Monday, January 12, 2009

Kenderaan Awam Ni Kenderaan Yang Kita Naik Secara Berjemaah, Bukan Macam Kenderaan Yang Lu Beli Sendiri Buat Pergi Berjalan Jalan

Beberapa hari nan lepas, lepas tak lepas mana la, baru saja 2 hari lepas. Gua telah menaiki bas transnasional dari Kolumpo ke kampung gua. Bas kali ni 2 tingkat. Canggih. Bukan canggih runcit², ni memang betul² canggih. Canggih sampai kat tempat pemandu tu ada skrin, nampak gambau belakang bas. Gua dapat kerusi tingkat bawah. Yang sebelah pemandu. Gua ada jugak rasa semacam gua pemandu.

Tapi dah sebab bas itu gua tengok tak berapa nak ramai, gua amik port atas. Gua memang dok aim kerusi depan sekali. Bas 2 tingkat ni dia kalu duduk depan sekali kat tingkat atas memang menangkap. Dapat tengok permandangan. Tapi dah lalu belah Gua Musang nuh, mende yang permandangan gua pun tak tahu. Ada sesetengah kes tu dapat tengok burung kena langgar dengan bas. "Kelepekkk!" bunyi burung kena cermin belah atas bas gua naik! Peh! memang secara langsung!

Kerusi bas transnasional ni dia memang empuk. Nak tidur memang sedap. Buleh condong lagi. Macam kerusi malas. Dia punya cara nak condong tu pun canggih lain macam dah, bukan tarik tombol macam kerusi di bas² yang kebiasaan. Dia pesen tekan butang yang ada gambar anak panah. Memang canggih. Empuk tu empuk jugak, canggih pun canggih jugak, tapi kalu dah 4 jam gua parking bontot kat situ, buleh kematu weh!

4 jam pertama gua memang solid, kerusi gua jajah seorang. Gua baring macam dekat rumah. Kat rumah pun tak boleh baring macam ni. Tapi lepas berhenti makan tu, gua jadi hairan, bas gua naik tadi jadi penuh. Port gua paling sedap dah kena kebas. Apa cerit ni transnasional? Lu amik duit tiket masuk poket apa?

Penyudah dia gua amik port belakang sikit. Kerusi ni memang kosong, 2 2 kosong pulak tu. Tengah sedap gua duduk, Tiba² ada gadis datang duduk sebelah gua. Gadis tu duduk saja terus tutup muka dengan kain sapu tangan. Sapu tangan dia kaler oren. Bukan oren terang macam jersi belanda tuh. Dia oren pudar, pesen basuh tuang klorox segelas jugak gua syak. Tak sempat gua nak tengok wajah. Ntah betul ke tidak gadis. Silap ari bulan mak nyah!

Tapi kenapa gadis ni tidur berdengkur? Dia punya dengkur, Peh! Memang gegar! gua syak, pemandu bas yang tengah cucuk rapat belakang bas gua pon buleh dengar. Kasar benau bunyinya. Pakcik dengan makcik yang duduk belakang gua dah jenguk². Tak sedap benar gua itu jam, gua tahu, ramai tuduh gua yang dengkur. cilakak! Ini belum kira budak kecik depan gua dok menangis tak buleh tidur. Bising sangat barangkali. Pakcik tepi belah sana nuh buat² tengok permandangan pulak, padahal tahan gelak. Tak syak lagi tuh!


gambau gua tangkap secara haram

37 comments:

FarhanaLicious said...

sempat lagi lu amek gambar dia ye? lu patut buat iklan "easy breathe" kat dia.

Darkkadabra said...

kih2..kalau dengkur2 nie..gua mmg kaki sabotaj

oyett said...

uisshhh.....berani btol dier tekup muka pakai kain lap pinggan...lu pun tak survivor mcm tu

paiseh said...

apelagi.. lu lawan laa..!! baru la kuda.. hakhakhakhakhak..!!

KARKADEWA said...

peh..!!
menangkap weyh...
feel nak tido pon tak mari mcm ni gaye...

alif-mikail said...

wah! ni koi nak join tido ni.. hahaha..

ni bile aok nak balik rumah ni weh!

mrblind said...

wei..tak mati ke tido tutup hidung..ni gua syak..dia tak nak tengok muka lu..hahaha..

Antusabun said...

Patutnya lu ketuk skali kepala dia. ni kira kes mendera jiwa gak ni. mana boleh..pencemaran!!

cikhajar said...

hahahha sian aweks tuh...mesti beliau penat sgt tuh...

ehh maju dah erkk negara kiter sampai ada bas dabel decker... tp sian burung2 yg mati syahid akibat terlanggar tingkat 2 bas..

Anonymous said...

pergh!!! mmg sadis beb wakakaka giler arr lu siap snap pic minah tue wakakak bikin malu kaum wa jer arr... gegar cam ner pun minah nie nyer dengkuran... lelaki nyer dengkuran tetap x leh lawan wakakak

Fadh Rahman said...

apasal lu tak rekemen kan alat yang bubuh kat atas batang hidung tue...apa tah nama menatang tue yang eizlan yusof dok berlakon dlm iklan tue...xpun lu record jadikan dengkuran awek tue sebagai ringtone. pas tue bila dia dah sedar...lu buat2 laa pasang ringtone dengkuran tue...sold out kalau lu jual...

