Thursday, April 16, 2009

Apa Namanya Kalau Bukan Mengorbankan Kepentingan Peribadi Demi Sesuatu Yang Progresif?



Lu orang pernah pakai mende alah ni tak? Beberapa minggu nan sudah gua pergi beli barang kat sebuah kedai ni. Waktu nak melakukan pembayaran, gua tawarkan untuk membuat pembayaran secara maya. Katanya tak payah pakai duit. Gua syak bayau pakai angin saja. Auto senyum juga itu jam. Tapi cilakak! rupanya bayau pakai kad ATM. Hah, itu jam gua dah jadi teruja lain macam. Gua membeli barang RM 20 saja. Bukan RM 200 RM 2k jauh sekali weh! Tapi dah buleh pakai kad. Gua syak gua ni nampak 'ekslusif' dimata pekedai. Padahal baju bundle saja. Ntah mende yang ekslusif gua pun tak tahu

Kad gua tadi dicucuh kedalam mende alah itu. Nama mende ntah dia, gua ada tanya tokei kedai tuh. Dia sebut, semacam nama orang putih sikit. Tak asia langsung! Lepas cucuk gua kena pula masuk nombor rahsia peribadi. Tangan belah kanan gua tekan nombor rahsia peribadi, tangan belah kiri gua 'cover' tangan kanan yang tengah tekan nombor peribadi tadi. Gua bertindak sebegitu bukan apa, sebagai langkah keselamatan saja.

"ttittt..." urusan selesai. Kena pula turun tanda tangan kat kertas kecil. Peh! itu jam memang gua rasa macam Dato`² nak beli jam tangan harga RM 15 riban kat perempuan simpanan. Macam orang kaya brader wa cakap lu, Nasib baik pen kilometriko saja. bukan Mont Bell.

Indah juga jadinya kalu gua makan dekat kedai makwe siam pun modus operandi begini digunakan. Nampak esklusif sikit. heh!

***

Tapi apahal bila gua balik rumah gua 'check' tengok salinan kertas kecik yang gua ambil tu salinan untuk tokei kedai? Bukan salinan untuk pembeli? Macam gampang! hilang status 'esklusif' gua.

16 comments:

hzrh said...

taw la semangat outdoor lu tinggi..tp MontBell tu outdoor equipment wehh..MontBlanc!

xD

LYS said...

syabas.

Anonymous said...

main debit-debit pulak!!! isi ada x tu?

af [ R ] ed said...

hahahahaha montbell pon boleh! hahaha

aku same gak bai! dulu gua beli sepnder je. baya pakai mender alah nie, first tyme beb. rase esklusive gak.haha

Anonymous said...

aku ade syak nama pen tu salah. nasib hazirah dah sound.

hahahaha

Darab Dua said...

gua pun tak tahu juga sebenarnya.
gua main bubuh mont bell la.
amcam?

bokbon said...

cis, gua tak pernah try lagi menda alah ni. duit makan pun mintak kat mak lagi, nak nampak eksklusif jadah gua nih.

cikhajar said...

mmg eksekelusip laaa kamu ni...

Fadh Rahman said...

ha ha ha lu kate lu true...xkan bleh tertukar resit plak he he he...gua pun daif bab2 gesek2, leret2 kad nie...xberduit ha ha ha

Anonymous said...

leret2 gak
pastikan balance dalam account ader
kalau tak bikin malu je nnt..

hanie said...

haihh..dh pandai cucuh2 kad plk skrg nih..
hahahaha

~ujicham~ said...

naik darjat daaa.

mrblind said...

upgrade dah lu ni..gua pun tak pandai2 lagi..

jo said...

gua ingat nanti gua patern produk gua nak letak nama MontTell la..tapi lu kene ingat, tu bukan outdoor ke alat tulis ke..tu produk pisang..

cikin said...

pergh, gua memang tabik dengan lu. gua tak seberani lu nk kasik cashier gores² kat ATM gua. gua debor kalau mesin gores tu berbunyik 'baki akaun anda ringgit Malaysia 2 dan 50 sen sahaja'. nanti gua tak cukup kain nak tutup muka. hahahhaa.

@tune® said...

pandai guna ke idak nih??