gua habiskan didepan kompiter. Bukan banyak yang runcit runcit, tapi dia pesen banyak yang sampai gua lupa gua kena makan.

Secara luar sedar gua dah jelajah berbagai pesen jenis belog. Ada belog cerita dia pergi makan mekdonel dengan pakwe sidai spek atas kepala, ada juga gua jumpa belog pesen tunjuk gambau tengah muncung mulut macam itik kena sembelih. Aaaahh.. macam macam lagi juga pun. Palem gua tak buleh nak in pesen belog gambau atas dia tu ada besar tapak kaki saiz 11UK. Dia punya serabut lain macam jadinya. Tidak lupa juga belog pesen bubuh lagu auto menyanyi. Terkejut woiii! Mende mende macam ni mengundang jantung berlubang dikalangan pembaca yang dah berumur macam gua contohnya.

Tapi dalam banyak banyak belog yang gua terjah, gua perasan makin ramai rupanya kutu yang menulis dengan konsep travelblog. Ada yang tunjuk dia pergi berjalan konsep holiday, ada konsep rombongan mak kiah, konsep bekpeking juga dilupa tidak. Macam macam pesen gua jumpa, tapi apa kes travelblog nak bubuh gambau muncung itik juga? potong 'feel' gua nak baca betul.

Sebenaunya gua memang tabik betul dekat kutu yang buat travelblog ni. Deme ni memang merancang perjalanan dengan solid molid. Habis dia kaji selidik dari nilai matawang sampai harga sebotol air mineral. Itu belum cerita lagi kes kes seperti merancang 'route' dengan detail dan teliti. Ada yang lukis route dia dekat google map pehtu pin satu satu tempat nak terjah. Tabik woiiii!

Yang gua nak kabornya, sebenarnya gua tabik spring lima enam belas ratus kali juga dekat kutu kutu yang buat menda alah kajian sebelum gerak. Sebab gua tahu mende nak kaji selidik ni bukan mende mudah. Dia memang serabut juga jadinya. Silap hari bulan gua syak buleh bawak bergaduh dengan makwe atau pakwe. Dia memang betul punya makan masa.

Gua nak pesan dekat lu orang, teruskan usaha murni lu orang sebab mende mende yang lu orang buat ni membuatkan kutu pemalas macam gua ni jadi senang sikit. Sebab gua ni jenis pemalas nak membaca apa lagi mengkaji. Gua pesen pandai beli tiket kapo terbang saja. Ni kejap lagi gua bakal mendarat disebuah lapangan terbang yang tak pernah gua jejak lagi. Masalah palem besau ialah gua lupa nak tukau matawang negara tersebut. Nak lagi besau masalah dia, gua buleh pula lupa nak aktifkan kad ATM untuk acara amik duit dari bank luar negara. Cilakak betei. Gua dah kebulur sipi sipi mogadishu dah ni. Macam mana nak hendel ni woii! Gua harap air paip dekat tandas dia selamat diminum macam dekat Niu Zilen.


*entry ni gua tulis masa dalam kapo terbang dari oklen ke singapura. Sebelah gua ada makwe jerman yang gelak pesen 1 kapau terbang buleh dengar. Terus gua jadi down bila di ajak berpungpang pungpang

Saturday, November 12, 2011

Ruzana

Waktu darjah 3 dulu, gua ada sorang cikgu bahasa melayu yang namanya cikgu Ruzana. Cikgu Ruzana ni garang dia bukan main champion lagi. Memang pesen garang nak 'celen'' cikgu besar yang nama dia gua lupa. Nama penolong kanan pun gua lupa. Cikgu Ruzana ni dia popular dengan cubit dekat perut, ataupun pulas telinga. Tapi pulas telinga dia tak king macam cubit perut. Hasil pulasan telinga cikgu Ruzana palem champion pun takat merah saja, itu pun kalu pelajar berkulit cerah. kalu pelajar pesen berkulit kaler lepas isyak ni, takda kesan sampingan sangat. Haa.. kalu cubit perut dia, peh! lebam tu makan 3 4 hari juga baru hilang. Sakit dia toksah kabor lah, Dimitri pernah kena cubit 5 6 belas puluh kali juga. Walaupun sakit, muka kena steady, berkaca kalu, malu dek makwe kacukan siam, Maswan Fatihah namanya.

