Thursday, January 15, 2009

Helmi Ni Culas, Licik Pulak Tuh. Tapi Senang² Saja Dia Kecundang Dengan Puan Rohani. Ntah Mende La Akal Helmi Ni.

"Mak, ari ni Mi ada kelas tambahan. Pukul 5 baru balik." Kata Helmi. Helmi ni anak kedua pasangan encik Ismail dan puan Rohani. Hari ni sebenarnya Helmi takda pun kelas tambahan. Dia chong mak dia saja. Dia punya 'setup dressing' memang gaya nak pergi kelas tambahan. Sebelum keluar rumah tadi sempat lagi Helmi suruh mak dia tajamkan pensel. Katanya hari ni kelas Bahasa Melayu, cikgu nak ajar buat karangan jenis laporan. Pensel kena tajam. Baru sedap nak mengarang. Hah! kemain kemas lagi modus operandi dia. Helmi juga tak lupa galas bag. Bag dia jenama Swan. Jangan tak tahu, kat dalam kelas 3A, Helmi dan Suhaili saja yang pakai bag jenama Swan ni. Peh! memang up habis!

Dah dapat duit RM2 dari puan Rohani, Helmi pon jadi auto senyum. Dengan auto senyum dia kayuh basikal gaya nak ke kelas tambahan. Basikal Helmi jenama nexus. Jenama ni tengah hit kat pasaran. Pesen canggih jugak. Skali kayuh buleh pergi jugak 30 meter. Tapi kalu turun bukit tuh, peh! toksah kayuh pun dah jalan. Memang mantap. Tambahan pula ada sistem brek cekera depan dan belakang. Cengkaman dia tok sah nak kabor la. Memang solid! Motor cikgu Zaki kat sekolah pun takda sistem brek sebegini.

5 minit mengayuh Helmi pun sampai ke destinasi sebenar. "Bang, nak main pc 10, RM2." kata Helmi kepada brader di kaunter pusat internet. Baru saja Helmi nak start main, akid selaku member kacip Helmi menyapa "Mi, banyak gila pedang Rohani ko tuh. Kasi la aku satu." Lantas Helmi membalas " mana buleh! nak bayar la!" . Helmi ni champion 'game online'. Dia main game 'Jin Online'. Watak helmi dalam permainan tuh bernama Rohani. Katanya sempena nama mak dia. Baru berkat nak lawan penjahat. Ntah mende akal Helmi ni. Kecik² dah culas!

Tengah sedap² Helmi layan berlawan, tiba² "tap!" bunyi telinga helmi kena jentik. Kuat bunyi ni. Kena kalu, sah merah telinga. Helmi tak pandang. Dia main 'sound' saja. "Gilo! jangan kaco! Rohani aku tengah lawan penjahat kuat ni!" "Tapp!" lagi sekali telinga Helmi kena jentik. Kali ni belah kiri pula. "Jangan kaco la gila! Mati Rohani aku ni sapa nak bayar?" Marah Helmi. Itu jam kawan Helmi tiba² jadi diam. Ada yang blah pelan². Helmi apa kisah. Janji Rohani dia tak kalah.

**************

Betul² posisi belakang Helmi tu, puan Rohani dah hayun tangan tinggi² dalam posisi melepuk. Tinggi benar, macam nak hayun kayu golf pun ada. Tunggu masa saja nak lepuk Helmi. Jentik tak berkesan. Memang lepuk saja lah yang menjadi. Helmi... Helmi.. Culas lu kecundang itu hari.

36 comments:

FarhanaLicious said...

haha. macam mana mak dia tau dia pegi cc?

paiseh said...

huh.. kalu gua ngelat cmtuh kompom encik abah bagi belakang parang.. solid punye atas tulang belakang!

*gua syak lu laa helmi tu. kan.? kan..??

oyett said...

zulhelmi bin fuad...
darjah 4 merah...
skolah kebangsaan dato shah bandar abu bakar, labu hilir negeri sembilan...
mane ntah dier tu...jgn ke serenti sudah

alif-mikail said...

hahaha.. helmi itu adalah aok kan?

hahahaha...

mrblind said...

lu report kat puan rohani kan..lu memang dengki..

Firdaus said...

brader citer lu real mcm pengalaman sebenar. kalau lu terus letak nama betol lu ganti nama helmi pun lagi ok gua rasa.

Antusabun said...

Gila tinggi tahap modus operandi si helmi ni ye? Siap suruh mak asah pensel. Memang gila punya licik ini budak. Macam mana gua boleh tak terpikir benda2 ni sume masa gua kecik dulu. Yang aku heran, mak dia pun licik gak

Anonymous said...

terasa betul aku dgn posting ni biler nama sama ni...!