MaSHee said...

Siap tagkap gambar tu..siut tul..kui...kui..kui..terer betul budak tu cover..kena tiru gaya dia nie...kui.kui..kui..

theblabber said...

alahai..
gilas spoilt pompuan tu!! cun x?

hzrh said...

gua syak beliau tutup muka ni semata-mata tidak mahu dikenali oleh sesape lepas kejadian itu,kan?ahaha~

ps:bro,kalau beliau tak bdengkur,kompem lu mintak nombor hansep beliau kan?gua taw dahhh..lalalalla~

dzul said...

cilakak, ada jugak pesen tutup muka pakai kain basuh kereta..

lainkali pakai karung tepung la br bunyi dengkur tak keluar..

jo said...

ntah2 bukan gadis x nes...?lu ikut suka je tuduh die gadis..lu saje jek nak malukan kaum gadis...ni yang buat gua angry ni....

Beto Rahman said...

mungkin dia perlukan lebih oksigen.hmm..

ijan said...

aku dah siap analisis gambo tu. sah. memang tulen...

ceri masam said...

hahahhaahahahahaahahahahahahahhaahahaahhaaha!

serius aku seram! nasib baik aku tak dengkur!

wuyo!

Anonymous said...

aku syak dia cuba menyembuyikan identiti di sebalik towel sbb tak nak kantoi la. malu weih awek berdengkur. rosak reputasi. huhuhu

hanis said...

ermmm
penat sangat la tu kot!

tasekM said...

mak nyah tu gua syak. ha ha.


.

BudAk hijAu said...

hahahahha...xley blah lu sempat snap pic die..nk wt bomoh2 kew bro..?

har..har..har...

.farah. said...

huh mentang2 la pkai henpon ada kamera, sume pic org lu nk tangkap.haha.

Anonymous said...

Tu skill tak nak bagi lu ngorat dia...mak dia dah pesan.

macha_sezs said...

lu ade usha time die nak turun bas tak??

sumpah aku dah lama x gelak macam ni pas baca blog orang lain.

alamak.xhenti2 gelak lagi.

rotfl~~

@tune® said...

apesal lu xkasik bahu lu kt die..konfem die xdengkur..lain plak kang bunyi nye..muahahha

StingRay said...

jgn ko usha menda lain sudahhh.....HAHAHHAHA

Firdaus said...

gua mmg pantang kalau orang tido dengkor. leh kucar-kacir perasaan gua.. siot tol!

anilrah said...

hahaha. ceh. ape da. ptt r trus ttp muke.

A said...

kenapa lu tak lempang je muka minah tu laju laju..

[[LiL MiSs NotY]] said...

hahaha.jahat molek mung ni hanis.wehh tiket trans mahal lonih.RM44.80.kejut akuu...

Edna Sinn said...

gile...
kalu aku naek bas sgt mntak dijauhkan ngan org mcm ni

Darab Dua said...

farhana,
dah dia tido mati.
mmg sempat le.

darkk,
hah! nak jugak gua sabotaj.

oyett,
tahu takpa.
gua syak dia napas ikut lengan ni.

paiseh,
aahh.. takde keje gua.
kan kena halau dgn driver.

karkadewa,
haha. ini gua sendiri tak tahu apa pesen.

alirf-mikail,
hah! aokk brani join le.
koi takmo.

mrblind,
stakat gua trn bus tuh dia hidup lg.

antusabun,
kan kena tuduh mencabul!
sapa nk jamin gua?

cikhajar,
haa.. meh blk tgk.
dah ada bas 3 tgkt tau.
heh!

sesuci,
nih gegau kalah laki beb!

fadh,
hah! bijak lu ni.
nnt jupe lg gua nk try.

aku..dia..kamu,
kaver muka buleh la.
kaver bunyi dia out!

dzul,
tuh le. mana dia kebas kain tuh gua tak tahu.

joe,
gua yakin gadis.
cuba lu tgk btul2
haha~

rabiatul,
mungkin jugak la.
tp ni lebih sgt dh.

sultan,
haha. lu tgk tang mana weh?

one love,
mane lu tau tak dengkur?
bukan lu dengau pon
heh!

cikin,
mungkin jugak ni!

hanis,
nih dh jd penat tak mengagak.

tasik,
haha! ada kemungkinan!

budak hijau,
gua nk bomoh kasi dia tak dengkur saja!

farah,
aaah.. teknologi mesti diguna weh!

hidemichi,
ini bukan skill nk ngorat. ni skill nak kena perambat

macha,
tade makna gua nak usha.
jd tak into mengusha dh!

atooney,
uih. buleh pekak gua. kan dia dengkur sebelah telinga gua.

stingray,
tak berapa nk selera gua!

apei,
hah! sama la kita!

anilrah,
itu la yg gua tak berknan!

AAA,
uih. kan dituduh dayus!

lil miss,
tuh la.. mahal gilos!

qasiyh,
jgn le naik bus!
naya!

Jay Harun said...

waaarrgghhhhhahahahahahahha!!!!!!

Anonymous said...

gua syak ni artis la weyh. tu yg dia kover muka tu

nuyuljana said...

ahahahaha.

dasat!