Sedar tak sedar, tapi gua sedar la. Gua tak koma. Hari ni dah 9 hari rakan gua telah hilang di hutan nan tebal berdekatan Cameron Highland. Beliau telah mendaki secara berjemaah, tapi dia hilang secara persendirian.
Dengan ini gua berharap rakan² unit membelog tak kira dari seksyen mana. Islam, Kristian, Budha, Intifada, Tabligh, Sunnah mahupun kurdis dapat sama² berdoa semoga member gua ditemui secepat mungkin dalam keadaan paling tip top dan solid.
Bagi yang beragama Islam, akan diadakan majlis sembahyang hajat dan bacaan yaasin di masjid berdekatan rumah member gua tuh. Ada juga acara makan sikit² gua syak. Kalu berkelapangan buleh la pergi. Jangan lupa angkut bersama kawan², makwe, isteri no 1,2,3 dan 4. Nak bawak adik angkat pon buleh jugak.
hah! keterangan lanjut dia:
Tempat: Masjid Al Ehsan (SS4A/4), Kelana Jaya
Tarikh: Rabu 25 February 2009
Masa: Selepas waktu maghrib (solat maghrib bersama)
Asan... Asan.. mana la lu sekarang. Kalu gua mampu gua dah join rescue team pegi cari lu.
25 comments:
aku harap sangat dia survive
kwn ko yg budak RHB tu ek?
Insyaallah selamat..
kesian do..
harap2 selamat la dia..
lu kan resque ranger..radar dah setting dlm otak secara auto
beb..lu pegi kn aritu cameron..?so how..?cm ner....???
errk. ua solat sorang2 je laa kat sini.. doa sampai jugak kan..?? gua punya bini sume takmo ikut...
harap2 dia selamat pulang...amin
wokey... aku doakan member ko tu selamat dan sejahtera...
uiks... harap2 dia selamat ler hendaknya... insya'allah
ngeri woo...sesat ramai2 pon gua takut...ni sorg2 pulak....gua harap asan selamat...
moga2 selamatlah beliau seadanya...bila nak amik award kat blog aku?
takder kuar kat paper pun? erkk ke aku yang tak baca paper. Apaapapun moga kawan ko selamat.
dah cuba telek kat dalam mangkuk? Harap dia selamat sejahtera
macam mana boleh hilang secara long ranger ni..dia pergi kencing tak bagitau kawan-kawan ke?
sapa kawan awk tu?
semoga dia selamat ok.
mg kawan lu dijumpai dlm keadaan yg selamat bro..
InsyaAllah, asan akan selamat..
amin..
hah? member lu hilang? kesiannye. gua doakan member lu selamat dijumpai.
gila kesian.
hutan cameron highland bahaya sikit.
sumpah!
Cuak kejap aku nk g mendaki lagi..hem..hope dia cepat pulang.. petua sesat dalam hutan, bakar baju coz baju ada bahan yang boleh keluarkan asap hitam.
lame tuh..
kene sorok ke?
doa la eh...
amin~~
doa mana buleh bace kuat2..
risau gak gua pasal asan ni..dah masuk 9 ari..kawan2 gua pun ada gak yg joint SAR team.ada yg moniter radio..kawan gua lak yg jadi guide p YY tu..sian dia tak tdo mlm pk pasal asan..marilah sama2 kita doakan semuga asan selamat..
pstt...gua nk masuk royal belum p mancing ni..:)
minta semua selamat
hantu kopek la punya kerja nih... dah jumpa blom?
.
Post a Comment