Wednesday, October 8, 2008

scene raya III

Ari ni baru raya ke 8, gua masih lg nk berstory pasal raya. Bukan apa, otak gua masih lagi dok ingat almond london. Nak bukak story lain gua mmg tade mood langsung.

Kalau musim perayaan era 90 an dulu keluarga gua memang tak beli ayam kat gerai ayam. Tak kira la gerai ayam pak da ke, gerai ayam jaki mee ke. Bukan tak nak kasi tokey ayam tuh kaya, tp zaman gua pra matang dulu en. Bakeri ni ada bela ayam kt area rumah. Secara tak langsung mmg gua dengan abg gua unit menangkap ayam. peh! tangkap ayam bulan pose. dia punya penat mmg champion. Gua cukup membara dengan ayam kampung sbb dia punya tahap kelicikan lain macam. Tangkas, cekap dan betul. tersungkur sungkur gua nk menangkap. Tapi skali gua dapat tangkap musibah2 liar tersebut, mmg silap la. Abis gua kerjakan mereka. Ada satu kali gua letak mercun mancis kt celah bontot ayam tersebut pastu letup! Terlompat2 ayam tu, gua syak sakit jugak tuh. Amcam? ada bakat jadi PolPot bukan? beberapa minit lepas kejadian buli tersebut. "sapa sula punggung ayam nih! abis luka!" en bakeri bersuara dengan nada yang sedikit tinggi.

Sebelum terjebak ke dunia rempit kampung gua beraya rumah orang kampung jalan kaki saja. Tapi raya pertama gua dh boleh cover sampai 2 3 kampung. Semangat raya tuh tinggi, sampai orang kampung pon gerun. Mesti la gerun kalau 1 ari gua pergi rumah dia sampai 2 kali. Raya ke 2 gua mula menjajah kampung yang memerlukan kenderaan awam. Zaman tu bas SKMK je jadi pujaan sbb tuh je la satu satunya kampeni bus yang bertapak kt negeri che siti wan kembang ni. Skali tahan bas, mau 10 15 orang jugak naik. ye la, nama raya. mesti kena jalan ramai2. Lgpon kanak2 kat kampung gua tuh memang tak digalakkan naik bus dalam kumpulan kecil. Nnt senang kena pow! apa gila raya kena pow. aset tgh byk beb! boleh nangis 3 mlam kalau kena. Drebar bas cukup menyirap klu gua dan sekutu naik. Mau tak sirap, kami dok tekan loceng bus tuh sampai bas stop. Bukan nk tekan sgt, gua rasa bunyi loceng musim raya ni macam indah je. satu hal lagi, sapa suh benti 30 meter tersasar dari tempat gua nk turun. mmg gua hangin la. rasa nak paranawei saja abe li drebar ni.

Malam pula gua mula telibat dengan scene mercun dan bunga api. Gua dengan mercun memang tak pernah putus sumber. asal raya saja memang banyak sampai tak larat nak main. Tau saja gua dengan abang gua yang jual mercun kat kampung. Malam je gua dengan sekutu akan setup peperangan dengan kampung sebelah. Dari serangan mercun roket kategori thunderclap sampai la ke lontaran mercun bawang. Sampai sekarang gua pon tak tahu sapa yang menang. Bukan apa, asal kena serang je balas. Asal balas je kena serang sampai la keluar lontaran maki hamun dengan orang kampung. Zaman tuh mercun halal lagi di tanah melayu. apa gila sekarang gua nak meniaga mercun, sapa nak jamin kalau gua kantoi kena dakwa dibawah Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dengan membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali. Ada suatu malam gua leka berjuang hingga lupa untuk pulang ke pangkal jalan. Pukul 11 malam gua ketuk rumah en. Bakeri tak bukak. gua ketuk2 lagi, tak jugak beliau bukak. Gua syak en. Bakeri tak kasi gua masuk rumah dia nih. Apa lagi, gua menggunakan kesempatan tersebut dengan sambung peperangan. Kesudahan malam tuh gua kena ong bak dengan en. bakeri. peh! pedih bai sebatan beliau.

"Malam ni perang dunia pertama ke kedua?" tanya isteri en. Bakeri keesokan harinya. Perli agaknya tuh.

12 comments:

alif-mikail said...

pergh!
macamana koi tidak kesedaran ujud blogger seperti bro ini..

power pengalaman tu.. kalau acu ciplak.. bro tak marahkan hahaha..

errr.. apsal muka bro sudah tukar kaler???

.farah. said...

haha hello bro..cite bes ah.

Ojie said...

gua tepuk2 tgn baca citer bro..ada class lah...hehehe

Ojie said...

lupa plk, gua nk link bro eh..

cherrybomb said...

meriah molek zaman budok budok mung...haha!

DarabDua said...

alif-mikail,
sbb koi baru2 nk berkenalan dengan blokspot ni.
mano marah! tak urban la kalu marah.
haha~

.farah.
hulla cik titikfarahtitik!

ojie,
boleh saja link. jgn link king siang sudah
peh! muka lu saling tak tumpah cam pelakon tuh. mmg tak syak. sebijik sebijun. nama apa ntah. gua lupa.

poyotito's said...

geng2 rebel je ada pengalaman camni beb!! satu lagi, steady betul bini en.bakeri tu!
HEH!


*cerita ni menarik.

alif-mikail said...

poyotitos..
koi lagi suke muka tutup idung aok tu!

aok lagi rebel.. ahhaa

bro darab=kali=2
cepatle update .. nak gelak guling2 ni!

::.. a t i q a h ..:: said...

ahaha..best nye nostalgia lama lu.

err..agak pedih ye tindakan encik bakeri dan isterinya itu.

♥~ir@~♥ said...

salam,,aku link blog nih k

yanhashim said...

kasihan ayam tu
dia tak berdosa
dan erk..tak ada akal fikiran

ehe :P

DarabDua said...

poyotito's,
btul tuh bro. rebel saja merasa camni. peh! isteri en. bakeri mmg camtu.

alif-mikail,
gua sakit perut ni. lu ada pil che kee tea aun tak?

::.. a t i q a h ..::,
diorg mmg tegas zaman dolu2 dgn gua.

yanhashim,
zaman pra matang.
dia punya kejam mmg lain macam.
sekarang gua dh berubah.
haha~