Friday, November 21, 2008

Gua Dengan Batuk Ni Dah Semacam Buluh Dengan Lemang Dia Punya Kacip

Hari ni dah masuk 10 ari dah gua mengerjakan kontrak batuk secara terbahak bahak. Tak lengkap benar hidup gua jadinya. Nak makan pun dia jadi tak berapa nak feel. Skali suap dia jadi auto batuk. Dah semacam nak keluar balik menda alah yang gua makan pun ada. Tido gua pon dah jadi tak berapa nak solid, dia jadi berat ke tidur runcit². Sembang gua? peh! huduh benar jadinya. Sembang dua patah gua dah putus. Itu yang 10 hari ni gua tak into scene mengayat gadis secara terus. Apa gila gua terbahak bahak lagi mahu sembang dengan gadis. Nanti mula gua kena tuduh secara melulu kena batuk selesema burung! Tapi mengayat secara maya gua tetap teruskan. heh!

3 hari lepas gua dengan penuh semangat ong bak pergi ke farmasi Guardian beli ubat batuk Habis pecah tadisi gua, pertama kali beli ubat batuk dalam hidup. Cilakak! susah jugak nak cari seksyen ubat batuk kat situ. Dah jengah 4 5 minit tu gua jumpa. Dari rumah lagi gua dok aim ubat batuk jenama Breacol. Gua tengok iklan dia boleh tahan. Semacam mujarab. Gua sebenarnya into jenama Wood`s tuh, tapi gua tengok ending iklan yang budak dok curi mangga tu kasi ubat kat pakcik batuk haram tak tunjuk mujarab ke tak. Paling kodi pun tunjuk le orang tua tuh dah bebas dari serangan batuk, konpiden sikit gua nak beli. Ini tidak, dok tunjuk budak mencuri tu dapat upah mangga 4 bijik apa hal? Iklan mencuri mangga ke iklan ubat batuk brader?

Gua tengok rak tu banyak jenama, Wood`s la, Cap Ibu Dan Anak la, Cap Kelapa Laut afrika la. Aaaah.. gua dah mula keliru dah. Tadi memang sedap² gua aim Breacol. Tapi gua tengok² kotak Breacol ni kodi sikit. Kaler biru saja. Lemah betul designer packaging diorang. Makan gaji buta la tuh! Gua ingat lama jugak gua dok seksyen tuh. Dah pertama kali gua nak makan ubat batuk, gua baca satu persatu cara nak menelannya. Gua baca jugak la isi kandungan, kan ada pesen bubuh ketamin dengan melamin. Hoh! tak ke haru gua.

Penyudah dia gua ambil jenama Cap Ibu Dan Anak, baru tradisi orang kabor. Jangan pandang rendah bai. Jenama ni pernah sponsor crita bola tampar yang gua dok tengok zaman gua masih hijau dulu. Nama apa ntah cerit tuh, dia pesen buleh spike sampai bola bulat jadi bujur! heh! Dah ambil tuh gua nak bayau, cilakak! ramai pulak orang nak bayau, tadi gua baru sampai bukan nak bayau diorang nih. Pesen dengki dengan gua tak tentu hala la nih gua syak. Tengah beratur tu gua muhasabah balik, tadi gua aim lain tapi belinya yang lain. Tak boleh jadi ni. Akhirnya gua beli itu jenama Breacol. Huh! susah jugak nak beli ubat batuk ni. Boleh jadi dilema la gua ingat.

Itu 3 hari lepas, tapi pagi ni kenapa gua tengok ubat batuk tu elok lagi dalam plastik Guardian.? "Nanti sampai seru gua minum la" getus hati gua.

31 comments:

mrblind said...

nak makan ubat pun lu culas..bila mau baik ni brader..

rahimin idris said...

batuk ni jangan buat main. ada kena penampor dengan jiran kalau membatuk time orang sedap2 tidor ni! haha

o-y-e-t-t said...

lu batuk sebab isap curut kuat sgt nih

Fadh said...

lu jgn main2 dgn batuk nie...nanti jadi batuk berdarah...ngan ubat batuk pun lu jgn buat pasal...silap2 lu jadi penagih ubat batuk tegar bai...

Hanim said...

Citer tu tajuk Maero Attack. Sommersoult berpusing!!! hhahahaha

yana said...

oit.
mkn la ubat tu.
nnt x sembuh.
susah nk mengayat di alam nyata.
heheheh.

mek'd jom!

c.h.i.p.s.m.o.r.e. said...

"Nama apa ntah cerit tuh, dia pesen buleh spike sampai bola bulat jadi bujur"..

wa tau bro..citer maero attack..pasai bola tampaq kan??best ler citer tue!!!bro igt lagi ark lagu dia??
"chun,yo jia,kapten..teman seperjuangan ke olimpik..sayang gugur seorang..yo jia teman tersayang..akhirnya chun sendiri..bla2.."..

hehehhehhh.. :P

cherrybomb said...

haaa cerita bola tampar.aku igt nama chun tu.dia pakai clip arnab atah palo..betulbetul ubat batuk cap ibu dan anak sponsor..haha

Qaseh.Darwisy said...

ssh sgt lu telan jea air panas yg baru mengelegak tuh secara berani..pesen yg boleh cover dari telan ubat batuk..

cikin said...

Lepas baca entry ni aku terus cargas ke klinik td. Baru prasan batuk aku pun dah 2minggu tak baik. ekekek.

