Saturday, September 25, 2010

Salam Aidilfitri

Selamat hari raya aidillfitri yang ke 17 gua ucapkan kepada seluruh umat islam di seluruh pelusuk dunia tidak kira di negara berkod telefon berapa anda berada. Gua dengan ini menyusun sepuluh jari secara online memohon maaf kalu gua ada kasau bahasa, tersalah paranawei atau ong bak, silap lepuk kepala, terkebas makanan, minuman, minyak motor, pen dakwat basah yang kaler emas serta apa apa saja kesalahan yang gua lakukan secara manual, automatik ataupun secara turbo.

Tahun ni gua handle scene puasa dan raya dari jarak lebih kurang 12000 kilometer dari orang tua gua. Perasaan dia memang champion pilu. Rock rock juga brader, bila mari scene beraya mesti tak buleh handle punya. Peh! lain macam perasaan dia mari.

Dah, gua nak pergi beraya rumah Uncle John Abdullah dan aunty Helen, dengar cerita dia ada buat lemang tahun ni. Buluh pula uncle John beli secara online dari negara Fiji. heh!

Selamat hari raya ke 17 woiiii!

Dengan ingatan tulus eklas dari gua dan isteri di perantauan. keh keh keh!

5 comments:

uMi aishah said...

gila...lu dh beristeri weh! champion betul ni

J. Abdullah said...

pergh. kanak-kanak betul dah 17 syawal baru sempat nak wish orang. kahkah!

Fadh said...

selamat hari raya yang ke 17, bro.

h a n i e said...

raya sebulan. lu nk ucap time 30 syawal nun pun ok..hahahaha

KARKADEWA said...

lu ade beli ais yang gua kirim dr australia 3 tahun raye yg lepas dok?