Sunday, March 15, 2009

Gua Jadi Pucat Bila Baca Surat Kabor Semalam. Lain Macam Dia punya Berita.

Kemaskini 'entry' teka teki gua.

Sebenar gua nak cerita pengalaman indah gua memancing di kolam Pak Sedi bertukar menjadi mimpi ngeri. Tapi baru saja gua sedap² menulis, teman serumah gua ajak gua menyendol kat kedai depan masjid open. Orang dah abis azan katanya. Tak segan nak menyendol. Gua 'on' saja sebab ada juga gadis² yang menyendol sama kat kedai tu. Gadis² IPT, solid² juga. Ada yang baru lepas abis kelas, ada yang ponteng kelas. Yang baru bangun tido pun ada! Pelbagai bangsa juga gua tengok, melayu, cina, india. Cindian pun ada. Nama apa ntah, gua lupa dah. Tapi kenapa nak datang dengan Pakwe saja. cilakak! Buat gua 'down' nak menyendol. Gadis punya pasal gua kona cerita gua jadi teka teki. Amcam akal gua? heh!

*Menyendol = memakan cendol

*******

Beberapa hari nan lepas gua ada baca lapan orang YB ( Yang Berbelog ) akan didakwa sebab melakukan penghinaan terhadap pihak tertentu. Gua baca buleh tahan juga dia punya hukuman, denda sampai 50 riban duit messia bukan duit indonesia. Tak buleh bayau kalu kena penjara sampai setahun. Silap hakim gaduh dengan makwe malam tadi, lu kena dua² hukuman.

Peh! Lain macam denda dia. Kena tido penjara weh! Tido atas simen. Gua tengok penjara ni tak macam rumah langsung. Sudah tido atas simen, takda selimut pula. Jamban pintu paras paha saja. Tak solid langsung. Macam mana semangat berak nak mari. Kena pula time lu sedap² nak berak warden yang jaga itu jam makwe. Buleh sembelit weh!

Semalam pula gua baca berita seorang YB kena hukuman denda 10 riban messia. Tak buleh bayau kalu kena masuk penjara lepak dengan orang dadah 6 bulan. Ni gua dah jadi pucat pula nak berbelog. Debor juga la nak menaip. Kan ada pihak tuduh gua hina mana² pihak. Naya gua weh! Sapa nak ambil alih kontrak mengorat Gilang nanti?

11 comments:

Anonymous said...

ooo.. lu pandai nak kelepet eh. mane jawapan teka teki? aku tak sabo nk bg adiah kat cucu Pak Da Li ni.

hzrh said...

ni gua mau mogok ni
jawapan teka-teki mne wehh!!
mngelat je!
ahaha~

Wan Farhanim said...

gilang baca blog ke?hehehe.aku nampak gilang kt PS kelmarin weh!

bokbon said...

takut sangat dorang ni, sampai nak kena hukuman tu hukuman ni. gua rasa macam gua dah hidup kat alam filem pulak.

A said...

hah.. politik malaysia ni politik taik kucing..

FarhanaLicious said...

kalu gua hina lu, macam mana pulak?

macha_sezs said...

ah.ko sedar tak ko dah hina pelajar2 IPT? saman wehhh..saman...~!!

paiseh said...

gua syak belog bapuk azwan lagi jenayah!

mrblind said...

jangan menyondol sudah..hahaha

Anonymous said...

jage bhsa bile bebelog sudehh
;)

Sharif John said...

YB banyak duit bro... x riso masuk penjara pny