Gi klinik la bro. Musim ujan ni sejuk, batuk mmg payah nak baik.

tasikmerah said...

gua ubat batuk cap lain main tak boleh pergi, nak wood's jugak. cap kayu. ha ha.

MAT MIMPI said...

aku tgk gak crita tu
stail pakai seluaq ketat
pastu lepas peluh
mandi sebelah2 berhadangkan papan .tp bleh nampak kepala org sebelah
huuuuuuuuuuuu

KARKADEWA said...

rugi la lu tolak ubat batuk cap ibu dan anak...
bole men wayang kulit brader...
lu x mengenang khazanah lame la...
lupe daratan....

af [ R ] ed said...

itu cerita bola tampar gua tau , x silap gua name dier hiro attck, tapi yg pasti mmg ade attack attack. pastu style serve dier, "summersolt berpusing" awek jwpun tu teriak.. oergh.. best best...

Nuts@Kacc said...

wow lu layan gak maero attack tu..tapi kerana maero attack gak la aku tiap jumaat tanpa fail menamatkan persekolahan lepas rehat..haahahah....

lu makan la ubat tu..apa kes lak mamat yg separa macho ni takut mkn ubat...

sultan said...

ini batok bkn sbb ape ni. sbb name ko dah makin byk meniti dibibir gadis2 cyber ni. haha...

yanhashim said...

punyalah hebat cari ubat batuk
ingatkan dah setengah botol habis
rupanya..
tak pe lah
nanti kalau tak boleh tidur
boleh juga buat minum-2

Princess Azi said...

kang batuk da benti ubat x abes lagi
lu jgn buat minum2 kasik high sudah la ;)

farhanaLicious said...

hahaha. dulu pun pernah kena batuk teruk macam tu. degil tak amek ubat ugak. last last kawan tegur;

"aku rasa semalam aku dengar ada orang laki batuk dalam umah nih. teruk betul bunyinya."

this.is.not.me said...

incik DarabDua..smoga cpt sembuh!
xD

@tune® said...

aiseh!!blog lu bawak virus sampai gua pon kene tag batuk gak!!lu hantar sini le ubat..xpon kite amek tips si kikuri..xpon lu cabut jer tekak lu tuh...

Fiziy said...

lu pegi hisap rokok byk2. confirm batuk hilang. kalau tak hilang batuk, lu hilang suare la.. HAHA

af [ R ] ed said...

Lu di tag dgn kelajuan berkadar terus

Dzulkarnain Mohamad said...

orang kabor ubat batuk x boleh minum banyak sgt. dia boleh effect ke buah pinggang.

ilazz said...

makan ubat pon susah? isyh2 anak aku pon x susah cam ko nihh

azlin hashim said...

isyhk.. isyh.. isyh.. bahaya..

cikhajar said...

apaa laa susah sgt.. g jek laa klinik dapat ubat dr dokter... haiyaaaa okok pahit2 bleh di isap.. ubat pahit2 susah nak teguk...

poyotito's said...

orang kabor batuk lama2 ni umur pendek.
ah sudah!habislah lu..

l.i.f.e said...

strepsils mujarab!
tak payah rasa mengantuk

haku said...

"batuk itu menunjukkan kematangan usia...jd jgnlah anda takut batuk wahai manusia..batuklah secare yakin!!"
(kate sorg pendita sambil dikelilingi asap berkepul2
sambil ditemani background musik 'kkrreenngg..kkrreenngg..')

yosh!! '0'v

DarabDua said...

mr.blind,
brg tak sedap kena licik!
haha!

rahimin,
aaahh.. dah tido tgh hari nasib dia.

oyek,
gua tak mencurut weh!

fadh,
peh! seram lain macam tuh.
itu gua jadi debor nak minum, kan ketagih susah.

hanim,
hah! gua syak btul dh tuh!

yana,
tak sedap! camna nak makan.
tp kalu telan berjemaah dgn beger mek`d sedap juga tuh!
heh!

chipsmore,
cilakak! ingat lg. kipas susah mati benar lu nih!

cherrybomb,
hah! tapi ibu dan anak olskool dooh!

qaseh.darwasy,
hoh! lu nak suruh gua jadi OKU apa?

cikin,
klinik lg angker weh!
tak tak pasal2 gua kena cucuk.
Dr. skang bukan buleh buat main²

mat mimpi,
aaahh lu. kecik² dah intai orang mandi.
haha~

karkadewa,
taknak gua wayang kulit.
mak yong la! baru menangkap
heh!

afred,
haa.. summersoult dia mmg berpusing!

nuts@kacc,
hah! kipas maero attack jugak lu nih.

ubat tak sedap weh!
itu yg gua tak into

yanhashim,
pemilihan kena tepat!
itu yang boleh bawak ke dilema.
kan smpi seru gua telan.
hehe~

princess azi,
uih! tak mungkin gua.
heh!

farhanalicious,
peh! ganah benar lu membatuk.

this is not me,
terima kasih kerna mendoakan gua.

atune,
tips dia tuh pelik benar. angker jd gua.

fiziy,
cilakak! lu nak meng OKU kan gua le ni!

dzulkarnain,
lu biar mangga?
debor gua ni!

ilaz,
aahh.. kanak² punya ubat batuk ada perisa.
boleh la.
haha~

azlin hashim,
hah! ni lg sorang nak mengangkerkan gua.

cik hajar,
gua tak merokok weh!

poyotito`s,
cilakak!
debor weh! lu jgn nk mengkaborkan angin tak tentu pasal.

life,
hah! terbaik, kan gua beli.

haku,
ini berita baik.
gua dah matang nampaknya!
heh~