Monday, January 19, 2009

Sepetang Bersama Encik Rashid bin Ismail. Dia Ada Kancil Kaler Merah Dengan Transmisi Automatik 3 Kelajuan.

"hoii!!! taukey! amcam bisnes?" Jerit gua dari atas motor honda ducati berkuasa rendah yang gua tunggang kepada Rashid bin Ismail ( nama sebenar ). Rashid ni peniaga roti goreng dan cha kueh di sebuah gerai depan klinik kesihatan kat kampung gua. Tapi kalu bulan puasa Rashid pegi meniaga murtabak kat bazar ramadhan. Berbakat benar anak bongsu pak Mail ni. Macam² dia buleh buat. Sampai ke tikam nombor pon 'terrer', ari tuh gua dengar dia kena dekat 6 riban jugak! Kemain lagi tukau sport rim baru kat kereta kancil dia, ekzos pon tiba² jadi besau. Dia punya jam? Peh! jenama Rado brader!

6 tahun lepas gua pernah menjadi kuli kepada Rashid. Lama tak lama sangat, dia tak sampai satu musim, tapi 2 purnama jugak. Selaku kuli, tugas gua memang tak buleh lari dari skop membuka gerai. Tapi kadang² gua rasa semacam gua tauke pulak bila gua dapat sms Rashid macam ni "Ari ni lmbt sket, bos bukak la dulu gerai tu". heh! Tapi hari ni gua pergi gerai Rashid, tade menda yang berubah sangat, dari kuali pakai untuk menggoreng membawa ke kerusi tempat gua curi tulang. Tapi tong gas dia dah bertukar la. Apa gila 6 tahun pon tak tukau tong gas. Lu ingat nak hidup dapur pakai air ke?

Rashid ni pemurah orangnya. Hari kedua gua jadi kuli dia dah bagi pesanan kat gua. Ini macam "kalu orang beli RM2 tuh nnt kasi la lebih, 1 biji ke 2 biji. TAPI, orang tuh merujuk kat awek saja. Laki ke pakcik makcik ke tak payah." Amcam? pemurah dak tauke gua?

Ada satu pesanan Rashid yang memang gua tak lupa haram sepatah pun sampai ari ni. Dia kabor kat gua "kita meniaga ni tak boleh jual mahal², jual mahal² pun bukan buleh pegi haji pagi esok. Kena beratur depan Tabung Haji jugak. Kita meniaga ni bukan nak untung, meniaga nak pahala saja." Peh, tikam nombor tikam nombor jugak, pesanan Rashid memang tak pernah lekang dari kata ilmiah.

Pungpang pungpang, gua sembang dengan Rashid. Macam² topik kami sembang, dari gadis lepas SPM yang kerja 'part time' kat Petronas nuh membawa ke topik politik yang tengah hit kat Kole Terengganu. Tapi ada jugak sikit² Rashid petik topik nombor ekor dia. Penat jugak gua sembang dengan si Rashid ni, asyik kena memekak saja. Bukan apa, 'sound' dia tak berapa in sikit. Pekena pulak sembang gerai tepi jalan yang segala mak nenek kenderaan lalu. Peh! ada jugak gua rasa macam gua sembang dengan orang jarak 35 meter.

Pekena sembang, pekena roti goreng yang gua paw sebijik, gua pon nak blah. Tapi sempat lagi gua petik, "boss, tapau roti goreng 4 5 biji." "Okeh, beres" kata Rashid dengan tangkas. Gua pon tanya "Berapa?" Dia kabor "RM1 sudah le." Lantas gua balas "Alaa.. 4 5 biji je, kita meniaga bukan nak untung, nak pahala saja." "hahaha.. bolehh laa" jawab Rashid sambil tersenyum.

Amcam? licik dak modus operandi gua? Dapat pekena roti goreng free! bukan sebiji. 5 biji weh!


Rashid sedang gigih mengerah tulang empat kerat

26 comments:

@tune® said...

pandai lu saiko anak pak mail nih...

tp kan..die still main no eko ke?

isk²..lu kasik ceramah sket la kt die..kabo die ek..

FarhanaLicious said...

roti goreng? dah lama gila gua x makan. bak la sekilo dua.

Darkkadabra said...

cerita yg mengisaf kan aku..

selambe sahaja aku gune ayat tu kat kfc nnt..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

apesal li tak mitak 8 biji?

cikhajar said...

roti gureng tuh apakah?? ruti yg digureng bodo ke ada celop2 telur?

jo said...

hehe...pandai lu pulang paku buah keras ye...

bokbon said...

roti goreng? teringat zaman gua sekolah dulu. duit banyak gua balun nasi, duit sikit gua balun roti goreng, heh.

BudAk hijAu said...

ruti goreng...?apakah??
sungguh aku xtau..heheheheh..

paiseh said...

bile pulak lu ada kat kampung nih... arituh kemahen sibuk smpai tak pijak bumi..! hahahahaa....

Ojie said...

heheh lbh baik dia bg lu free je dr dia dpt duit lu pastu buat beli nombor..

Kan? Kan? Kan?

tp gua haram tatau roti goreng tu apa? sedap kah?

Firdaus said...

bagus boss lu ni. mcm ustaz gua masa sekolah rendah dulu.

Anonymous said...

incik darab, bila lu nak balik kampung lagi? nnt tapaukan gua barang 10-20 roti goreng eh.

chup, camanekah rupe roti goreng itu?

dzul said...

6 thn berniaga,yg berubah cuma tong gas. peniaga melayu..mmg byk niat utk membantu n utk pahala..tak macam peniaga bangsa lain..kadang2 pikir pn mungkin kita sendiri tak bantu peniaga kita..contoh..katalah dulu kuih 4biji singgit..bila peniaga jual 3 biji singgit terus kata mahal..itu belum masuk bagi lebih kat awek cun lg..untung sikit..
aku penah dengar keluhan peniaga kuih pasal hal ni. macamana kita nk bersaing dgn cina jual henset..hmmh..

*en rashid jenis peniaga melayu yg mcm ni x?

Antusabun said...

Lu kena titik tangan dia yang suka main nombor ekor tu. Tu tanggungjawab lu selaku warga perihatin. Baru berbalaoi lu paw dia roti...hahha

.farah. said...

laa lu keje sini ke dulu..?pehal tak kabo? gua xpenah pulak lalu sini.heh.

mrblind said...

lu kategori awek ke..biasa awek je dapat free..

hzrh said...

kepada incik rashid,
terimalah sahabat mu ini seadanye..
>.<

Cik Nazaitul Nadia @ Cik SesuciQiellah said...

memang best arr lu bro.. lu kawan tak kira saper bro... elok arr tue biau bersepah kawan beb jgn bersepah musuh wakaka

Fadh Rahman said...

kalau ada 5 cukup laa orang macam lu...mau tobat si rashid tue.

Anonymous said...

err...roti goreng tu ape?

eh pemurahnye die.nak address kedai die :D mane tau kot2 dapat 6-7 roti goreng :P

Anonymous said...

ko mmg berOTAK oportunist!
syabas....

tasekM said...

roti goreng hok jenih mana ni weh...?

mart gee said...

cuti kali nk best
blk kg semua benda murah

Anonymous said...

Pandai lu tikam!

Anonymous said...

wa syak wa kene beguru sama lu la..
lu banyak skil !!

mahaguru darabdua!!

.::c!kzUrA::. said...

haha pandai lu bt helah bro!
respek ar..