Wednesday, February 3, 2010

Remuk

Remuk juga tulang gua bila terpaksa berkerja dari jam 12 tengah hari sampai 2 pagi. Esoknya masuk lagi kerja jam 10 pagi. Macam macam kesan sampingan yang gua dapat. Contohnya :-

- Baju gua tak sempat nak basuh. Dah le gua ada 1 helai baju saja, kolar dah cenderung nak berdaki saja. Nak tegur makwe pun segan. Nanti dituduh pendaki tegar.

- Tidur gua jadi tak berapa nak cukup jam jadinya. Belum campur gua terjaga tengah malam sebab mimpi² yang tak berapa sedap.

- Scene fesbuk gua tak berapa nak in sangat dah. Nak kemaskini status fesbuk pun gua tak sempat. Inikan pula nak jenguk fesbuk makwe² lain. Komen gambau? peh! toksah nak kabor. Nak kena upah orang dah. heh!

- Baju kotor gua dekat rumah dah menimbun lain macam. Cecah juga 2 kaki ketinggian dia. Cilakak! gua kena upah bibik ini macam!

- Duit nak makan, minum, isi minyak motor pun gua tak sempat nak pergi cucuk. Ada sesetengah kes sampai gua lantik teman serumah gua jadi Ah Long. Nasib baik bunga dia tak kembang macam bunga Ah Long yang selalu masuk surat khabar tuh. Kalu tidak kesian juga gua, silap² motor yamaha R1 berkuasa rendah gua kena simbah cat.

- Kucing jiran gua pula makin berani curi² masuk rumah gua sebab dia tahu gua tak ada masa sangat nak halau. Gua syak dia nak tunggu gua belanja terajang tulang rusuk baru dia reti masuk rumah sendiri.

- Bab hanset gua malas nak kabor. Tak sempat gua nak cas. Kadang² dia auto mati sebab kehabisan bateri. Mesej² dari makwe² pun gua tak sempat nak balas. Gua baca pun secara turbo saja, tak sempat nak 'feeling²'. Ada sesetengah kes makwe² nyaris lari. Mesej Niki Gudex dengan Mellanie dari Ostrolia minggu lepas pun gua tak balas lagi. Gua syak hampa dah deme tu dengan gua.

Sekarang ni apa kes gua bangun jam 6.15 pagi sebab nak basuh baju. Gua jemur bawah kipas yang berkelajuan 5 kuasa kuda. Mintak dia kering weh. Gua nak pergi kerja jam 10 pagi ni. Cilakak!

7 comments:

jo said...

baju tu kalu lu nak cepat kering, lu kasi tiup la kencang2..bagi up sikit dia punya bantuan angin..

paiseh said...

taruk belakang peti ais laa oi..
pengeringan ekspress~

macha_sezs said...

keje mana sekarang bro?

:cahya: said...

i setuju ngan paiseh... ;))

hanie said...

antar dobi la bai..siap ironkan, lipat lagi.

Rajuna said...

pejuang siaa....ha ha ha

fndrocka said...

mana bini angkat?