Sunday, August 29, 2010

Param

Ada musibat bertanya gua apa maknanya PARAM. Sebab gua guna frasa param ni dalam entry kat bawah. Jadi disini gua nak terangkan sikit makna param dan penggunaan frasa param dalam kehidupan seharian.

Param - Pasar Ramadahan

Memaram - pergi ke pasar ramadhan
contoh ayat : Chen Bin memaram dekat Kampung baru pada petang semalam

Diparam - diajak ke pasar ramadhan
contoh ayat : Muthu diparam oleh makwe IPT yang solid pada petang tadi

Terparam - pergi ke pasar ramadhan secara tidak sengaja.
contoh ayat : Zubir terparam dekat Kampung baru pada jam 3 petang.

Lu orang ada paham? Param tu kata akar dia. Nanti pandai² la lu orang nak tambah apa imbuhan. Janji sedap. Frasa param ni dah makan tahun juga gua dah pakai, gua syak dia sudah global. rupanya tidak.

Saturday, August 28, 2010

Puasa

Hari ni masuk 17 hari gua menunaikan ibadah puasa. Kalendar islam pun dia tunjuk 17 Ramadhan juga, secara automatik menunjukkan puasa gua masih lagi solid molid dan tak ada lubang. Setakat ibadah puasa mula ni, gua dok perati macam² ibadah lain berjalan. Bukan ibadat macam terawih, tadarus, qiamullai serta main selak² tirai mesjid usha makwe tu. Yang gua perati ibadah macam konsep kemas kini belog, scene makcik² opis, scene budak² fesbuk, brader² opis gaji 5 riban seminggu serat budak² MLM.

Gua perati, pak cik penyimpan mohon besar tak stanby gosok baju lagi, tapi makcik² dengan akak² opis sudah kucar kacir dengan ibadah biskut raya ni. Meriah lain macam pejabat. Ada sesetengah kes dia main celen siapa order palem banyak dia lah champion. Biskut raya era millenium ni bukan runcit² pula jenama dia. Ada Almond London, ada Coklat Truffel serta macam² lagi. Harga dia? peh! Tak RM 50 untuk 50 bijik tak almond london le. "Barang LONDON mesti la mahal! tak mahal tak LONDON le" kata Kak jah Yang gua tahu 2 jenama ni palem kencang dalam pasal Aidilfitri. Memang jauh benar beza dengan waktu gua mumayiz dulu, Itu zaman, palem champion dapat dekat tart nenas. tapi kadang tahun dapat dekat batang buruk. Lu orang kenal dok mende batang buruk ni?

Orang² politaik dengan orang gaji 5 riban 2 minggu mula kucar kacir cari hotel palem sedak buat berbuka. Dia punya terkinja kinja nak berbuka, pukul 4.30 petang dah keluar. Maklum lah, Kolumpo ni dia punya trafik memang lain macam. Lagi² musim puasa. Jam bersungguh sungguh. Tapi apahal pun gua dengar berbuka dekat hotel ni memang sedap dia memang lain macam. Silap² dia punya kenyang mari sampai tak payah berbuka 3 hari. Dengan intro air jus buah buahan segar tempatan dan import. Jus epal ada, blekkaren, nenas, betik dan tembikai contohnya. Masuk pula menu utama, peh! makanan dari timur membawa ke barat. Dari nasi pesen beras palem mahal dalam pasaran, siakap 6 rasa, kambing pesen panggang sekor tak buang tanduk membawa ke 'beef steak', 'lamb chop', suhsi. Makan pula berlatar belakangkan lagu² tema berbuka. Cilakak! memang sedap sungguh ini macam. Solid sampai lupa kena sembahayang maghrib dengan terawih.

Bagi kutu² kelas bawahan seperti pelajar universiti, abang ofis boy, brader baca meter elektrik serta meter air, makcik cleaner serta brader bancuh simen gua tengok pesen aim param. Konsep 1 param 1 hari diterapkan. Di Melaka contohnya, hari ni dekat param Peringgit, esok Taman Cempaka, lusa Batu Berendam, tulat Jasin. Tapi silap hari bulan minyak motor lebih, boleh terbabas sampai param Seremban juga. heh! Mende menu memang tak lari jauh punya. Dia dok main pusing sama saja. Pegi la param sampai Ostrolia pun. Minum, kalu tak tebu, soya, sedak sikit Laici kang. Menu tepi tau fu fa. Menu utama pula nasi ayam, nasi kerabu, nasi dagang dan segala jenis nasi yang kadang² gua macam muskel pula dengan nama dia. Lauk pula, pari bakau, ikan bakau, daging bakau, semua dia nak bakau serta ayam percik bangsar. Yang palem gua tak buleh handle, waktu membeli memang fleksible sungguh. Apa keas pukul 3.30 petang time orang nak buka meja dah pergi beli nasi tomato? keh keh keh!

