Wednesday, July 1, 2009

Hasil Eksperimen Terperinci Gua. Gua Nak Isytihar Dia Sebagai Fakta Berkala. Amcam?


van nescafe ni pesen 'parking' tak tentu hala juga

Suatu hari nan lalu, tengah sedap² gua dalam perjalanan nak pulang ke rumah setelah melalui proses menapau, tiba² gua nampak lori warna merah. Peh! itu jam gua jadi auto senyum terus. Lori nescafe percuma brader! Lu orang kalu jumpa lori pesen ni jangan ambil mudah. Lori ni buleh buat air nescafe paling solid weh! Tak macam kedai² berdekatan, pesen nak pergi haji cepat saja teknik membuat air dia.

Cilakak! gua dapat satu akal cantik! Dengan cargas gua lari pergi dekat motor yamaha R1 berkuasa rendah. Gua tujah, gua masuk gear 1. "prenngggg!!!" gua meluncur laju balik rumah. Sampai saja kat rumah gua berlari laju ke dapur. Memang bergaya gua itu jam. Dengan bertopi kaledar lagi. Dah macam peragut yang nak tukau perkerjaan jadi perompak pula. Gua geledah punya geledah dapat 1 botol mineral berukuran 1.5 liter.

Botol dah ada, gua terus menunggang yamaha R1 berkuasa rendah ke lori nescafe tadi. Gua parking itu yamaha molek², Topi keledar tadi gua letak cantik². Rambut gua setting kemas². Gua pun terus ke kaunter air nescafe solid percuma. "Bang, isi botol ni kasi penuh boleh?" Tanya gua dengan gaya ilmiah kotemperori intifada. "Tak boleh dik, kita isi dalam cup ni saja" Jawab brader nescafe solid itu secara ringkas. Semangat nescafe solid gua macam dah 'down' sikit.

****

Lu tahu dak, lu orang memerlukan proses ulang alik ambil air nescafe solid dalam cup sebanyak 13 kali baru penuh botol mineral 1.5 liter jenama "Spritzer". Aaaah.. janji gua dapat santapan nescafe solid selama beberapa hari. heh!

13 comments:

redSeptember said...

omg....
sanggup tu...
kalau REd, baru cup kedua, dah malu nak ulang dah :P

@tune® said...

xmalu arr....
patut ko rompak jer lori tuh

haNie said...

ciss...
bab² gini..
gigih betul...
hahahahha!!

l0ti f00l garden said...

bro..truly semangat nescafe la lu nih

jo said...

moh la dtg cni...
gua bikin neskepe paling ngam untuk lu...
ok?

nuyuljana said...

pesal air neskepe dalam lori tu rasanya solid habis eh?

hmm.

Hidemichi said...

tu belum pekene sebotol isian cafein lg tu, dah tak senonoh dah perangai!

..nOWa.. said...

lu gigih!

macha_sezs said...

perh.
ni fakta baru.
buleh letak dalam wiki!

HazirahMahadzir said...

bila gua YM dgn lu pasni,perlu ke gua panggil lu Prof DarabDua?
:))

Rabiatul Adawiyah said...

aduuu..tak malu do..hahahah..

shy_wani said...

haih...
basi aa neskape tuh kalo nk simpan smpi seminggu..

fndrocka said...

nescafe tu memang terbaek.percuma pulak tu.hanya insan yg mempunyai kesabaran utk beratur je yg dpt menikmatinya.selalunya lori tu park kat tempt2 yg panas lak tu...memg solid lah bila nescafe mengalir dlm keronkong...