satu hari ni cikgu ruzana ada bagi kerja rumah dekat budak budak kelas gua. Kerja sekolah cikgu ruzana ni memang umum ketahui, hardcore macam kasi kerja sekolah dekat banduan penjara dadah. Hari tu cikgu ruzana suruh budak budak dia salin 20 karangan dari mana mana sumber. Dia kabor tak kira buku dekat perpustakaan, berita dalam surat khabar mahupun surat cinta abang darjah enam. Asal jangan salin resepi memasak dalam buku resipi. Mende akal cikgu ruzana suruh buat macam tu gua pun tak tahu. Tambahnya lagi, kena buat dalam buku skrap, bukan salin dalam buku latihan garis banyak tuh.

Tapi ada lagi satu syarat yang buat gua betul punya down, apa jambannya cikgu ruzana suruh tulis pakai pen. Kalu lu orang nak tahu, zaman gua mengaji, pen palem kodi harganya 60 sen. 60 sen ni besau nilainya diwaktu pemerintahan mahathir,Jadi hal macam ni buat gua gusar sebab waktu darjah 3 aboh gua kasi duit belanja 20 sen saja. Secara matematik asasnya gua memerlukan 3 hari baru mampu nak beli pen. Cilakak betei. Itu jam gua baru nak menabung beli gasing baru bagi memulakan musim gasing pangkah peringkat zon. Lupa gua nak kabor, cikgu ruzana kasi masa seminggu untuk siap mende lahanat ni

*******

'dateline' untuk kerja sekolah cikgu ruzana telah tiba. Buku skrap yang cikgu ruzana nak ni gua tak guna teknik 'binding'. Apa gila gua pergi tanya dekat kedai runcit hassan kos membinding ni cecah RM1.20. Mahal champion punya. "syaiton punya mahal! nak pergi haji cepat betul hassan!" maki gua dalam hati. Jadi gua guna teknik kacip dan salitep ( eja salitep yg betul mcm mana woii! ). Teknik palem jimat sebab pengacip gua pinjam dengan Nurul Najwa, Salitep pula gua suit maswan fatihah. keh keh keh!

Cikgu ruzana memulakan proses menge'check' hasil kerja budak budak kelas gua. Berderbar juga dibuatnya sebab cikgu ruzana ni pesen suka panggil budak budak pergi depan. Kalu bukan sebab ada kesalahan, mesti sebab hasil yang champion. "Muhaimin!" jerit cikgu ruzana, pungpang pungpang, gua tengok Muhaimin senyum. Cilakak, kalu Muhaimin boleh senyum, maknanya gua dah boleh stenbai nak senyum juga sebab Muhaimin ni benak dia lagi benak dari gua. Memang selalu kena cubit perut dengan cikgu ruzana. Kemudian nama Maswan Fatihah dipanggil. Yang ni toksah kabor la, muka madu, mengaji pandai, tiap2 hari makan puji cikgu ruzana saja.

"Dimitri Kalkanov!" jerit cikgu ruzana. Itu jam gua setting muka habis intifada agar kelihatan nur dimata cikgu ruzana. Gua pun kedepan sambil melintasi meja Maswan Fatihah. Cikgu ruzana belek satu per satu muka surat buku skrap gua. Tiba tiba, "zasss!!!" Buku skrap gua terbang sampai keluar pintu kelas 3B. Cikgu ruzana baling buku skrap gua. "Pergi ambil buku awak!" jerit cikgu ruzana dekat gua. Steady tak steady mana dah itu jam, tapi maswan fatihah punya pasal gua jalan steady pergi kutip buku skrap yang cikgu ruzana baling tadi. Kemudian gua kembali ke meja cikgu ruzana.

Sambil cubit teknik pulas perut gua, cikgu ruzana berkata, "ni siapa suruh awak tulis pakai pen merah? awak tahu kan pen merah cikgu pakai buat tanda kertas?" Gua diam tak reply. Apa gila gua nak reply. Reply kalu memang cikgu ruzana pulas lagi kuat jadinya.

*****

Ruzana... Ruzana... sapa suruh lu tinggal pen merah tu atas meja time lepas mengajar minggu lepas? kan gua dah kebas.


Gua harap anak cikgu ruzana tak kena macam ni. Anak zaman bangfes ni bukan buleh sentuh sikit. Cubit sikit report polis, cubit sikit report bomba. Tak urban langsung!