Seksyen TV pula macam² pesen dan peel. 3 hari sebelum puasa dia dah start rancangan buat kuih raya. Musim sekarang gua tengok TV makin licik, pesen ajak artis² jadi chef. Memang lari konsep sungguh. Tengah memasak tu la kucar kacir dia duduk promosi album. Sambil masak sambil menyanyi. Habis tersembul air liur. Gua syak perasa tambahan tuh. Itu kuih jadi sedap semacam rasa dia. heh!

Tapi apa hal pun gua tengok budak² MLM palem 'steady'. Tak kira musim. Lu orang sebut saja, musim puasa, raya, hujan, panas, buah, salju, bunga, gugur serta musim tsunami. Downline tetap downline. Apa kes tengah salam lepas pekena terawih pun sempat promosi downline weh? cilakak benar peel!

Banyak lagi kategori gua nak kabor, tapi gua malas sebab gua memang malas. kah kah kah! Contohnya kategori makwe pejabat, budak² fesbuk dan orang dadah.

Kes gua pula, Ramadhan gua tahun ni palem berbeda dengan tahun² sudah Beza dari sudut koordinat, cuaca, suhu, persekitaran,kekeluargaan, kasih sayang, makwe param, makwe tak param, terawih dan banyak lagi yang beza. Tahun ni gua takda scene memaram sambil perati makwe misi hospital Melaka, makwe KYM. takda juga scene terawih dekat masjid yang imam dia berkelajuan tinggi, scene pekena kerang bakau lepas terawih, serta scene bermain mercun bersama keluarga. Gua berpuasa secara solo sudah 17 hari. Toksah kata pergi param, nak jumpa manusia yang menunaikan ibadah puasa macam gua ni pun kena memandu sejauh 80 KM baru jumpa. Itu pun 4 orang sekeluarga. Cilakak! tiba² mata gua cenderung untuk berkaca sebab teringat orang tua nun jauh di kampung halaman.

Pesan Kawan

Kata seorang sahabat dekat gua petang semalam.

"Ingat abang pesan, tinggi mana kita naik, jauh mana kita pergi, cekal mana usaha kita,. Balik² Allah S.W.T juga yang tentukan. Jangan lupa kat Dia. Sama² kita doa. Dalam quran pun ada kata "apabila kamu telah berazam bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berserah diri kepadaNya"

***

Gua hangguk tanda setuju. Bukan hangguk yang "kepala hangguk lu!" tuh.

Tuesday, August 3, 2010

Gua Yang True Punya Tersungkur Dalam Scene Menulis Belog. Skali Tengok Belogsepot Ada Template Baru. Spirit Menulis Terus Menaik. Heh!


Cilakak! tampak ceria pula dengan 'template' baru ni. Gua punya spirit menulis pun macam kembali. Kembali tak banyak, runcit runcit saja. heh! Sempena penukaran 'template' ni gua ingat konsep belog gua nak bertukar juga lah, taruk konsep cerita bergambar macam buku - buku tadika menarik juga dok?

Kembali ke landasan konsep baru gua, gambar ni gua tangkap dekat sebuah tasik yang jauh tak jauh mana dari rumah gua, tapi kalu berjalan kaki buleh kena lemah jantung juga dia punya penat. Itu hari gua pergi berkelah, gua tengok semua menatang terapung di atas air. Sekali tengok gua tak ambil port sangat, Tapi bila gua tengok kali kedua, peh! menatang buleh berdiri di atas air, gua syak gua tengah bermimpi. Rupanya betul. Terus gua jadi kucar kacir tangkap gambar. Bukan senang nak jumpa scene-scene macam ni dekat kampung gua lagi satu nuh. Tapi gua tengok makwe sebelah gua lagi kucar kacir, sipi-sipi nak sembah kolam ni. Gua syak dia ingat menatang-menatang tu turun dari surga. heh!

soalan cepu gangsa dari gua, runcit runcit dalam bahasa omputih mende weh?