Fadh Rahman said...

helmi = darabdua

jo said...

gua pon sependapat ngan dorg..gua rs helmi ni bukan nama sebenar...

tasekM said...

ingat nexus tu ultraman. hehehehe...


:p

cikhajar said...

tp sekurang2nya helmi ni ta derhaka kat mak beliau..hahaha siap kasik nama mak die laie... syabbas helmi krn masih menganggap puan rohani sebgi heroin.. hihihih

ceri masam said...

hahahahaaahha!

puan rohani memang terer!
tau je dia mana si helmi pergi!

kah kah kah!

kan dah kena! hehehe

hzrh said...

pehh..itu memang berkat sungguh org kabor!
ahaha~

pi/es:dgn yakin gua ckp helmi tu adelah bukan nama sebenar!xD

Ojie said...

helmi tu lu la..sah2 punye kan..lu saje tamo ngaku..lu malu sbb puan rohani sudah piat tinga lu kan..hehehe

Anonymous said...

kahkahkah

helmi a.k.a darab dua?

raban demeh ni

mart gee said...

steady lah kak rohani!
hahahaha
tergulin aku baca entri ni

Anonymous said...

dan akhirnya...helmi kecundang di tangan puan rohani.

amacam? berbisa tak lepuk puan rohani? hahahaha.

alif-mikail said...

ni kira tajuk novel baru

HELMI

kalah novel SALINA..

hashahahaha

Anonymous said...

brader tokei pusat internet = darabdua

kan? :P

ijan said...

kes2 cam ni la yg wat aku bantah keras bile pihak cc x bagi pakai helmet dlm cc...

Anonymous said...

haibat seh deria mak helmi. pakai antena per??

garpu karat yang dah ting tong said...

hahahaha. lawak doo

LYS said...

bai..
ko pun aku tak kenal ape tah lagi helmi itew..

ilazz said...

ni mesti mkcik rohani pun slalu port cc..

@tune® said...

gua naik beskal..tp kayuhan gua xkemana..

apesal eh?

Edna Sinn said...

susunan ayat yg selamba buat aku ketawa terburai-burai...
hahaha

Anonymous said...

hahaha...
tak bley belah nama watak die..hahaha

asah pensel gune pengasah yang maju tu ke?ah..beliau memang up.

Darab Dua said...

farhana,
naluri ibu!
mesti tau punya.

paiseh,
garang benar abah lu ni.
bukan weh! jgn tuduh.

oyett,
aaah.. lu ketua darjah ke?
hapal nama kelas mate.

alif-mikail,
aaah.. bukan weh!

mrblind,
bukan gua.. gua syak akid.

apei,
tak nak gua.
gua tak culas macam helmi tuh!

antusabun,
minum susu mahal gua syak.
itu yg licik tak tentu hala.

hidemichi,
hah! ntah2 lu pernah buat ini macam.

fadh,
salah weh!

joe,
helmi bukan nama penuh!
heh!

tasik,
haa.. itu lu ingat.

cikhajar,
naluri ibu katakan.
dh helmi pon duk petik2 nama dia.

this is not me,
berkat!
helmi tuh bukan nama penuh!

ojie,
bukan weh!
gua tak setan macam helmi ni.

benludin,
cilakak! lg skali gua kena tuduh.

mat mimpi,
rohani mmg steady!

cikin,
berbisa jugak gua syak!

alif-mikail,
hah! menarik akal lu nih!

liana I.,
aaah.. ada jugak yg betul meneka!
heh!

sultan,
lu nih pelik benar. nak pakai helmet dalam cc!

hanis,
dia pakai naluri keibuan.

garpu karat,
helmi mmg macam tuh!

makcik rokiah,
lu rohani eh?
haha~

ilazz,
dia ada pasang spy situ gua syak!

atooney,
sbb lu naik beskal senaman tuh!
amcam?

qasiyh,
salah cikgu bm gua dulu la nih!
heh!

macha,
haa.. pengasah yg buleh pusing turh.
canggih benar!

BudAk hijAu said...

gua saspek ah ngn puan rohani...
xpasal2 lu kecundang di tngn die...
hahahhahaha....

Rahimin Idris said...

ha ha budak ada nama mi kat belakang ni memang licik!!!

Anonymous said...

wuarghahahhaaa...ni helmi ke kau?

Wan Farhanim said...

la.kejadian berlaku di cc mung ko?hahahahahahah

Anonymous said...

ya, itu hari malang bagi helmi..haha.

Liana-I said...
This comment has been removed by the author.
nuyuljana said...

hahahaha.

siap letak nama mak segala!

:))

syok!